Dua Beradik Kelaparan Sambil Kira Duit Di Tepi Restoran, Reaksi Kanak-kanak Ini Bikin Sebak

Tak semua orang didunia ini dilahirkan dalam kehidupan yang senang-lenang. Jika kita lahir dalam keluarga yang senang, tak susah untuk kita menggembirakan hati orang lain.

Menerusi satu perkongsian video yang tular di Facebook, seorang lelaki yang dikenali sebagai Samuel Lee Wui Phung telah memuat naik satu rakaman yang berdurasi 13 saat yang memaparkan seorang wanita yang memberi makanan kepada dua orang kanak-kanak.

Seronok Dapat Makanan

Menurut Samuel atau nama panggilannya Sam, teman wanitanya itu telah membungkus makanan dari restoran makanan segera (KFC) di salah sebuah daerah di Sabah dan memberikan kepada kanak-kanak tersebut yang kelihatan sangat lapar duduk di tepi restoran berkenaan.

Lebih mencuri perhatian lagi apabila reaksi mereka selepas mendapat makanan itu sangat menyentuh hati kerana masing-masing tersenyum gembira.

Nampak Kanak-kanak Itu Kira Duit Depan KFC

Tambah Sam, beliau tergerak hati  untuk membeli makanan kepada mereka selepas melihat kanak-kanak tersebut mengira duit yang dikeluarkan daripada poket masing-masing.

Netizen Kagum Dengan Kebaikan Sam

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen pada posting itu dengan memuji tindakan murni Samuel.

Mereka juga mengucapkan terima kasih dan berasa sebak melihat reaksi kanak-kanak tersebut selepas menerima makanan daripada teman wanita lelaki berkenaan.

Netizen Tabik Dengan Perbuatan Sam

Sumber: Samuel Lee Wui Phung

Jom tonton video dari Youtube Onviral [embedyt] https://www.youtube.com/embed?listType=playlist&list=UUxF00UUE90p5DxiuvH18gIA&layout=gallery[/embedyt]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *