Mungkin masih ramai yang tidak tahu terdapat 5 bantuan tunai daripada pihak kerajaan yang masih lagi boleh dipohon.
Seperti yang kita tahu, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan melalui Bajet 2022. Apabila tibanya tahun 2022, bermulalah fasa pelaksanaan bantuan-bantuan tersebut berdasarkan perancangan yang ditetapkan. Sila rujuk artikel ini untuk melihat Bantuan Kerajaan bagi tahun 2022 yang mungkin anda semua perlu semak.
Anda juga boleh layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mendapatkan perkembangan berita-berita semasa dan juga permohonan bantuan terkini kerajaan Malaysia.
1. Diskaun pembayaran PTPTN
Berita gembira kepada para mahasiswa serta pelajar yang sudah tamat pengajian dan sudah mula bekerja dimana ihak kerajaan telah memberikan diskaun bayaran balik pinjaman bermula dari 1 November 2021 hingga 30 April 2022. Ini adalah untuk menggalakkan pembayaran dan membantu para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berupaya melunaskan baki hutang pelajaran mereka.
Sila rujuk maklumat di bawah untuk diskaun yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk peminjam PTPTN :
-
- Diskaun 15% : Pembayaran penuh baki hutang pinjaman.
- Diskaun 12% : Membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
- Diskaun 10% : Membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.
2. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Pihak kerajaan juga telah mewujud dan memperkenalkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 kepada setiap pelajar yang layak. Bantuan ini adalah bagi membantu ibu bapa yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah. Untuk makluman, bayaran ini akan diberikan secara sekali bayar atau ‘one-off’.
Pembayaran BAP kepada murid yang memasuki Tahun Dua sehingga Tingkatan Lima telah pun dilaksanakan pada 17 Januari 2022 lalu. Manakala, bagi murid Tahun Satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pembayaran BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.
3. Bantuan Tablet Percuma
Sepertimana yang kita mungkin sudah maklum bahawa dalam Bajet 2022 juga, pihak kerajaan telah mewujudkan program PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada kalangan kumpulan B40. Setiap pelajar IPT B40 yang layak akan menerima tablet percuma dengan peruntukan sebanyak RM450 juta.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tempoh pendaftaran bagi pakej bantuan itu akan bermula pada suku kedua tahun 2022 (April – Jun 2022) dan ia akan dilaksanakan bersama penyedia perkhidmatan mudah alih di negara ini.
4. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
BKM diperkenalkan sebagai bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kepada golongan B40 dan M40. Jumlah bayarannya pula adalah dari RM350 sehingga RM2,000.
BKM turut akan dibayar sebanyak 4 kali setahun yang tarikhnya akan dimaklumkan dari semasa-semasa. Namun begitu, berdasarkan pemerhatian – pembayaran BKM dijangka akan dilaksanakan pada bulan Mac (Fasa 1), Jun (Fasa 2), September (Fasa 3) dan Disember (Fasa 4).
5. Bаntuаn RM60,000 Bіnа Rumah Andа Atаѕ Tаnаh Sendiri
Kerajaan ada menyediakan Skim Pinjaman Perumahan untuk golongan уаng berpendapatan rеndаh уаng bertujuan mеmbаntu mеrеkа уаng bеrреndараtаn rеndаh untuk mеmіlіkі rumаh pertama mеrеkа.
Antara syarat pinjaman adalah :
-
- Had pinjaman maksimum sebanyak RM60,000 dan tidak termasuk perlindungan insuran.
- Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
- Caj perkhidmatan 2% akan dikenakan ke atas peminjam.
- Perlu mengambil insuran yang disediakan oleh panel insuran.
Sekiranya anda mahu melihat senarai bantuan-bantuan lain yang termasuk di bawah Bajet 2022, sila tekan pada pautan – KLIK DI SINI
Baca Juga : Bantuan Pelajaran KPM Melalui BKPKK