Senarai Harga Barangan Terkawal Aidilfitri 2021

Sudah pasti ramai di antara kalangan masyarakat tertanya-tanya, mengapa harga barang kini naik mendadak?

“Adakah peniaga sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang”

Bermulanya tahun 2000, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) telah dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang dahulu dikenali sebagai Akta Kawaln Harga 1946.

“Pengumuman 12 barangan ini adalah susulan berlakunya peningkatan harga mendadak sejak kebelakangan ini,” katanya dalam sidang media pengumuman SHMMP di kementeriannya di sini, hari ini.

Baca Juga: PEMERKASA: Bantuan RM500 Untuk B40, Penerima BPR

Infografik Harga Kawalan Ayam

Harga Barang

“Jika peniaga dengan sengaja menaikkan harga tanpa alasan yang munasabah dengan niat membuat keuntungan berlebihan, KPDNHEP boleh bertindak bawah akta yang dinyatakan.

Bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, katanya, individu tebabit boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Terdapat beberapa jenis barang keperluan di bawah skim ini dikenalpasti sebagai barangan harga terkawal musim perayaan yang telah ditetapkan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam tempoh tertentu. Skim ini telah dilaksanakan di seluruh negara dan harga yang ditetapkan adalah berbeza bagi mengikut kawasan dan daerah.

Sehingga kini, musim perayaan merangkumi:

  • Hari Raya Puasa
  • Tahun Baru Cina
  • Deepavali
  • Hari Krismas
  • Pesta Kaamatan
  • Hari Gawai

Senarai Harga Barang Kawalan Hari Raya Aidilfitri 2021

Berikut adalah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 bagi barangan kawalan yang ditetapkan oleh KPDNHEP. Skim ini berkuatkuasa bermula 21 April sehingga 20 Mei 2021 (30 hari).

Harga Barang

Harga Barang

Kewajipan Peniaga

  1. Meletakkan label berwarna merah jambu khusus bagi barang harga terkawal sahaja. Label tersebut hendaklah menunjukkan harga bagi setiap unit, perihal dan gred atau kualiti barang berkenaan.
  2. Tidak boleh menjual barang tersebut melebihi harga maksimum yang ditentukan.
  3. Memastikan bekalan barang terkawal yang dijual mencukupi.

Denda juga akan dikenakan kepada peniaga yang ingkar atau tidak mengikuti apa yang ditetapkan oleh KPDNHEP.

  • Orang Perseorangan – Maksimum RM100,000 dan/atau tiga tahun penjara
  • Pertubuhan Perbadanan – Maksimum RM500,000

Aduan Pengguna

Sebarang aduan berkaitan barang kawalan yang tidak mematuhi had yang ditetapkan ini, pengguna boleh membuat aduan ke saluran berikut:

1800-886-800

eaduan.kpdnhep.gov.my

https://www.kpdnhep.gov.my/ms/

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.

Jom tonton video dari Youtube Onviral [embedyt] https://www.youtube.com/embed?listType=playlist&list=UUxF00UUE90p5DxiuvH18gIA&layout=gallery[/embedyt]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *