close
tips

SSM Online : Cara Mohon SSM Secara Online Dengan Betul

SSM online. SSM adalah satu agensi yang di wujudkan untuk membantu para peniaga mendaftarkan perniagaan mereka supaya perniagaan yang mereka wujudkan itu benar-benar sah di sisi undang-undamg.

ssm online

Bukan itu sahaja, apabila perniagaan mereka telah berdaftar, ia memudahkan para peniaga untuk melakukan proses dokumentasi perniagaan mereka. Justeru itu, setiap perniaga tidak kiralah sama ada peniaga kecil-kecilan, usahawan, peniagaan online atau apa juga peniagaan, di wajibkan untuk mendaftar syarikat mereka dengan SSM.

Kita Boleh Mendaftar SSM Dengan Menggunakan SSM Online

Biasanya, untuk mendaftar ssm, kita perlu pergi ke kaunter SSM. Namun begitu, untuk mendaftar ssm secara manual, kadangkala sangat memenatkan. Mana tidaknya, pejabat ssm sentiasa sahaja penuh dan sesak dengan kunjungan orang ramai.

Ia sudah tentulah menyebabkan kita terpaksa menunggu dengan lama hanya semata-mata mahu mendaftar SSM. Tetapi, pada masa kini untuk memohon SSM bukanlah satu perkara yang sukar. Ini kerana, untuk memohon SSM anda boleh memohon melalui SSM Online. Tidak susah pun nak mohon SSM melalui SSM online. Cara mohon SSM dengan cara yang betul ialah:

1- Buka Portal Rasmi

Untuk memohon SSM secara online, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah denga pergi ke Website Rasmi ezbiz. Website inilah yang menjadi tempat untuk peniaga online memohon ssm online. Untuk mula memohon ssm online anda perlu mendaftar akaun ezbiz terlebih dahulu.

Caranya adalah dengan klik  butang Sign Up dan kemudian klik butang  Register. Kemudian, anda anda akan di minta untuk . Selepas selesai mengisi anda boleh mula sign In kembali.

2- Mula Isi Maklumat Perniagaan 

Sebelum mula memohon ssm online, anda perlu ke pejabat ssm terlebih dahulu untuk anda melakukan proses cap jari. Setelah selesai melakukan proses cap jari barulah anda boleh melakukan proses seterunya ini. Setelah anda lgin semula anda perlu klik butang “New Business”. Di sini anda perlu mengisi segala maklumat perniagaan yang di perlukan. Antaranya:

  • Nama perniagaan
  • Tarikh permulaan perniagaan
  • Alamat utama perniagaan
  • Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
  • Maklumat pemilik dan rakan kongsi
  • Jenis perniagaan yang akan dijalankan
  • Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

Baca Juga : eGUMIS : Cara Nak Dapatkan Wang Yang Tidak Di Tuntut

3- Masukkan Info Perniagaan Anda

Selepas itu, anda akan di bawa ke bahagian info perniagaan. Di sini, anda perlu letakkan jenis perniagaan yang anda hendak jalankan. Ia adalah penting supaya pernigaan anda menjalankan perniagaan yang benar-benar sah di sisi undang-undang. Di samping itu, anda juga perlu masukkan sekali kod perniagaan mengikut jenis perniagaan yang hendak anda jalankan.

4- Membuat Bayaran

Setelah selesai ke semua proses di atas, tibalah masanya untuk membuat pembayaran. Untuk pembayaran anda boleh pilih sama ada mahu membuat pembayaran melalui online banking atau melalui kad kredit/kad debit. Bayaran yang di kenakan bagi setiap permohonan.

  • Nama sendiri: RM 30.00
  • Nama Syarikat: RM 60.00

5- Tunggu Emel Pengesahan

Setelah selesai melakukan ke semua proses di atas dan selesai menghantar permohonan, apa yang perlu anda lakukan ialah menunggu emel pengesahan. Selepas dapat emel pengesahan, anda sudah boleh muat turut sijil ssm yang telah anda daftarkan tadi.

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response