close
tips

Tabung Haji Online – Cara Mendaftar Akaun Online

Tabung Haji Online. Tabung haji adalah satu institusi yang di wujudkan untuk membantu dan menguruskan perjalanan ibadah haji umat islam dalam negara kita.

Tanpa tabung haji sukar untuk orang islam di negara kita untuk pergi menunaikan haji. Tambahan pula kos untuk menunaikan tabung haji sangatlah tinggi dan proses untuk menunaikan tabung haji juga agak sukar kerana proses dokumentasinya agak sukar kerana ianya mempunyai kuota yang telah di tetapkan oleh kerajaan Arab saudi.

Tabung Haji Online

Justeru itu, dengan adanya institusi Tabung Haji ini, ia banyak membantu umat islam di negara kita untuk umat islam di negara kita supaya dapat menunaikan haji dengan mudah. Disebabkan itulah, kita sngat di galakkan untuk membuka akaun tabung haji dan tabung haji secara online.

Cara Untuk Mendaftar Akaun Tabung Haji Online

Bagi yang sudah membuka akaun tabung haji, anda sangat digalakkan untuk membuka akaun tabung haji secara

online. Ini kerana, ia mmepunyai banyak manfaat kepada diri kita. Bukan itu sahaja, ia sangat memudahkan and

a dan menjimatkan masa anda. Untuk mendaftar akaun tabung haji secara online tidaklah sesukar mana kerana untuk mendaftar akaun tabung haji secara online anda perlu mendaftar di website THiJARI. Jom kami tunjukkan caranya:

1- Layari Website Rasmi THiJARI

Untuk mendaftar akaun tabung haji secara online, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan melayari website rasmi THiJARI atau anda boleh klik di sini. Selain itu, anda juga boleh muat turun aplikasi THiJARI di telefon bimbit anda iitu di Google Playstore.

2- Mula Mendaftar

Langkah seterusnya yang perlu anda lakukan ialah mula mendaftar akaun, Caranya, ialah dengan klik ikon “daftar”. Kemudian, anda akan di bawa ke bahagian seterusnya yang mana anda perlu mengisi nombor IC dan akaun tabung haji sewaktu anda mula-mula mendaftar pembukaan akaun tabung haji. Jadi, bagi anda yang tidak mempunyai akaun tabung haji, anda perlu membuka akaun tabung haji terlebih dahulu. Kemudian, barulah anda boleh mendaftar akaun tabung haji secara online.

Baca Juga: Tabung Haji THiJari : Apa yang patut anda tahu

3- Masukkan Malumat Yang Di Minta

Setelah selesai proses di atas, anda akan di bawa ke bahagian yang seterusnya. Bahagian yang seterusnya ini anda perlu mengisi maklumat peribadi yang mereka minta. Isi dengan teliti dan jangan kongsikan sebarang malumat peribadi yang anda isikan dengan orang lain. Setelah selesai isi ke semua maklumat yang diperlukan, anda sudah boleh menggunakan THiJARI.

Perkhidmatan Yang Boleh Anda Gunakan Dalam THiJARI

Dalam website THiJARI ini ada bermacam perkhidmatan yan boleh anda lakukan secara online. Bukan itu sahaja, perkhidmatan yang disediakan ini juga sangat memudahkan kita dan sangat menjimatkan masa kita. Antara perkhidmatanya ialah:

  • menyemak akaun
  • mencetak penyata akaun
  • membuat pindahan wang
  • membuat urusan perkhidmatan Haji
  • melakukan urusan Kelab TaHa secara dalam talian.

Kini Segalanya Hanya Di Hujung Jari Sahaja

Kesimpulanya, dengan adanya aplikasi tabung haji secara online ini, ia secara tidak langsung memudahkan kita untuk menguruskan akaun tabung haji kita pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua.

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response