38 Ribu Lesap Dalam 30 Minit Hanya Dengan 6 Angka OTP, Siapa Dalangnya?

Keghairahan dalam memberikan maklumat penting berkaitan perbankan internet merugikan seorang lelaki apabila beliau memberikan angka OTP(One Time Password) yang sampai ke peti mesej nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan banking online beliau.

Dalam masa hanya 30 minit, duit yang dikira selamat dalam bank telah selamat berpindah apabila beliau memberikan 6 angka nombor OTP yang sampai ke peti mesejnya untuk pembelian barang online di platform Lazada.

Perbuatan scam seperti ini sebenarnya telah banyak berlaku sejak dulu lagi dan kini semakin berleluasa dan lebih mudah dilakukan atas talian . Namun yang menjadi tanda tanya, siapakah dalang disebalik kebocoran maklumat login id pemilik akaun dan bagaimanakah para scammers tahu kedudukan jumlah kewangan dalam akaun mangsa?

Menerusi perkongsian seorang lelaki bernama Mat Yoe dihantaran facebooknya, beliau ada menceritakan kejadian yang menimpa ke atas rakannya.Penganiayaan bermula menggunakan whatsapp apabila seorang wanita menghantar mesej peribadi mengatakan beliau telah tersalah memasukkan nombor telefon semasa membuat pengesahan pembayaran di aplikasi Lazada  dan meminta rakannya menghantar gambar  TAC (Transaction Authorisation Code) kepadanya untuk membuat meneruskan pembayaran transaksi.

Tanpa berfikir panjang ,rakannya seakan terpukau lantas memberikan code yang sampai ke peti mesejnya.Tanpa disedari, perbuatannya telah menyebabkan kerugiaan besar. Dalam masa 30 minit,wanita tersebut berjaya membuat 8 transaksi kepada 4 akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan adalah RM 37,778.

Berasa curiga dan panik melihat transaksi besar berlaku dalam akaunnya , beliau terus menelefon dan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak bank dan meminta untuk menyekat akaunnya dari sebarang transaksi dilakukan. Beliau terus membuat laporan polis malam itu juga .


Keesokkan harinya, Mat Yoe dan mangsa ke bank dan seperti dijangkakan , tiada apa yang dapat diselamatkan lagi dan bersyukur kerana tidak semua wang berjaya berjaya di transfer lagi dan masih berbaki.

Yang menjadi persoalan apabila berlaku sindiket sedemikian, bagaimanakah kebocoran maklumat sepenting ini berlaku ? siapakah dalang disebaliknya ? dan adakah sistem bank kita di Malaysia tidak ada akta untuk pengguna yang teraniaya ?

Menurut Mat Yoe lagi, pihak bank juga gagal menyekat dan membekukan akaun para scammers walaupun laporan polis telah dibuat.Dan dipercayai mereka sedang giat melakukan aktiviti haram mereka apabila pihak polis memaklumkan terdapat 4 kes yang sama berlaku dalam daerah mangsa tinggal sekitar minggu itu dengan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.-onviral

Sumber ; @Mat Yoe

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress