3 Langkah Mudah Daftar i-Akaun Bagi Pengeluaran RM10,000 KWSP

Pengeluaran Khas adalah untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.

OnViral akan kongsikan kepada anda cara mudah untuk mendaftar i-Akaun untuk memudahkan pengeluaran RM10,000 KWSP anda.

Berapakah Amaun Pengeluaran Yang Layak Dikeluarkan?

    • Amaun kelayakan pengeluaran khas sehingga maksimum RM10,000.
    • Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
    • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
    • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

Baca Juga: Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Hanya Melalui Portal Rasmi Ini

Langkah-Langkah untuk mendaftar i-Akaun (Ahli)

Langkah 1

    • Hadir ke mana-mana cawangan atau kiosk KWSP berhampiran anda untuk mendaftar i-Akaun (Ahli).

Langkah 2

Langkah 3

    • Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna & Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan i-Akaun.
    • Selepas bersetuju, anda hendaklah mencipta ID Pengguna dan Kata Laluan. Pilih imej Online serta isi Frasa Rahsia Anda.
    • Setelah berjaya, masuk semula menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah dicipta.
    • Pengesahan Nombor Telefon TAC hendaklah dilakukan sebaik sahaja log masuk.

Soalan Lazim

Bilakah permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022.

Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran Khas?

Permohonan ini hanya boleh dibuat di portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.

Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
    • i-Akaun (Ahli)
    • Aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun
    • Kiosk KWSP

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas:

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress