4 Barang Keperluan Ini Akan Turun Harga Awal Tahun Januari

Menurut Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam mengatakan bahawa empat barangan itu terbabit dalam pelarasan semula harga sebagai langkah memulihkan kestabilan harga barangan dan dalam usaha membantu rakyat mendapatkan barang keperluan pada harga munasabah.

Sampai Bilakah Tarikh Akhir Penurunan Harga?

Skim ini dijadualkan berakhir pada 1 januari, namun setelah berlaku perbincangan , ia dilanjutkan selama 35 hari lagi dan berkuat kuasa  bermula 1 Januari hingga 4 Februari ini.

Azman berkata, pemeriksaan di 25,897 premis dalam tempoh SHMKM bermula 7 Disember lalu hingga semalam.

“Daripada pemeriksaan dijalankan, terdapat 85 kesalahan dikesan membabitkan peniaga menjual melebihi harga maksimum dan gagal mempamerkan tanda harga.

“Setakat ini, kami mengeluarkan kompaun berjumlah RM20,000 dan banyak kes lain masih menunggu siasatan.

“Bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2021 pada 23 Disember hingga 31 Disember, pematuhannya hampir 100 peratus daripada 7,178 premis diperiksa,” katanya.

“Hanya ada beberapa kes terputus bekalan sementara berikutan masalah logistik di beberapa kawasan,” katanya.

Antara Jenis Barangan Keperluan Yamg Turun Harga

  1. Ayam segar – Turun sebanyak 20 sen.
  2. Telur – Turun sebanyak 50 sen.
  3. Sayur sawi – Turun sebanyak 50 sen.
  4. Kacang panjang Turun sebanyak 50 sen.

“Mulai esok ada harga baharu untuk SHMKM di Semenanjung dengan mengambil kira situasi dan lokaliti.

“Empat jenis barangan akan mengalami pelarasan semula harga iaitu ayam daripada RM9.30 kepada RM9.10 dan penurunan harga telur, sawi serta kacang panjang sekitar 50 sen.

“Penurunan harga ini mengikut trend dan keadaan harga semasa, jadi kita turunkan harga serta pastikan ia tidak naik lagi dalam tempoh kawalan,” katanya selepas program Walkabout Op Back To School dan SHMKM di Pasaraya Mydin, di sini, hari ini.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress