Saman: Diskaun Sehingga 70 Peratus! -JPJ

Saman

Kepada anda yang ingin melaksanakan pembayaran saman, ini berita buat baik anda semua!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menawarkan diskaun saman sehingga 70 peratus ke atas semua saman serta kompaun, diskaun ini selama dua bulan dan bermula hari ini sempena sambutan Ulang Tahun JPJ Ke-75 tahun ini.

Sila ikuti perkongsian kami untuk maklumat lebih lanjut.

Baca Juga: Cara Semak Saman Online

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, diskaun tersebut membabitkan sebanyak 3.5 juta notis saman dan kompaun yang masih aktif sejak 2010 sehingga kini.

“Tawaran diskaun itu diberikan bagi semua kompaun yang masih lagi berkuat kuasa semasa tawaran kecuali kes dalam sebutan mahkamah”.

“Ia membabitkan saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah di bawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam,” kata beliau semasa sidang media.

Menurut beliau lagi, sebanyak 70 peratus pengurangan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah akta tersebut.

Menteri Pengangkutan berkata, tawaran itu turut diberikan kepada semua sama yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuat kuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh dua bulan bermula 13 April hingga 13 Jun depan.

“Pengurangan denda ini akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (negeri, cawangan dan Pusat Transformasi Bandar atau UTC”.

Jadi kepada anda yang ingin melangsaikan kompaun anda, bolehlah ke cawangan yang berhampiran.

“Pengurangan saman ini adalah wajar untuk membantu orang ramai membayar kompaun dengan kadar lebih rendah selain memberikan pengajaran buat mereka di atas pelanggaran peraturan jalan raya”, katanya.

Pada masa sama, Wee Ka Siong berkata, beliau menasihatkan orang ramai supaya melakukan bayaran saman secara atas talian bagi mengelak kesesakan di kaunter dan cawangan JPJ.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Jom tonton video dari Youtube Onviral [embedyt] https://www.youtube.com/embed?listType=playlist&list=UUxF00UUE90p5DxiuvH18gIA&layout=gallery[/embedyt]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *