close
semasa

eKehadiran- Apa Itu eKehadiran & Cara Login

Sistem eKehadiran adalah satu lagi sistem yang di bangunkan oleh KPM, untuk memudahkan para guru di negara kita dalam mengumpul maklumat kehadiran murid dengan lebih tepat.

ekehadiran 1

Sistem eKehadiran telah di bangunkan oleh KPM dan ianya terdapat di dalam portal pangkalan data APDM di mana portal ini digunakan  untuk memudahkan urusan guru dalam menguruskan segala maklumat mengenai murid sekolah termasuklah sistem eKehadiran

Apa Itu Sistem eKehadiran?

eKehadiran adalah antara sistem yang terpenting terdapat di dalam sistem APDM yang digunakan untuk guru kelas atau orang yang diturunkan kuasa oleh Pentadbir untuk mencatat kehadiran murid ke sekolah. e Kehadiran ini merupakan salah satu aplikasi paling penting yang ada di dalam sistem aplikasi pangkalan data murid secara atas talian.

Cara Log Masuk 

1-Untuk menggunakan sistem eKehadiran ini, mereka yang di beri tanggungjawab, sama ada pentadbir sistem atau guru kelas perlu log masuk ke portal Rasmi APDM terlebih dahulu dengan menggunakan ID dan juga kata laluan yang telah di daftarakan  atau anda boleh klik di sini

2- Kemudian, selepas anda sudah berjaya log masuk, untuk menggunakan sistem eKehadiran, anda perlu pergi ke bahagian menu yang berada di sebelah kiri dan kemudian klik butang “Kehadiran”

3- Kemudian, untuk untuk masukkan kedatangan harian murid, anda perlu klik butang “Kehadiran harian kelas” kemudian, anda perlu pilih tarikh untuk masukkan kedatangan harian murid tersebut dan kemudian anda boleh masukkan kehadiran harian murid kelas anda.

4- Begitu juga dengan kehadiran bulanan murid. Untuk melihat kehadiran bulanan murid terutama sekali kehadiran bulanan yang lepas, anda perlu klik butang “Kehadiran Bulanan”

5- Di sini juga guru serta pentadbir sistem boleh mendapatkan laporan kehadiran murid dan anda boleh muat turun maklumat tersebut dalam bentuk PDF

Baca Juga: 

eKehadiran Juga Boleh Di Muat Turun Di Telefon Bimbit

Selain dari log masuk menggunakan portal rasmi APDM, guru juga boleh menggunakan memuat turun sisitem eKehadiran dengan cara memuat turun di telefon bimbit melalui google playstore atau boleh klik di sini.

Kegunaan APDM KPM

APDM merupakan Portal utama yang di gunakan untuk guru log masuk ke sistem eKehadiran. Ada beberapa kegunaan APDM yang perlu anda tahu. Antaranya ialah:

 1. Merekod e-Kehadiran Pelajar

  • Aplikasi Pangkalan Data Murid ekehadiran ini berfungsi untuk mencatat kehadiran murid ke sekolah.
  • Catatan boleh diisi sama ada pelajar hadir, hadir tetapi lewat, tidak hadir bersebab ataupun ponteng.
  • e-kehadiran ini juga boleh memaparkan laporan kehadiran murid ke sekolah dengan tepat mengikut bulan dan tahun.
  • Selain penggunaan desktop untuk mencatat kehadiran murid, guru boleh mencatat kehadiran murid didalam sistem Aplikasi Pangakalan Data Murid menggunakan android.

2. Melengkapkan Borang Maklumat Pelajar

  • Guru boleh memuat turun borang maklumat murid ini dengan mudah dan efisien dengan menggunakan APDM.
  • Data ini dikutip pada awal tahun untuk dikemaskini oleh guru kelas.
  • Antara maklumat murid yang perlu dilengkapkan termasuklah seperti nama penuh, nombor MyKid, warganegara, kaum, agama, alamat, jenis bantuan yang diterima dan banyak lagi.
  • Selain itu, maklumat penjaga seperti nama penuh, status, nombor telefon untuk dihubungi, pekerjaan, pendapatan dan sebagainya juga perlu diisi.
  • Data ini sangat berguna untuk digunakan pada masa hadapan seperti kelayakan menerima bantuan kewangan seperti Bantuan JKM dan sebagainya.

eKehadiran Memudahkan Tugas Guru Untuk Mengambil Rekod Kehadiran Murid

Kesimpulanya, sistem eKehadiran ini adalah satau sistem yang sangat membantu para guru dalam mengumpul kehadiran murid. Ia secara tidak langsung membantu dalam meringankan tugas para guru di negara kita

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response