close
Permohonan

PTPTN Online – Cara Mudah Pembayaran Balik PTPTN Online

PTPTN Online- PTPTN adalah satu institusi yang menyediakan pinjaman kewangan pendidikan kepada pelajar IPT di seluruh negara untuk membiayai yuran pengajian IPT.

ptptn online

Ini kerana, kos pengajian IPT di dalam negara kita bukanlah satu kos yang murah, ia memerlukan kos yang sangat besar. Untuk itu, bagi membantu pelajar untuk melajutkan pelajaran, PTPTN menyediakan pinjaman pendidikan pendidikan.

Dengan adanya pinjaman seperti ini, ia sangat membantu pelajar terutama sekali pelajar yang datang dari keluarga kurang berkemampuan dengan memberi peluang kepada mereka untuk menyambung pelajaran.

Cara Membuat Bayaran Balik PTPTN Online

Lumrah dalam membuat pinjaman, sudah pastilah kita perlu membuat bayaran balik. Begitu juga dengan PTPTN. Walaupun ia merupakan pinjaman pendidikan, tetapi kita memang perlu membuat bayaran balik pinjaman tersebut setelah mula bekerja.

Untuk membuat bayaran pinjaman PTPTN bukanlah satu perkara yang sukar, kerana ada bermacam cara yang boleh di gunakan untuk meMbuat bayaran balik PTPTN. Salah satunya adalah melalui bayaran secara online. Untuk bayaran secara online, anda boleh buat bayaran menggunakan akaun bank anda. Contohnya Maybank2U. Caranya dalah seperti berikut:

  1. Bagi anda yang sudah mempunyai akaun Maybank2U anda boleh terus layari website Maybank2U atau anda boleh klik di sini
  2. Selepas itu, anda perlu klik butang ‘Pay & Transfer’, kemudian pada ruangan ‘Pay From’, pilih ‘Savings Account-i’
  3. Pada ruangan ‘Pay To’, pilih ‘Payee’ dan pada ruangan di bawahnya, taipkan PTPTN, dan anda akan di beri 3 pilihan, iaitu PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan dan PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i PLUS).
  4. Jadi, untuk membuat bayaran balik, anda perlu memilih memilih PTPTN -Bayaran balik pinjaman.
  5. Apabila anda membuat pilihan pembayaran balik pinjaman,  ‘pop-up’ skrin akan keluar dan anda perlu isikan ‘Amount’, ‘Borrower I.C No’, ‘Telephone No’ dan ‘Effective Date’.
  6. Nyatakan jumlah bayaran dan tarikh pembayaran yang anda ingin lakukan.
  7. Selesai mengisi segala detail yang di minta, anda perlu Klik ikon ‘Pay’

Baca Juga: KWSP- Cara Untuk Membuat Pengeluaran KWSP

Cara Menyemak Baki Hutang PTPTN

Anda juga sebenarnya boleh menyemak baki hutang pinjaman anda. Terutama sekali sebelum hendak membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Malah, bagi peinjam sangat di galakkan untuk menyemak baki pinjaman PTPTN ini selalu. Ia supaya dapat mengelakkan dari anda mempunyai tunggakan bayaran PTPTN dan dalam pada masa yang sama, anda juga boleh mendapatkan penyata bayaran PTPTN.

Untuk membuat semakan baki dan mendapat pemyata PTPTN caranya adalah seperti berikut:

  1. Klik pautan ini: https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login
  2. Masukkan No Kad Pengenalan
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Klik Log Masuk
  5. Lihat penyata untuk melihat baki terkini

Cara Membayar PTPTN Secara Online Sangat Memudahkan Kita Untuk Membuat Bayaran Baki PTPTN

Kesimpulanya, dengan adanya pembayaran baki pinjman PTPTN Online, ia sangat memudahkan kita untuk membuat pembayaran PTPTN dengan mudah dan menjimatkan masa. Justeru itu, dengan kemudahan yang ada ini, gunakanlah peluang tersebut untuk membuat bayaran baki pinjaman PTPTN anda.

Ini kerana, jika kita tidak mengambil peluang dengan kemudahan yang ada ini ia mungkin akan menyebabkan kita di senarai hitamkan oleh pihak PTPTN jika kita idak membuat bayaran PTPTN

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response