24 Jenis Ikan Laga Serta Tips Penjagaan

24 Jenis Ikan Laga (Betta Fish)

Nama ikan laga terkenal disebabkan oleh, pada suatu ketika dahulu ia digunakan sebagai hiburan dengan melagak-lagakan mereka. Sirip dan insangnya yang terbuka meggamit tarikan kepada pelaga-pelaga yang suka melihat mereka bergaduh sesama sendiri. Walaupun aksi melagakan ikan ini agak kejam, sehingga sekarang, tradisi ini masih diamalkan oleh sebilangan masyarakat sama ada di dalam Malaysia atau di luar negara.

1. Koi Betta

 ikan laga

Sejenis Marmer, dipilih dengan teliti melalui pembiakan. Variasi ini dibesarkan menyerupai ikam kolam Koi yang sangat popular. Jenis ini dibiakkan dengan teliti selama bertahun-tahun oleh penggemar akuarium untuk mengekalkan ciri-ciri nya.

2. Marble Betta

ikan laga

Keistimewaan mengenai jenis ini adalah boleh menukar warna badan terang dan pudar.

3. Butterfly Betta

ikan laga

Variasi lain dari corak ini adalah badan penuh berwarna dan bahagian sirip serta ekor bewarna putih atau lutsinar

4. Dragon Scale Betta

Corak yang agak baru dihasilkan melalui kacukan baka. Corak ini popular kerana bewarna perak. Warna kebiasaan badan seperti merah dengan sisik warna-warni di seluruh badan.

5. Mustard Gas Betta

Variasi dua warna antara badan dan sirip. Tubuhnya bewarna gelap, biasanya biru dan hijau.

6. Green Betta Fish

Variasa sukar ditemui, hijau yang terang dan hijau gelap dapat dilihat dengan mata kasar tetapi sangat jarang dan sering dianggap sangat beharga.

7. White Betta Fish

ikan laga

Betta ini bewarna putih sepenunya. Walaupun agak kusam tapi warnanya nampak cantik dan megah.

8. Yellow Betta Fish

Ikan Betta Kuning merupakan warna yang biasa dijumpai. Ikan ini mempunyai warna kuning di seluruh ba dan, sirip dan ekor.

9. Rose Petal Betta

Warna yang paling banak, biasanya biru muda dan beberapa variasa warna. Mempunyai wajah yang lebih gelap dah salah satu ikan beta yang paling jarang ditemui.

10. Pink Betta Fish

ikan laga

Kadang-kadang kelihatan hampir lutsinar. Ikan ini hampir disamakan dengan betta albino, jenis ini hampir tidak mempunyai pigmen dengan daging yang bersinar melalui kulit.

11. Red Betta Fish

ikan laga

Biasanya bewarna merah yang menyerlah pada badan ikan, kadang-kadang warna merah ini juga boleh pudar disebabkan stress

12. Black Orchid Betta

ikan laga

Black betta mempunyai warna keseluruhan gelap. Kadang kala boleh nampak kiasan ungu atau biru sepanjang badannya. Ia mempunyai 3 jenis yang berbeza :

  • Melano
  • Black Lace
  • Metalic

13. Blue Betta Fish

Warna paling umum adalah Steel Blue dan Royal Blue Betta, yang merupakan warna yang cerah dan cantik dan menunjukkan warna biru terang

14. Over Halfmoon

Luas ekor yang boleh mencapai lebih dari 180 darjah di seluruh badan dan mempunya sirip yang sedikit tajam. The Half-Sun dibiak secara selektif Half Moons dan Crowntails.

15. Roundtail Betta

Ia sangat mirip dengan Deltas dan perbezaan pada bentuk hujung ekor kerana berbentuk bulat.

Ketahui lebih lanjut lagi jenis ikan laga liar di Malaysia

16. Combtail Betta

Hampir sama seperti Crowntails. Cuma perbezaanya ialah panjang ekor dan warna kenya ekornya 2 ke 3 kali ganda lebih besar.

17. Rosetail Betta

ikan laga

Percabangan ini memberi kesan yang menarik pada ikan dan menjadikan sirip ekor kelihatan  seperti bunga mawar

18. Veiltail Betta

Sirip dan ekor yang labuh dan jatuh seperti langsir menjadikan Veiltail mudah untuk dikesan. Ia juga antara yang paling senang didapati di Malaysia.

Permintaan Veiltail Betta di pasaran tidak begitu banyak persaingan. Sebabnya, ia mudah dibiakkan dan peratus nak dapatkan baka yang kacuk itu sangat rendah.

19. Elephant Ear Betta / Dumbo Betta

Lincah berenang! Digelar Elephant Ear Betta kerana sirip kiri dan kanan mirip telinga gajah apabila beralun-alun di dalam air.

Jenis jantan lebih suka menyerang dan menjadi dominan. Sebab itulah tak boleh letak dua ekor jantan Elephant Ear Betta dalam bekas yang sama. Boleh mati salah seekor kerana berlaga sesama sendiri.

20. Double Tail Betta

ikan laga

Ekor terbelah dua menjadi simbolik Double Tail Betta kerana alunan lenggok ekornya semasa berenang kelihatan seolah ada dua ekor.

Keluarga DT atau nama lainnya Ikan Laga Ekor Cabang boleh datang dari pelbagai jenis seperti Halfmoon, Crowntail, Veiltail, dan Giant.

21. Halfmoon Betta

Digelar Halfmoon Betta kerana bentuk ekornya yang 180 darjah kelihatan sakan-akan bulan separuh penuh. Jenis ini melambak-lambak dekat Malaysia.

Sebab itulah ia bernilai tinggi kerana memerlukan proses pembiakan yang banyak untuk mendapatkan Halfmoon yang sempurna.

22. Plakat Betta

Mempunyai ekor pendek dan bulat. Sirip agak pendek jika dibandingkan dengan variasi lain. Namun Jantan menunjukkan warna yang terang dan cantik.

23. Avatar Betta

Spesis kacukan Avatar Betta telah menjadi juara dan dapat dijual pada harga RM7,000.00!

Apa yang menariknya, kulit Avatar Betta ini akan memancar-mancar ketika dalam gelap. Namanya diambil sempena watak yang dimainkan di filem Avatar.

Harga pasaran Avatar Betta ini antara yang paling mahal dijual iaitu daripada RM400.00 ke RM7,000.00 tau!

24. Crowntail Betta

Crowntail Beta digelar Ikan Laga Matarahari disebabkan ekornya yang kelihatan seperti pancaran sinaran cahaya matahari.

Lain pula dengan orang Barat yang melabel bentuk ekornya seperti Mahkota atau Crown. Katanya berasal dari Indonesia dan cukup dikenali dengan nama Chupang.

Cara atau tips jaga

Ikan laga seperti haiwan peliharaan lain pun perlu penjagaan rapi. Jom tengok apa yang anda kena beri perhatian!

1. Air

Air komponen yang penting untuk diambil kisah sebab air yang kotor dan tak sesuai boleh bagi penyakit sehingga boleh mati. Jika menggunakan air paip, letakkan sedikit ubat anti-klorin seperti Nutrafin supaya menjadi lebih neutral. Ikan laga kalah dengan air berPH terlalu tinggi seperti air paip.

Kalau rajin, rendam air paip untuk beberapa hari sehingga klorinnya terasing. Itu lagi bagus untuk menjadikan ikan anda lebih sihat. Selain itu, tukar air dua atau tiga kali seminggu untuk mengelakkan bakteria, kulat dan parasit menyerang ikan anda. Kalau nampak ia kurang aktif atau tak selera makan, ada benda yang tak kena.

2. Jenis/Kekerapan Makanan

Anda mesti tak sangka ikan laga ini sebenarnya haiwan karnivor. Haiwan-haiwan kecil lain dalam air tawar menjadi makanannya. Jadi, pastikan makanan yang anda pilih mengandungi protein yang tinggi.

Ikan ini tak makan banyak. Biasanya dua kali sehari dan dalam kuantiti yang sedikit. Jangan biarkan makanan yang tak dimakan bertakung dalam air lama-lama, nanti kualiti air boleh rosak.

3. Saiz & Jenis Akuarium Sesuai

Ikan laga ni cepat stress. Bekas atau akuarium yang kecil boleh mengganggu kualiti air dan seterusnya membantutkan tumbesaran ikan laga. Paling tidak, pilihlah akuarium bersaiz 19 liter untuk seekor ikan laga kecil. Jika kuantiti ikan adalah banyak, digalakkan beli yang 75 liter ke 100 liter.

Selain itu, akuarium jenis lut sinar juga penting supaya anda boleh lihat keadaan ikan setiap hari. Jangan sesekali membela dalam bekas besi yang cepat karat. Ia akan menyebabkan PH air terganggu.

4. Tumbuhan Akuatik

Tumbuhan akuatik ini berguna sebab ia memproses najisnya yang menjadi makanannya. Ada ia memberi kesan? Ya! Tumbuhan yang elok akan mempengaruhi kualiti air supaya ikan laga anda sihat. Syaratnya, kena rajin jaga tumbuhan akuatik tersebut.

Tetapi, jangan letak secara berlebihan. Selain itu, letakkan juga lampu akuarium supaya terang sikit kehidupan ikan anda. Daun ketapang antara kegemarannya sebab boleh menurunkan nilai PH air selain mampu membunuh bakteria dalam air.

5. Hiasi Akuarium Dengan Pasir, Kayu & Batu

Semua perhiasan akuarium anda boleh dapatkan di mana-mana kedai ikan peliharaan. Wajib ke letak hiasan? Lebih kepada ‘digalakkan’ supaya emosinya anda dapat kawal.

Kalau ada semua hiasan tersebut, barulah ia akan selesa dan kurang stress kerana ia seakan-akan hidup di habitat semula jadinya. Apa salahnya berbelanja untuk haiwan peliharaan sendiri. Kalau ikan anda gembira, stress anda pun hilang bila tengok lenggok aksi renangnya!

Cara Dapatkan Topup Touch N Go eWallet Percuma 2021

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress