Affin Online- Cara Mudah Untuk Mendaftar Affin Online

Affin Online- Affin Bank merupakan salah satu bank yang cukup dikenali di negara kita. Affin bank adalah antara bank yang menjadi pilihan ramai.

Affin online 1

Affin bank merupakan salah satu bank komersial yang di miliki oleh Affin Holdings Berhad yang disenaraikan di dalam papan utama Bursa Malaysia. Sama seperti bank-bank komersial yang lain, Affin bank turut menyediakan bermacam perkhidmatan untuk pengguna mereka.

Daripada perkhidmatan pinjaman, sehinggalah perkhidmatan perbankan secara online. Perederan teknologi yang semakin hari semakin canggih, justeru itu, Aaffin bank juga turut sama mengambil peluang untuk menyediakan perkhidmatan perbankan online khusus untuk pengguna perkhidmatan perbankanya yang di panggil sebagai Affin Online.

Cara Mendaftar Akaun Affin Online

Untuk menggunakan perkhidmatan Affin Online, kita perlulah mendaftar akaun Affin online terlebih dahulu. Cara untuk mendaftar Affin Online adalah seperti berikut:

1- Layari Laman Rasmi Affin Bank Online

Perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan melayari Website Rasmi Affin Bank

2- Mula Membuat Pendaftaran

Untuk membuat pendaftaran pertama kali, anda perlu klik butang “Personal” yang terletak di bahagian atas sebelah kanan. Kemudian, pada laman seterusnya, anda perlu klik butang “First Time Login

3- Masukkan Maklumat Yang Di Minta

Selepas itu, untuk bahagian yang seterusnya ini anda perlu masukkan segala maklumat yang di minta seperti:

  • Card Type (Credit card. Debit Card, Virtual Card)
  • Nombor kad bank anda
  • Di bahagian “ID Type” pula, anda perlu pilih Mykad
  • Kemudian masukkan no Mykad anda di ruaangan yang di sediakan
  • Masukkan nombor pin kad bank anda

4- Masukkan Nombor TAC

Setelah selesai semua perkara di atas, perkara seterusnya yang perlu anda lakukan ialah dengan tekan link Request TAC untuk meminta nombor TAC. Anda akan menerima SMS daripada Affin Bank yang mengandungi nombor TAC tersebut. Anda perlu mengisi nombr TAC yang telah di hantar dan kemudian anda perlu tekan butang “Continue”

5- Masukkan Username Dan Password

Selepas itu, anda akan di bawa ke laman yang seterusnya. Pada laman seterusnya, anda perlu masukkan  Username dan Password,  ingin anda gunakan untuk akaun anda.

6- Login Ke Akaun

Selepas selesai ke semua langkah  diatas, anda boleh mula login menggunakan username dan password yang telah anda daftarkan di atas tadi dan anda boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan Affin Online.

Baca Juga: PTPTN Online – Cara Mudah Pembayaran Balik PTPTN Online

Perkhidmatan Yang Disediakan Di dalamnya

Dalam Affin Onlie terdapat beberapa perkhidmatan yang di sediakan. Antaranya ialah:

  • Rumusan Akaun
  • Akaun eSaver/eSaver-i
  • Akaun FD/TD-i
  • DuitNow

Selain dari perkhidmatan di atas, terdapat beberapa lagi perkhidmatan yang di sediakan. Antaranya:

  • Pemindahan Dana AFFINBANK
  • “Interbank GIRO” (IBG)
  • Pemindahan Segera (IBFT)
  • Pindahan Telegraf
  • Pembayaran Bill
  • Perkhidmatan JomPAY
  • Penyata Elektronik
  • Pelaburan
  • Profil Perbankan Internet
  • Tetapan Peringatan
  • Had Perbankan Dalam Talian
  • Peningkatan Keselamatan Dengan AffinSecure
  • Penyelenggaraan Kad
  • Laporan Kehilangan Kad

Affin Online Sangat Memudahkan Urusan Kita

Kesimpulanya, dengan segala kemudahan dan perkhidmatan yang di tawarkan di dalam Affin online, ia sangat memudahkan kita dan dapat menjimatkan masa kita. Justeru itu, tidak hairanlah jika jika ia seringkali di gunakan oleh mereka yang mempunyai akaun bank Affin

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *