close
informasi

SPS – Cara Login Dan Sistem Di Dalamnya

SPS adalah singkatan kepada Sistem Pengurusan Sekolah. Ia adalah salah satu sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

sps

Sistem ini diwujudkan bagi membantu dan melancarkan lagi pihak sekolah dan juga guru dalam pengurusan sekolah. Bukan itu sahaja, ia juga memudahkan pihak sekolah untuk mengumpul segala maklumat penting dengan mudah dn tepat. Dalam pada masa yang sama ia menjadikan sistem pengurusan menjadi lebih lancar dan teratur yang seterusnya dapat mengelakkan dari berlakunya keciciran maklumat penting.

Kategori Yang Terdapat Di Dalam Sistem SPS Ini

SPS adalah merupakan one stop centre untuk guru menggunakan beberapa sistem lain yang terletak di bawahnya. Ia adalah salah satu website yang digunakan oleh pihak sekolah dan guru untuk sebelum log masuk ke dalam sistem pengurusan yang terdapat di bawahnya. Antara kategori sistem yang terdapat di bawahnya ialah:

  • Pengurusan Sekolah
  • Pengurusan Guru
  • Pengurusan Murid

Baca Juga: Perodua Bezza – 5 Sebab Kenapa Anda Harus Beli Bezza

Perkhidmatan Yang Disediakan Dalam Setiap Kategori

Selain itu, di dalam setiap kategori yang admin sebutkan di atas tadi, ada bermacam perkhidmatan yang disediakan untuk kegunaan para guru dan juga pihak sekolah. Justeru itu, perkhidmatan yang disediakan ini seringkali digunakan oleh guru dan pihak sekolah untuk melancarkan pengurusan mereka. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah:

Pengurusan Sekolah

  • eMIS
  • eBantuan

Pengurusan Guru

Berikut adalah senarai sistem untuk guru dalam SSO KPM.

  • eOperasi
  • eGraduan
  • ePrestasi
  • ePangkat
  • eGTukar
  • SMPP

Pengurusan Murid

Berikut adalah senarai sistem untuk guru dalam menguruskan murid melalui SSO KPM.

  • SSDM
  • S3P Asrama
  • Sekolah Kawalan
  • Matrikulasi
  • eSARANA
  • ePKHAS
  • eRPI
  • PAJSK
  • SMPK
  • Daftar UPSR
  • SPTV untuk daftar Kolej Vokasional dan Teknik

Cara Log Masuk Ke Dalam Sistem SPS

Macam mana hendak menggunakan sistem SPS ini?

Untuk menggunakan sistem ini bukanlah satu perkara yang sukar. Ini kerana, Single Sign One iaitu dalam sistem ini terdapat 3 pautan yang boleh anda log masuk. Anda hanya perlu pilih sahaja anda nak masuk ke dalam sistem yang anda dikehendaki. Untuk log masuk anda perlulah melayari website rasmi atau anda boleh klik di sini

Kelebihan APDM KPM

Salah satu perkhidmatan yang disediakan dalam SPS ialah APDM iaitu sistem pengurusan pelajar. Sistem ini antara sistem yang sering digunakan oleh guru. Ini kerana, ia sangat memudahkan para guru dan ada beberapa kelebihan penting yang terdapat dalam APDM ini. Antara kelebihanya ialah:

 1. Merekod e-Kehadiran Pelajar

  • Aplikasi Pangkalan Data Murid ekehadiran ini berfungsi untuk mencatat kehadiran murid ke sekolah.
  • Catatan boleh diisi sama ada pelajar hadir, hadir tetapi lewat, tidak hadir bersebab ataupun ponteng.
  • e-kehadiran ini juga boleh memaparkan laporan kehadiran murid ke sekolah dengan tepat mengikut bulan dan tahun.
  • Selain penggunaan desktop untuk mencatat kehadiran murid, guru boleh mencatat kehadiran murid didalam sistem Aplikasi Pangakalan Data Murid menggunakan android.

2. Melengkapkan Borang Maklumat Pelajar

  • Guru boleh memuat turun borang maklumat murid ini dengan mudah dan efisien dengan menggunakan APDM.
  • Data ini dikutip pada awal tahun untuk dikemaskini oleh guru kelas.
  • Antara maklumat murid yang perlu dilengkapkan termasuklah seperti nama penuh, nombor MyKid, warganegara, kaum, agama, alamat, jenis bantuan yang diterima dan banyak lagi.
  • Selain itu, maklumat penjaga seperti nama penuh, status, nombor telefon untuk dihubungi, pekerjaan, pendapatan dan sebagainya juga perlu diisi.
  • Data ini sangat berguna untuk digunakan pada masa hadapan seperti kelayakan menerima bantuan kewangan seperti Bantuan JKM dan sebagainya.
Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response