MyKasih Kapital: Cara Mohon Bantuan RM1000

Anda ingin berniaga? Tetapi tiada modal? Berita baik buat para wanita yang ingin menceburi bidang perniagaan! Anda kini boleh memohon Bantuan MyKasih Kapital yang telah diumumkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN) iaitu Bantuan MyKasih Kapital.

Pada sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan modal perniagaan kepada kaum wanita sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021 yang lalu.

Kepada anda yang memasang hasrat untuk memohon, sila dapatkan cara untuk membuat permohonan program Bantuan MyKasih Kapital mulai sekarang kerana permohonan ini terhad untuk 2000 permohonan sahaja.

Permohonan bantuan ini telah dibuka secara atas talian dan usahawan wanita yang memerlukan modal perniagaan adalah dialu-alukan untuk memohon.

MyKasih Kapital

Inisiatif ini dilaksanakan bagi memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan bagi mengalakkan mereka terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

Bantuan MyKasih Kapital

Pemohon yang layak menerima Bantuan MyKasih Kapital akan menerima bantuan modal perniagaan sebayank RM1,000.

Objektif MyKasih Kapital

Antara objektif utama ialah:

  • Memperkasakan lagi ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pendemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  • Membantu meningkatkan taraf hidup wanita yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  • Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan keraajan sepenuhnya.

Syarat Kelayakan

Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  2. Permohonan dibuka kepada golongan wanita sahaja.
  3. Pemohon ialah ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga.
  4. Pemohon ialah individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian.
  5. Pemohon ialah wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk memberi nafkah disebabkan sakit.
  6. Pemohon berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan berikut:

  1. Klik pada pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScN38AiRaxxGVjsxHiOzWr4sD6-kF1rRKbXtbNgwQF2Db3bQw/viewform
  2. Isi maklumat yang di dalam setiap ruangan yang diberikan dan klik pada butang ‘Next’ pada setiap paparan akhir.
  3. Pastikan setiap maklumat yang diisi adalah tepat dan sahih.
  4. Pada akhir paparan, klik ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital di talian 03-83823 2433 atau terus ke pejabat pada alamat:

Urus Setia Program Bantuan MyKasih Kapital,

Yayasan Kebajikan Negara Malaysia,

Aras 8, Bangunan KPWKM,

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4, 61200 Putrajaya

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral [embedyt] https://www.youtube.com/embed?listType=playlist&list=UUxF00UUE90p5DxiuvH18gIA&layout=gallery[/embedyt]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *