PEMERKASA: Bantuan RM500 Untuk B40, Penerima BPR

PEMERKASA

Bantuan PEMERKASA 2021

Untuk makluman anda, kerajaan telah memperuntukkan lagi RM1.2 billion bagi melaksanakan tanggungjawab untuk membantu 2.4 juta penerima yang kehilangan punca pendapatan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bantuan tersebut ialah PEMERKASA.

Beliau juga berkata, bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off diberikan kepada golongan B40, dan tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1000 ke bawah.

Berikut dikongsikan kepada anda maklumat lebih lanjut mengenai Bantuan RM500 ini.

Baca Juga: Bantuan E-Wallet: RM150 Kredit E-Wallet Untuk Golongan Belia

Bantuan RM500 B40 & Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) PEMERKASA

Kedua-dua kategori ini melibatkan penerima yang berumur 21 hingga 60 tahun.

Berikut merupakan syarat kelayakan yang diumumkan semasa sidang media berlangsung:

  • Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off diberikan kepada Golongan B40 yang telah hilang punca pendapatan.
  • Bayaran tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.
  • Penerima yang berumur 21 hingga 60 tahun.
  • Tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.
  • Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO.
  • Bayaran bantuan ini akan mula diagihkan pada bulan Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing.

NOTA: Mereka yang layak tidak perlu memohon kerana proses semakan silang akan dibuat dan tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.

Tarikh Pembayaran Bantuan PEMERKASA

  • Bayaran RM500 PEMERKASA ini akan dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing.

Cara Permohonan RM500 B40, Penerima BPR

  1. Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO.
  2. Bantuan ini tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.
  3. Makluman akan dibuat apabila wang telah dikreditkan untuk semakan penerima.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui info lanjut mengenai semakan dan pembayaran, sila rujuk makluman yang akan dikemaskini oleh LHDN.

  1. Layari laman sesawang LHDN iaitu https://hasil.gov.my atau
  2. Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di hotline BPR, LHDNM melalui talian 1-800-88-2747

Jangan lupa share artikel ini kepada yang memerlukan. Semoga bermanfaat!

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral [embedyt] https://www.youtube.com/embed?listType=playlist&list=UUxF00UUE90p5DxiuvH18gIA&layout=gallery[/embedyt]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *