i-Sinar: Pembayaran Bulan Mei Bermula 3 Mei 2021

i-sinar

Seperti yang kita tahu, pembayaran i-Sinar bagi bulan April telah pun melabuhkan tirai. Kini, pembayaran untuk bulan Mei pula yang ditunggu-tunggu oleh penerima.

Sedia maklum bahawa, i-Sinar merupakan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibenarkan oleh kerajaan demi kelangsungan hidup rakyat sewaktu pandemik Covid-19 melanda.

Oleh itu, pembayaran bagi bulan Mei ini lebih awal berbanding bulan April.

Kami dari onviral akan kongsikan kepada serba sedikit mengenai tarikh pembayaran.

Baca Juga: Bantuan Prihatin Rakyat (BPR): Semakan Tarikh Baki Bayaran

Pembayaran i-Sinar Bulan Mei Kategori 1&2

Pembayaran masih sama seperi sebelum ini iaitu pembayaran akan didahulukan kepada Kategori 1 dan setelah itu Kategori 2.

Pembayaran untuk bulan Mei pula dijangkakan akan bermula pada 3 Mei 2021 iaitu pada hari isnin.

Sedia makluman bahawa pembayaran adalah mengikut kumpulan/ batch masing-masing.

Jadual Pembayaran i-Sinar Mei

  • Sekiranya pembayaran bermula pada 3/5/2021. Penerima yang akan menerima bayaran tersebut adalah mereka yang menerima bayaran bulan April pada 1/4/2021 yang lalu.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 4/5/2021 maka penerima pada 2/4/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Jika pembayaran berikutnya pada 5/5/2021 maka penerima pada 5/4/2021 lalu akan menerima pembayaran tersebut.
  • Dan begitulah seterusnya. Pembayaran ini ialah mengikut kumpulan/batch masing-masing.
  • Sekiranya anda tidak menerima bayaran seperti yang dijangkakan, kemungkinan besar pembayaran anda telah dipindahkan ke tarikh baharu. (Tidak Dinyatakan)

Faham?

Info Penting Yang Perlu Anda Tahu

PEMBAYARAN BERJAYA KREDIT

  • Duit i-Sinar KWSP masuk terus ke akaun penerima.

PEMBAYARAN GAGAL KREDIT

  • Pembayaran i-Sinar tidak masuk ke akaun penerima disebabkan nombor akau salah atau tidak aktif. Anda perlu tunggu makluman daripada KWSP.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Sumber

Jom tonton video dari Youtube Onviral [embedyt] https://www.youtube.com/embed?listType=playlist&list=UUxF00UUE90p5DxiuvH18gIA&layout=gallery[/embedyt]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *