Surat rasmi. Pada waktu dahulu, surat biasa di gunakan untuk kita berhubung antara satu sama lain terutama sekali bagi mereka yang jauh dari kita.
Berbeza pula pada masa kini surat sudah tidak di gunakan lagi kerana sekarang ini sudah ada aplikasi media sosial untuk kita berhubung satu sama lain terutama sekali mereka yang jauh dari kita. Justeru itu, surat jarang di gunakan sebagai alat telekomunikasi antara satu sama lain.
Namun begitu, ia tidak bermakna surat tidak di gunakan sama sekali atau penggunaan surat dihapuskan. Sebaliknya, ia digunakan bagi urusan rasmi kerajaan, biasanya surat rasmi ini di gunakan untuk satu urusan rasmi sama ada swasta atau kerajaan.
Contoh Format Surat Rasmi Yang Betul
Surat rasmi biasanya di guanakn untuk urusan yang rasmi atau mahu membuat permohonan bagi satu perkara yang penting. Format Penulisan surat rasmi sangat berbeza dengan surat bukan rasmi. Contoh penulisan surat rasmi ialah seperti berikut:
1- Contoh Surat Rasmi Aduan Jalan Rosak
Ahmad Bin Abdullah,
Lorong 1, Taman Waja,
45300, Sabak Bernam,
Selangor
____________________________________________________________________________________________________________________
Jabatan Kerja Raya Sabak Bernam
45300, Sabak Bernam,
Selangor. 19 Mac 2019
Tuan,
Aduan Jalan Rosak di hadapan Rumah
Merujuk perkara di atas, saya (Nama Pengadu) ingin membuat aduan mengenai terdapat jalan rosak yang berlubang di hadapan rumah saya. Jalan rosak dan berlubang ini menyebabkan kesukaran kepada pengguna jalan raya untuk melalui jalan tersebut.
02. Kerosakan ini berlaku sudah hampir 3 bulan, saya sudah membuat aduan dengan pihak berkuasa tempatan pada sebelum ini. Namun, sehingga ke hari ini tidak ada sebarang tindakan yang di ambil dan jalan berlubang tersebut sekin hari semakin teruk sehingga menyebabkan beberapa kemalangan kecil berlaku di tempat tersebut.
03. Justeri itu, saya mengajukan masalah yang kami hadapi ini kepada pihak tuan dan saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang segera bagi membaiki jalan raya berlubang ini demi kesejahteraan masyarakat di sini.
Sekian, terima kasih.
(Tandatangan Penulis surat)
___________
(Nama Penulis Surat)
Baca Juga: Permohonan Semak Semula Keputusan SPM
2- Contoh Surat Rasmi : Surat Berhenti Kerja
Maimon Binti Ahmad,
Akaun Eksekutif ,
SAS Hotel,
26080 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
__________________________________________________________________________________________________________________________
General Manager,
SAS Hotel,
26080 Kuantan,
Pahang Darul Makmur. 15 APRIL 2019
Tuan,
SURAT PERLETAKAN JAWATAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya Maimon Binti Ahmad bertugas sebagai Eksekutif Akaun di SAS Hotel ingin memaklumkan kepada pihak tuan mengenai notis perletakan jawatan saya selama sebulan bermula 15 April 2019.
3. Untuk makluman pihak tuan, perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya terpaksa berpindah mengikut suami ke negeri lain.
4. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat kerana banyak memberi tunjuk ajar serta memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk melakukan tugas yang diamanahkan. Saya sangat gembira selama saya bertugas dan berkhidmat bersama pihak Tuan.
5. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat mempertiumbangkan permohonan saya ini dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
……………………….
(MAIMON BINTI AHMAD)
Eksekutif Akaun,
SAS Hotel
3- Contoh Surat Rasmi : Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kerja
Maimon Binti Ahmad,
Akaun Eksekutif ,
SAS Hotel,
26080 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
___________________________________________________________________________________________________________________________Pengurus,
(Nama Syarikat)
26080 Kuantan,
Pahang Darul Makmur. 15 APRIL 2019
Tuan/Puan,
SURAT TUNJUK SEBAB LEWAT HADIR KERJA
Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara, saya <Nama Pekerja> lewat hadir kerja pada <Tarikh tidak datang kerja>.
- Sebab kelewatan saya ialah kerana <Sebab lewat datang kerja>. <Contohnya, saya lewat hadir kerja kerana menghantar anak saya ke klinik terlebih dahulu. Anak saya mengalami demam panas yang teruk. Anak saya juga muntah-muntah.>
- Saya ingin memohon maaf sekiranya kelewatan saya menyusahkan Tuan.
- Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika lewat datang kerja pada hari tersebut.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
<Nama Pekerja>
4- Contoh Surat Rasmi : Surat Permohonan Cuti Sakit
Kalumpang,
44128 Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
____________________________________________________________________________________________________________________________
Guru Tingkatan 4 Siber,
SMK Kuala Kubu Bharu,
44000 Hulu Selangor.
Selangor Darul Ehsan.
sakit selama satu hari iaitu Isnin, 23 Ogos 2014.
(Hasan Bin Mohsin)
Bapa kepada Ali Bin Hasan
<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>
Tarikh : <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>
Tuan/Puan,
SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN MESYUARAT
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya <Nama Pekerja> tidak dapat hadir ke <Nama mesyuarat> pada <Tarikh tidak datang mesyuarat> di <Tempat mesyuarat>.
- Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana <Sebab tidak datang mesyuarat>. <Contohnya, saya tidak dapat hadir kerana mengalami cirit birit di rumah. Namun, tidak pergi ke klinik dan tidak mendapat surat pelepasan doktor>.
- Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.
- Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika tidak dapat hadir pada saat akhir.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
Format Surat Rasmi Ini Dapat Membantu Anda Untuk Menulis Surat Dengan Betul
Kesimpulanya, di harapkan dengan contoh yang kami berikan ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menulis surat dengan cara yang betul untuk di hantar kepada keraja atau badan kerajaan. Untuk format tulis surat rasmi dengan lebih lengkap anda boleh klik di sini







