close
Permohonan

Simpanan Tabung Haji- Cara Membuat Simpanan Pergi Haji

Simpanan Tabung Haji- Setiap dari kita sudah pasti memasang impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah bagi menunaikan haji.

simpanan tabung haji

Malah, setiap dari kita sudah memasang impian sejak dari kecil lagi untuk pergi menunaikan Haji. Menunaikan haji bukan sahaja merupakan salah satu perkara yang perlu dilakukan di dalam rukun islam tetapi juga ia adalah salah satu cara untuk kita mendekati dan beribadah dengan lebih dekat kepada Allah S.W.T. Namun begitu, untuk menunaikan haji bukanlah satu perkara yang mudah.

Cara Membuat Simpanan Untuk Menunaikan Haji

Untuk menunaikan haji, banyak perkara yang perlu dilakukan dan salah satu perkara awal yang perlu dilakukan ialah perlu mempunyai simpnan tabung haji yang mencukupi. Ini kerana, untuk menunaikan haji ia memerlukan sumber kewangan yang tinggi.

Justeru itu, jika anda mmepunyai impian untuk menunaikan haji, kita perlulah mempunyai simpanan tabung haji terlebih dahulu. Ini kerana, tanpa mempunyai simpanan Tabung Haji yang mencukupi ia menyukarkan kita untuk menunaikan haji. Ada beberapa cara yang boleh di gunakan untuk membuat simpanan tabung haji. Antara caranya adalah seperti berikut:

1– Buka Akaun Tabung Haji

Untuk membuat simpanan tabung haji, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan membuka akaun Tabung Haji terlebih dahulu. Setiap dari kita sememangnya sangat digalakkan untuk mempunyai akaun tabung haji.

Ini kerana, dengan membuka dengan membuka akaun tabung haji ia sangat memudahkan kita apabila hendak menunaikan haji kerana segala pengurusan haji di uruskan oleh Lembaga tabung Haji Malaysia. Untuk mengetahui syarat pembukaan akaun tabung haji dan kaunter tabung haji anda boleh klik di sini

Baca Juga: Tabung Haji Online – Cara Mendaftar Akaun Online

2- Membuat Simpanan Minimum

Setelah membuka akaun, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah membuat simpanan minimum terlebih dahulu. Simpanan minimum yang perlu anda lakukan ini adalah bertujuan sebagai pendaftaran haji. Ianya sangat penting kerana jika anda tidak emmbuat pendaftaran haji, anda mungkin tidak akan dapat pergi haji walaupun sudah tiba giliran anda.

3- Menyimpan Secara Konsisten Pada Setiap Bulan

Apabila anda sudah mula membuat pendaftaran haji, langkah seterusnya yang perlu dilakukan ialah dengan membuat simpanan dengan lebih kerap pada akaun tabung haji anda.

Lagipun untuk membuat simpanan bukanlah satu perkara yang sukar kerana anda sudah boleh membuat simpanan tabung haji secara online iaitu melalui akaun bank online anda sahaja. Ia sangat menjimatkan masa dan memudahkan anda.

4- Perlu Mempunyai Disiplin Yang Tinggi

Dalam membuat simpanan tabung haji, anda perlu mempunyai disiplian yang sangat tinggi. Anda perlu melatih diri anda supaya sentiasa menyimpan. Tetapkan jumlah yang perlu anda simpan pada setiap bulan dan latih diri untuk myimpan.

Tabung Haji Amat Penting Buat Semua Umat Islam Di Negara Kita

Kesimpulanya, kita perlulah mempunyai dan membuka akaun tabung haji. Ini kerana, ia sangat membantu kita dan memudahkan kita untuk pergi menunaikan haji. Justeru itu, kita perlu juga membukakan akaun tabung haji untuk anak kita dan melatihnya untuk sentiasa menyimpan dalam akaun tabung haji.

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response