Student Portal UITM- Cara Login & Daftar

Student Portal UITM – UITM merupakan salah satu IPT yang menjadi pilihan oleh mereka di luar sana untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Student Portal UITM

Ini kerana, UITM antara IPT yang mempunyai kemudahan yang serba lengkap dan canggih. Ia sekali gus memberikan keselesaan buat pelajar mereka untuk menuntut ilmu. Bukan itu sahaja, UITM juga turut menyediakan pelbagai kemudahan dan juga menyediakan portal untuk memudahkan proses pembelajaran para pelajar mereka. Antara kemudahan yang disediakan ialah Student Portal UITM. 

Kemudahan Yang Disediakan Di Dalam Student Portal UITM

Student Portal UITM bukanlah satu perkara yang asing buat pelajar UITM. Ini kerana, portal ini adalah portal yang sering di gunakan untuk pelbagai kemudahan terutama sekali berkaitan pembelajaran mereka. Ada bermacam kemudahan yang terdapat di dalam Student Portal UITM. Antaranya ialah:

1. eAcademic

  • Jadual Kelas
  • Keputusan Peperiksaan
  • Slip Peperiksaan
  • Sistem Pendaftaran eCourse
  • Permohonan Cuti Khas
  • Permohonan Lanjutan Pengajian
  • Permohonan Transkrip Akademik

2. iLearn Portal

  • iClass
  • SuFO

3. FinePortal

  • Bayaran bil

4. eHEP

  • e-Kolej
  • Insentif Makan
  • Zakat
  • Stiker Kenderaan
  • Saman Lalulintas
  • Pelajar NR
  • Stiker Elektrik
  • Bantuan Aktiviti Kampus (eSPAK)
  • Kebajikan / Bantuan Kewangan Pelajar

Baca Juga: UPU Online- Cara Permohonan & Syarat Permohonan

Cara Daftar Dan Login 

Untuk menggunakan portal ini, pelajar perlulah membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu. Caranya adalah seperti berikut:

1- Pergi Ke Portal Rasmi

Untuk mendaftar akaun, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan pergi ke portal rasmi terlebih dahulu atau anda boleh klik di sini

2- Mula Mendaftar Akaun

Di bahagian ini, anda perlu memilih ikon student dan untuk yang sudah mempunyai akaun, anda boleh login dengan menggunakan ID dan password yang telah anda daftarkan. Bagi yang belum mempunyai akaun anda wajib mendaftar akaun terlebih dahulu dengan klik butang “1st time login”

3- Isi Segala Maklumat Yang Di Minta

Kemudian, anda akan di bawa ke halaman pendaftaran akaun. Di sini, anda perlu isi segala maklumat yang di minta. Isi dengan teliti kerana, ia akan di gunakan untuk anda log masuk ke akaun selepas anda membuat pendaftaran akaun. Seepas selesai mmebuat pendaftaran akaun anda sudah boleh log masuk dan menggunakan aplikasi yang ada di dalam Student Portal UITM

UITM Student Portal Kini Sudah Ada Di Google Play Store

Bagi pelajar yang menggunakan telefon android, anda juga boleh mengakses ke Student portal ini dengan mudah, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Ini kerana, pihak UITM telah pun membangunkan aplikasi Student Portal UITM di telefon pintar. Jadi, para pelajar boleh memuat turun aplikasi tersebut di google play store. Dengan adanya aplikasi sebegini ia sangat memudahkan pelajar

Student Portal Amat Penting Buat Pelajar Di IPT

Kesimpulanya, student portal amat penting buat pelajar di IPT. Tidak kiralah sama ada IPTA atau IPTS ia adalah antara portal yang sangat penting buat pelajar terutama sekali pelajar baru. Ini kerana, portal pelajar inilah yang akan menjadi rujukan kepada pelajar untuk mereka mencari segala maklumat dan juga untuk membuat pendaftaran subjek.

Justeru itu, tidak hairanlah jika setiap IPT membangunkan student portal bagi kemudahan para pelajar mereka dan juga mudah untuk pihak IPT mengumpul maklumat bagi pelajar mereka. Ia secara tak langsung dapat mengelakkan dari berlakunnya maklumat pelajar tercicir.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *