4 Penjenayah Yang Di Geruni Di Malaysia Suatu Ketika Dahulu

Malaysia sangat dikenali di mata dunia sebagai salah satu negara yang aman di dunia. Malah, negara kita juga turut menjadi contoh negara-negara lain di dunia dan mula belajar untuk mengamalkan cara pentadbiran seperti negara kita. Tetapi dalam kita mengecapi kemerdekaan dan keamanan, negara kita juga tidak lari dari berhadapan dengan pelbagai penjenayah. Admin yakin, para pembaca pasti kenal dengan beberapa penjenayah yang pernah menggemparkan negara kita dan digeruni pada suatu ketika dahulu

Mereka ini merupakan penjenayah yang sangat licik dan juga merbahaya di mana pihak berkuasa terpaksa berhempas pulas untuk menangkap mereka. Antara jenayah yang mereka lakukan seperti, rompak, samun, peras ugut dan bermacam lagi.

Penjenayah Yang Di Geruni Di Malaysia Suatu Ketika Dahulu

Sebab apa budaya jenayah seperti ini boleh berlaku?

Kebiasaanya, ia berlaku disebabkan oleh pengaruh rakan-rakan serta terikut-ikut trend budaya barat yang kononya nampak “cool”. Disebabkan, ramai yang mula melibatkan diri ke dalam kancah jenayah dan mula berjinak-jinak menjadi penjenayah.

Tapi siapakah penjenayah yang digeruni pada suatu ketika dahulu? Jom baca jawapanya di bawah ini:

4- Sunny Chai

Pada awal 2000 negara kita dikejutkan dengan kes rompakan besar-besaran yang diketuai oleh Sunny Chai. Sunny Chai merupakan ketua bagi sebuah kumpulan rompakan yang sangat berbahaya iaitu kumpulan M16. Kumpulan M16 ini adalah panggilan kepada senjata yang mereka gunakan iaitu M16. Kumpulan ini biasanya melakukan rompakan di kedai barangan kemas dan hasil rompakan tersebut di jual semula kepada orang ramai.

Pada tahun 2002, kumpulan ini akhirnya telah berjaya di tumpaskan oleh pihak berkuasa tempatan.

Baca lagi : Wang yang tidak dituntut

3- Bentong Kali

Bentong kali merupakan salah seorang penjenayah digeruni pada awal 90-an dahulu. Bentong kali merupakan seorang lelaki berbangsa india yang bernama Kalimuthu A/L Pakirisamy. Pada awal 90-an bentong kali merupakan penjenayah yang sangat dikehendaki oleh pihak polis atas pelbagai kegiatan jenayah yang telah dia lakukan,

Bentong Kali telah melakukan 17 kes pembunuhan dan telah terlibat dengan pengedaran dadah jenis heroin. Selain itu, dia juga merupakan seorang yang tidak takut dengan pihak polis dan dia pernah mencabar pihak polis untuk menangkap dirinya.

Bentong kali bukanlah baru melakukan kegiatan jenayah, kerjaya sebagai penjenayah telah bermula semenjak dia berusia 14 tahun lagi. Walaupun banyak kali di tahan dan dipenjarakan, tetapi rasa keinsafan seolah-olah tidak pernah wujud di dalam dirinya kerana dia berterusan melakukan jenayah tanpa ada rasa bersalah.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya pada 29 Jun 1993 telah berjaya di tumpaskan di mana pihak polis telah melakukan operasi besar-besaran dan telah berjaya menembak mati bentong kali.

2- Mat Komando

Penjenayah yang Seterus ini mmepunyai latar belakang yang berbeza berbading penjenayah yang lain di mana dia merupakan seorang bekas komando.

Mat Komando juga bukanlah seorang bekas penjenayah yang asing buat seluruh rakyat Malaysia. Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad bin Mohd Arshad merupakan seorang bekas tentera melayu yang berada di dalam unit elit Komando Tentera Diraja Malaysia. Namun, setelah 2 tahun menjadi tentera, dia mengambil keputusan untuk berhenti dari perkhidmatan tentera.

Mat Komando banyak terlibat dalam kegiatan jenayah seperti rompakan bersiri di mana dia telah melakukan lebih daripada 50 rompakan bersama dengan kumpulan dia iaitu gang 13 dan telah mengaut keuntungan sehingga RM 2 juta ringgit.

Kelicikan Mat Komando dan kumpulanya akhirnya berjaya di tumpaskan oleh pihak polis di mana pada 12 September 2002 Mat Komando telah berjaya di tembak mati oleh pihak polis.

Baca lagi : Otai polis yang mengalahkan Mat Komando dan Botak Chin

1-Botak Chin

Botak Chin adalah penjenayah yang paling digeruni di dalam senarai penjenayah yang admin sebutkan ini. Malah, kisah kegiatan jenayah yang dilakukan oleh Botak Chin telah diketahui oleh kebanyakkan masyarakat dalam negara kita sehingga ke hari ini.

Botak Chin banyak melakukan kegiatan jenayah rompakan di sekitar Kuala Lumpur dan telah mengumpul lebih daripada ratusan ribu ringgit hasil daripada rompakan bersejanta. Botak Chin merupakan penjenayah yang sangat licik dan seringkali berjaya melepaskan diri setiap kali polis melakukan operasi penangkapan dirinya.

Akhirnya, pada 16 September 1976 Botak Chin telah berjaya diberkas dan pada 11 Jun 1981 dia telah di gantung sampai mati di penjara Pudu Kuala Lumpur.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *