5 Doa Murah Rezeki Yang Patut Anda Amalkan

doa murah rezeki

Ramai orang pada hari ini mengeluh kerana sumber pendapatan terjejas akibat penularan wabak Covid-19. Ada yang dipotong gaji serta dibuang kerja.

Tiada apa yang boleh dilakukan. Cumanya, kami dari onviral hanya boleh memberi semangat serta iringan doa semoga situasi yang menyesakkan dada ini berakhir dengan segera.

Kepada kalian yang menghadapi ujian ini, jangan berputus asa. Terus berusaha dan berdoa. Usaha bersungguh-sungguh, amalkan dengan amalan baik dengan bersungguh-sungguh dan teruskan berdoa kepada Allah S.W.T.

Kalau kita rasa susah hari ini, ingatlah ramai lagi yang mempunyai nasib lebih teruk daripada kita hari ini. Berhenti mengeluh tentang rezeki. Rezeki adalah rahsia Allah.

Walaupun kita masih tidak dimurahkan rezeki sehingga sekarang, janganlah sesekali berputus asa mahupun bersangka buruk. Mungkin belum masanya dan pasti kita perlu terus berusaha mempertingkatkan lagi amalan selain berdoa, sedekah, lakukan solat dhuha dan banyak lagi yang perlu kita ketahui untuk membuka rezeki agar terus mengalir seperti air tanpa henti melimpah ruah.

Jika diperhatikan mereka yang lebih murah rezeki, adakah usaha kita sehebat usaha dan doa mereka? Mungkin juga kita terlupa mengambil kira beberapa faktor wajib yang diambil kira untuk Dia murahkan lagi rezeki kita?

Faktor luaran sahaja tidak mencukupi dan kita juga memerlukan faktor dalaman agar kita dan keluarga terus dimurahkan rezeki tanpa henti.

Baca Juga: 13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita Muslimah. Ramai Yang Terlepas Pandang!

Doa & Amalan Murah Rezeki Mustajab

Apakah cara untuk membuka rezeki dan doa yang baik untuk murahkan rezeki? Berikut adalah doa dan amalan murah rezeki yang mustajab kami kongsikan untuk anda dan harus diingat amalan ini adalah salah satu usaha supaya kita berjaya serta kita lakukan bersungguh-sungguh selain wajib yakin rezeki itu daripada Allah S.W.T.

1. Membaca Surah Al-Ikhlas

doa murah rezeki

2. Membaca Surah Al-Waqiah & Doa Murah Rezeki

3. Memperbanyakkan Membaca Selawat – La Hawla Wala Quwwata IIla Billah

4. Doa Murah Rezeki (Yang Dibaca Oleh Rasulullah Kepada Anas Bin Malik)

doa murah rezeki

Nota: Sekiranya anda ingin baca doa di atas untuk diri anda sendiri ataupun doa kepada perempuan, silalah gantikan dhomir yang bersesuaian untuk orang yang anda ingin doa tu.

5. Doa Murah Rezeki Paling Mustajab Rumi

doa murah rezeki paling mustajab rumi

Bacaan doa dalam rumi adalah seperti berikut:

ALLAHUMMAF TAHLII ABWAABAL KHOIRI, WA ABWAABA SHOLAAMATI, WA ABWAABAS SHIHATI, WA ABWAABAN NIA’MATI, WA ABWAABA BAROKHATI, WA ABWAABAL QUWWATI, WA ABWAABAL MAWADDATHI, WA ABWAABAR ROHMATI, WA ABWAABAR RIZKHI, WA ABWAABAL ‘ILMI, WA ABWAABAL MAGHFIROTHI, WA ABWAABAL JANNATHI YAA ARHAMARROOHIMIIN.

Apa Itu Barakah?

Barakah adalah istilah yang bermaksud “peningkatan” dan “pertumbuhan” – dan juga kebahagiaa. Ia adalah penubuhan kebaikan ilahi dalam sesuatu; dari mana ia memancarkan tidak dapat dirasakan oleh orang-orang, dan ia tidak dapat disuarakan secara luar, dan tidak terhad kepada apa-apa, tetapi sebaliknya sesuatu dengan barakah di dalamnya dipanggil mubaarak, dan mempunyai kenaikan yang tidak dapat dijelaskan dan manfaatnya dari Allah. (al-Ishafani, Mufradaat Al-Qur’an)

Anda mungkin boleh dapat wang yang banyak melalui doa murah rezeki yang tidak disangka. Tetapi mempunyai lebih banyak barakah dalam kekayaan seseorang tidak bermakna jumlah harta dia meningkat. Sebaliknya, bahawa rezeki yang dilihat dari peningkatan jumlah yang terhad itu, dapat terus berlanjut dan bertahan untuk masa yang lama.

Barakah dalam apa sahaja, terutama kekayaan, yang merupakan sebahagian dari rezeki yang ditakdirkan oleh Allah Yang Maha Tinggi, dapat bertambah dan berkurung bergantung pada tindakan yang baik dan buruk dilakukannya.

Semoga perkongsian doa murah rezeki berserta zikir dan ayat-ayat Al-Quran untuk dipermudahkan rezeki yang melimpah ruah dapat membantu anda untuk terus membuat amalan seperti yang bincangkan di atas. Semoga kita dimurahkan rezeki dan hidup dalam keluarga yang harmoni dan bahagia.

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral [embedyt] https://www.youtube.com/embed?listType=playlist&list=UUxF00UUE90p5DxiuvH18gIA&layout=gallery[/embedyt]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *