4 Kes Kanak-Kanak Diculik Sampai Sekarang Masih Belum Di Temukan

Negara kita telah menjadi sebuah negara yang aman dan juga antara negara yang termaju di dunia. Banyak kemajuan yang telah dikecapi oleh negara kita dan ekonomi negara juga semakin berkembang maju. Tetapi dalam yang telah dikecapi, negara kita juga tidak lari dari berlakunya kes penculikan kanak-kanak.

Suatu ketika dahulu, negara kita pernah dikejutkan dengan beberapa kes penculikan kanak-kanak. Ada kes penculikan tersebut yang berakhir dengan kanak-kanak tersebut berjaya di jumpai ada yang berakhir dengan kematian dan ada yang tidak di ketahui nasib mereka sehingga ke hari ini.

Ada beberapa kes penculikan yang sehingga ke hari ini kanak-kanak tersebut masih tidak di temui dan pelakunya juga sehingga ke hari ini masih lagi belum di tangkap. Pelbagai usaha yang pihak polis telah jalankan tetapi semuanya masih menemui jalan buntu. Jadi, kami senaraikan kes kanak-kanak di culik yang sehingga sekarang belum di temukan. Antaranya:

Kes Kanak-Kanak Diculik Sampai Sekarang Masih Belum Di Temukan

1. Ting Song Seng (1996)

Pada tahun 1996 negara kita di gemparkan dengan satu penculikan seorang kanak-kanak cina. Ting di katakan hilang semasa menunggu bas di sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Taman Rasah, Klang untuk pulang ke rumahnya. Dia di katakan hilang pada 15 Januari 1996.

Semenjak dari itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh ibu bapanya iaitu Gan Kim Choo dan Tin Kuwi Diu. Antara usaha yang dilakukan adalah seperti  mengedar hampir 50,000 risalah dan poster. Selain itu, gerakan secara besar-besaran sehingga ke Tahailand telah di adakan namun segala usaha tersebut menemui jalan buntu.

Kini, telah hampir 25 tahun kes kehilangan Ting Song Seng telah berlaku tetapi sehingga ke hari ini dia tidak di temui

2- Zulaiha Muhamad

2 tahun kemudian, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan kes kehilangan kanak-kanak. Tetapi kali ini melibatkan kanak-kanak perempuan. Pada 28 November 1998 kanak-kanak perempuan yang bernama Zulaiha Muhamad yang pada waktu itu berusia 6 tahun di katakan telah hilang ketika sedang bermain di bawah pokok jambu di hadapan rumahnya.

Semenjak dari itu, sehingga ke hari ini kehilangan Zulaiha Muhamad masih menjadi satu misteri. Siapakah pnculiknya, dan apa motif penculikan masih lagi menjadi misteri sehingga ke hari ini.

3- Sharlinie Mohd Nashar

Kes kehilangan kanak-kanak yang seterusnya ini pula satu kes kehilangan yang di ingati oleh kebnayakkan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, ianya berlaku selepas kes penculikan dan pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan Nuriz Jazlin.

Sharlinie Mohd Nashar di katakan yang pada waktu itu berusia 5 tahun dikatakan telah di culik ketika dalam perjalanan pulang selepas bermain dengan kakaknya, Sharliena di padang permainan yang kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan, Petaling Jaya.

Pelbagai usaha telah dilakukan dan siasatan demi siasatan telah dilakukan. Tetapi sehingga ke hari ini masih tidak tahu di manakah kanak-kanak malang ini berada dan sehingga ke hari ini dia tidak di temui.

4- Muhammad Asmawi Jalaludin

Belum reda kes penculikan kanak-kanak, bebarapa bulan selepas itu timbul pula kes penculikan kanak-kanak yang terbaru. Kali ini melibatkan kanak-kanak lelaki yang bernama Muhammad Asmawi Jalaludin. Dia dikatakan, hilang pada 9 Mac 2008. 

Muhamad Asmawi Jalaludin ketika itu dikatakan dalam perjalanan pulang bersama rakannya dari taman itu berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi pada 9 Mac lalu.

Taman tersebut terletak kira-kira 200 dari rumah ibunya tetapi murid Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) La Salle, Brickfields itu tidak pulang setelah keluar dari rumah pada pukul 5.30 petang tersebut.

Semenjak dari itu, Muhammad Asmawi Jalaludin tidak dapat di kesan sehingga ke hari ini, walaupun pelbagai usaha mencarinya telah dilakukan oleh pihak polis.

Jom tonton video dari Youtube Onviral [embedyt] https://www.youtube.com/embed?listType=playlist&list=UUxF00UUE90p5DxiuvH18gIA&layout=gallery[/embedyt]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *