i-Sinar: Pembayaran Akan Dilaksanakan Sehingga 16 April 2021

Seperti yang kita semua tahu, bulan April merupakan bulan yang penting kepada para pencarum KWSP yang menerima insentif i-Lestari dan i-Sinar.

Bulan April merupakan pembayaran terakhir bagi i-Lestari dilaksanakan setelah setahun pembayaran bermula.

Selain itu, pembayaran i-Sinar akan turut dilaksanakan kepada pencarum yang memohon. Pembayaran terbahagi kepada dua iaitu pembayaran Kategori 1 & Kategori 2.

Kami dari onviral.com.my akan kongsikan kepada anda berkenaan tarikh pembayaran dilaksanakan. Sila baca dengan teliti.

Tarikh Pembayaran i-Sinar April

Untuk pengetahuan anda semua, pembayaran i-Sinar telah pun dilaksanakan seawal 1 April 2021 sama seperti tarikh pembayaran i-Lestari.

Pembayaran i-Sinar akan didahulukan kepada penerima Kategori 1 dan seterusnya penerima Kategori 2.

Manakala, Kategori 2 i-Sinar pula akan menerima bayaran lewat sedikit iaitu pada 7 April 2021 berbanding Kategori 1.

Kenyataan Rasmi KWSP

Melalui kenyataan yang telah dikeluarkan oleh KWSP, pihak KWSP ada mengatakan bahawa:

  • Pembayaran bulan April i-Sinar akan dibuat sehingga 16 April 2021.
  • Pembayaran adalah secara berperingkat dan mengikut batch/kumpulan masing-masing.
  • Pengkreditan amaun ke akaun bank adalah selama 1-5 hari bekerja bergantung prosedur bank anda.
  • Sebagai contoh, pihak KWSP telah melakukan pembayaran pada 7 April (sama seperti jadual i-Akaun), wang tersebut akan masuk ke dalam akaun bank anda antara 1-5 hari bekerja (Isnin-Jumaat).

Anda semua faham? Diharapkan anda semua dapat bersabar.

Cara Daftar i-Akaun KWSP EPF Secara Online

i-Sinar

Cara Membuat Semakan Status Bayaran i-Sinar

Untuk pengetahuan anda, semakan status bayaran anda boleh dilaksanakan pada portal rasmi atau aplikasi i-Akaun. Kami kongsikan panduan semakan di bawah:

  1. Layari portal rasmi i-Akaun di https://secure.kwsp.gov.my/member/login
  2. Anda perlu login menggunakan ID & Kata Laluan yang telah anda daftarkan.
  3. Setelah anda berjaya untuk login, sila klik pada pautan Withdrawal History atau Sejarah Pengeluaran. Jika anda memilih pilihan Bahasa Melayu. Bahagian tersebut anda boleh dapati di ruangan sebelah kiri.
  4. Sila klik pada kolum ‘i-Sinar’.
  5. Akhirnya, status/ tarikh pembayaran akan dipaparkan pada skrin anda.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada anda, jangan lupa share kepada keluarga,famili serta rakan-rakan!

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral [embedyt] https://www.youtube.com/embed?listType=playlist&list=UUxF00UUE90p5DxiuvH18gIA&layout=gallery[/embedyt]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *