50 Masakan Resepi Ayam Paling Sedap. Anda Harus Cuba.

Semalam saya pergi kedai membeli ayam, tapi bila dah sampai dekat rumah tak tahu nak masak apa dengan ayam yang dibeli. Apa lagi saya buka google buat carian resepi ayam. Tak sangka banyak pulak resepi ayam yang belum dicuba.

Resepi Ayam Goreng Kunyit

resepi ayam

Bahan-bahan diperlukan;

1- 4-5 keping dada ayam – potong kecil
2- 3 batang kacang panjang – potong panjang
3- 1 biji kuning telur
4- 1 sudu makan tepung gandum
5- 1/2 sudu teh garam, perasa, gula
6- 1/2 batang lobak merah – potong kecil
7- 1 biji bawang besar – potong/ mayang
8- 3 ulas bawang putih – ketuk/ cincang
9- 1-3 cili merah & hijau – mayang
10- Minyak masak – secukupnya

Cara memasak;

1- Masukkan isi ayam yang telah dipotong bersama garam, kunyit, kuning telur dan tepung ke dalam mangkuk. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2- Kemudian, panaskan minyak masak dan goreng semua bahan yang telah digaul tadi sehingga hampir garing. Angkat dan toskan ayam itu. Diingatkan supaya tidak menggoreng terlalu lama. takut ayam keras.
3- Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, tambahkan bahan lain; kacang panjang, lobak merah, dan cili. Tumis bersama garam, gula dan perasa seperti sos tiram.
4- Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan naik bau. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekali lagi sehingga semua bahan sebati bersama ayam. Jangan goreng terlalu. Apabila semua bahan sudah masak, tutup.
5- Hidangan sedia untuk dihidangkan.

 

Resepi Ayam Goreng Berempah

resepi ayam

Bahan-bahan diperlukan;

1- 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
2- Bahan2 dikisar bersama:-
3- 6 ulas bawang putih
4- 7 ulas bawang merah
5- 2 inci halia
6- 3 batang serai (yang besar)
7- 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
8- 2 sb serbuk kari daging
9- 1/2 sk serbuk jintan putih
10- 1/2 sk serbuk jintan manis
11- 1/2 sk serbuk ketumbar
12- 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
13- garam dan aji secukupnye
14- 3 tangkai daun kari
15- Minyak yang menggoreng

Cara memasak;

1- Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
2- Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
3- Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
4- Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

 

Ayam Goreng Mamak;

resepi ayamam goreng mamak

Bahan-bahan diperlukan;
1- 1 ekor ayam
2- 6 sudu makan tepung jagung
3- 6 sudu makan tepung beras
4- 3 tangkai daun kari

Bahan kisar;
1- 6 ulas bawang putih
2- 2 inci halia
3- 5 tangkai cili kering
4- 2 sudu makan rempah kari
5- 1 biji telur
6- Garam secukup rasa
7- 1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara memasak;
1- Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2- Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak

 

Resepi Ayam Goreng ala Korea / Korean Fried Chicken

Bahan Perapa;

1- 10 ketul drummet ayam (bersihkan & tos)
2- 7 ulas bawang putih
3- 2 inci halia
4- 1 sudu besar lada hitam
5- 1 sudu gula
6- secubit garam

Cara Perap Ayam;

1- Tumbuk semua bahan hingga lumat.
2- Lumur pada ayam dan perapkan selama 30 minit minimum. Lagi lama lagi bagus.

Bahan Tepung Goreng Ayam;

1- 1 senduk tepung gandum
2- 1 senduk tepung jagung

Cara Menggoreng;

1- Sebatikan kedua-dua tepung kering.
2- Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam adunan tepung sambil golek-golekkan ayam.
3- Pastikan minyak cukup panas sebelum masukkan ayam. Kawal api sampai ayam masak dengan sempurna. Dah nampak keperangan sedikit bolehlah angkat dan toskan minyak sampai betul-betul kering.

Bahan Untuk Sos;

1- 3 ulas bawang putih
2- 2 sudu cili kisar
3- 2 sudu besar gula
4- 4 sudu sos cili
5- 3 sudu sos tomato
6- 2 sudu madu
7- 1 sudu jus lemon
8- garam secukup rasa
9- bijan (untuk hiasan)
10- daun bawang (untuk hiasan)

Cara Penyediaan Sos;

1-Tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga garing dengan sedikit minyak. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan madu. Biarkan seketika kemudian masukkan jus lemon. Kacau sebati dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
2- Sejukkan sebelum digaulkan dengan ayam goreng tadi.
3- Taburkan ke atas ayam goreng yang telah disaluti dengan sos. Siap!

 

Resepi Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan diperlukan;

1- 1 ekor ayam (Dipotong kecil)
2- 1 labu bawang besar (Dihiris)
3- 2 biji cili merah (Dihiris)
4- 2 ulas bawang putih (Dihiris)
5- 1 inci halia (Dihiris)
6- ½ cawan air
7- 3 sudu makan kicap pekat
8- 3 sudu makan sos tomato
9- 2 biji tomato (Dibelah 4)
10- 1 pokok daun bawang (Dihiris nipis)
11- 3 sudu makan minyak masak

Cara memasak;

1- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
2- Masukkan ayam dan gaul rata.
3- Masukkan air, kicap, dan sos tomato. Biarkan sehingga mendidih.
4- Apabila mendidih, masukkan tomato dan daun bawang.
5- Gaulkan dan angkat. Sedia dihidangkan.

 

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan diperlukan;

1- 1/2 ekor ayam
2- sedikit garam kunyit

Bahan kisar;

1- 4-5 biji cili kering
2- 1 cm halia
3- 2 ulas bawang putih
4- 1 labu bawang besar
5- 1 biji tomato-potong dadu
6- 1/2 cawan sos tomato

Cara memasak;

1- Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
2- Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
3- Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
4- Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

 

Resepi Ayam Masak Halia

Bahan-bahan diperlukan;

1- 1 ekor ayam (dipotong kepada 16 bahagian)
2- 1 sudu besar serbuk kunyit
3- 1 biji bawang (dihiris)
4- 2 inci halia (dihiris)
5- 4 ulas bawang putih (dicincang)
6- 10 batang cendawan tiram (dihiris)
7- 2 sudu besar kicap cair
8- 2 sudu besar sos tiram
9- 1 sudu kecil lada hitam
10- 1/4 cawan air tepung jagung
11- Garam secukup rasa
12- Daun bawang (dihiris)

Cara memasak;

1- Dalam mangkuk besar, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit sehingga rata.
2- Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali tersebut. Goreng ayam sehingga separuh masak. Ketepikan.
3- Dalam kuali sama, masukkan bawang merah, halia, cili merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
4- Masukkan cendawan tiram dan ayam goreng kunyit. Gaul.
5- Masukkan kicap cair, sos tiram, lada hitam, air tepung jagung dan garam. Gaul.
6- Lauk Ayam Halia siap untuk dinikmati bersama taburan daun bawang!

 

Resepi Ayam Masak Bali

Bahan-bahan diperlukan;

1- 1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
2- 1 camca teh penuh kunyit serbuk*
3- 3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
4- 6 batang serai, diketuk
5- 4 pelepah daun kari
6- 1 camca besar kicap lemak manis JALEN
7- 1/3 cawan cili kisar
8- 1 camca besar rata gula (atau secukup rasa)
9- Garam secukup rasa
10- 1/2 cawan air

Bahan kisar;

1- 4 biji bawang besar
2- 8 ulas bawang putih
3- 1 inci halia
4- 1/2 inci belacan

 

Resepi Ayam Masak Minang

resepi ayam

Bahan-bahan diperlukan;

1- 1 ekor Ayam
2- 1 helai Daun Kunyit
3- 4 helai Daun Limau Purut
4- 200 ml Santan (boleh gunakan santan segar)
5- 2 keping Asam Gelugor atau 1/2 mangkuk Air 📌Asam
6- Garam secukup rasa
7- Minyak untuk menumis

Bahan kisar;

1- 1 inci Lengkuas
2- 1 inci Halia
3- 1/2 inci Kunyit
4- 2 biji Bawang Besar
5- 4 ulas Bawang Putih
6- 5 biji Buah Keras
7- 12 tangkai Cili Kering
8- 4 biji Cili Api
9- 4 batang Serai

Cara memasak;

1- Bersihkan ayam, potong ikut citarasa dan toskan
2- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar
3- Masak sehingga bahan tumisan masak dan airnya kering
4- Masukkan ayam, gaulkan rata-rata dan biarkan ia masak
5- Tuangkan santan bersama air sedikit supaya ia tak terlalu pekat
6- Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa bersama asam gelugor, rasakan kuahnya
7- Masak di atas api yang sederhana dan biarkan ia mendidih dan kuahnya pekat
8- Sedia untuk dihidangkan

 

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan diperlukan;

1- 6 ketul ayam
2- 7 cili padi
3- 2 biji bawang merah
4- 1 inci halia
5- 2 inci kunyit hidup
6- 2 sudu besar minyak masak
7- 6 ketul paha ayam (drumstick)
8- 2 biji kentang (dipotong kiub sederhana)
9- 300ml santan
10- 1/2 cawan air
11- 1 biji cili merah
12- 2 asam gelugur keping
13- 1 sudu kecil serbuk kunyit
14- Garam secukup rasa

Cara memasak;

1- Kisarkan bawang merah, halia, dan kunyit hidup sehingga menjadi lumat.
2- Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisaran sehingga naik bau.
3- Masukkan ketulan ayam, kentang, santan dan air ke dalam periuk.
4- Masukkan cili merah, asam keping, serbuk kunyit dan garam. Renehkan selama 20 minit ataupun sehingga kentang sudahpun empuk.
5- Lauk klasik Ayam Masak Lemak Kuning sudahpun siap untuk dinikmati!
6- Lauk simple ini memang best kalau dinikmati bersama nasi putih panas, sayur goreng kicap, sambal terung dan sambal belacan. Confirm nak tambah kali kedua!

 

Resepi Ayam Masak Thai

resepi ayam

Bahan-bahan diperlukan;

1- 1 ekor ayam
2- 1 biji bawang besar Holland -potong bulat
3- 2 batang serai – ketuk
4- 2-3 helai daun limau purut
5- Garam secukupnya
6- 4 sudu sos tiram
7- 4 sudu sos cili
8- Sedikit air
9- Minyak

Bahan kisar;

1- 3 biji bawang merah
2- 5 ulas bawang putih
3- 5 tangkai cili merah
4- 3 tangkai cili hijau
5- 2 biji cili api

Cara memasak;

1- Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng sekadar masak sahaja. Angkat dan ketepikan.
2- Panaskan minyak dan tumis serai yang dititik sehingga naik bau. Kemudian masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut. Tumis sampai garing.
3- Setelah garing masukkan bahan yang dah dikisar, kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan air.
4- Akhir sekali, masukkan ayam dan serbuk perasa.

 

Resepi Ayam Black Pepper

resepi ayam

Bahan-bahan diperlukan;

1- Ayam
2- 2 biji bawang putih – dihiris
3- 2 biji bawang besar(merah) – dihiris
4- 2 inci halia – dihiris panjang
5- 2 tangkai lada kering
6- 2 sudu lada hitam – ditumbuk agak kasar.
7- 2 sudu sos lada hitam
8- 2 sudu sos tiram
9- Kiub perasa ayam (suku kiub)
10- Garam secukup rasa (hujung sudu)

Cara memasak;

1- Potong ayam ikut suka, kalau saya sederhana. Goreng dan asingkan.
2- Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, halia, lada kering dan lada hitam hingga kecoklatan dan naik bau.
3- Tuang sedikit air, masukkan sos lada hitam, sos tiram dan garam secukup rasa. Kacau sebati hingga agak likat.
4- Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati.
5- Sedia untuk di hidang!

 

Sup Ayam

resepi ayam

Bahan-bahan diperlukan;

1-1/2 kg ayam, dipotong 12
2- 2 biji bawang besar, dimayang
3- 3 ulas bawang putih, dimayang
4- 1 inci halia, dihiris
5- Sedikit minyak masak, untuk menumis
6- 2 liter air masak
7- 3 biji kentang, dibelah empat
8- 2 liter air masak atau secukupnya
9- Garam dan gula secukup rasa
10- Daun bawang & daun sup, dihiris untuk hiasan

Bahan Tumis;

1-1 biji Bunga lawang
2- 1 biji buah pelaga
3- 1/2 kulit kayu manis
4- 1 biji bunga cengkih

Cara memasak;

1- Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga bersama bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2- Masukkan air ke dalam periuk secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.
3- Kemudian, masukkan ayam bersama kentang. Masak sehingga kentang dan ayam masak sepenuhnya dan empuk.
4- Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan seketika sehingga masak.
5- Tutup api dan hidangkan. Taburkan daun sup dan daun bawang ketika dihidangkan.

 

Rendang Ayam

resepi ayam

Bahan-bahan diperlukan;

1- 1/ 2 ekor ayam ( dipotong kecil )
2- 1 biji kelapa ( blender dgn 2 1/2 cawan air & ambil santannya)
3- 5 helai daun limau purut ( carik-carikkan )
4- 2 paket kecil kerisik
5- 2 helai daun kunyit ( hiris )
6- 1 keping asam keping
7- 1 1/2 sdb gula pasir
8- 1/ 2 sdb garam
9- 1 sdt perasa
10- 1 1/2 senduk minyak masak

Bahan kisar;

1- 15-18 tangkai cili kering
2- 1 1/ 2 biji bawang besar
3- 6- 7 ulas bwg putih
4- Halia sebesar ibu jari
5- Lengkuas sebesar ibu jari
6- 3 batang serai

Cara memasak;

1- Panaskan minyak
2- Tumis bahan kisar.
3- Masukkan asam keping ,gula dan tumis hingga betulbetul naik minyak.
4- Masukkan kerisik, daun limau purut dan santan.
5- Tunggu sehingga santan mendidih dan mula kering (sentiasa kacau jangan sampai pecah santan)..
6- Masukkan ayam dan letak garam dan perasa..
7- Tunggu sehingga ayam empuk..
8- Tabur daun kunyit
9- Apabila kuah dah pekat…sesuaikan rasa..
10- Tutup api dan sedia utk dihidang

 

Paprik Ayam

resepi ayam

Bahan-bahan diperlukan;

1- 300 g isi ayam (Dipotong kecil)
2- 1 labu bawang besar (Dibelah 6)
3- 3 ulas bawang putih (Diketuk)
4- 5 biji cili api (Diketuk)
5- 1 batang serai (Diketuk)
6- ½ batang lobak merah (Dipotong kecil)
7- 2 sudu makan kicap pekat
8- 5 sudu makan sos tomato
9- 5 sudu makan sos cili
10- ½ cawan air
11- 3 sudu makan sos tiram
12- 1 biji capsicum hijau
13- 100 g kubis bunga
14- 5 helai daun limau purut
15- 3 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
16- 2 sudu makan minyak masak

Cara memasak;

1- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bahan yang diketuk sehingga wangi.
2- Masukkan isi ayam dan kacau rata.
3- Masukkan lobak merah, kicap pekat, sos tomato, sos cili, air, dan sos tiram. Biarkan mendidih.
4- Masukkan capsicum dan kubis bunga kemudian kacau rata.
5- Apabila mendidih, masukkan daun limau purut dan kacau.
6- Masukkan jus limau dan tutup api.
7- Hidangkan bersama nasi putih, mi, ataupun bihun yang sudah dicelur.

 

Resepi Ayam Pongteh Nyonya

Bahan kisar;

1- 3 ulas bawang putih
2- 3 biji bawang merah
3- 1 inci halia

Bahan-bahan diperlukan;

1- 3 paha ayam
2- 2 biji kentang (dipotong dadu)
3- 2 sudu besar pes taucu
4- 1 sudu besar gula melaka
5- 1 sudu besar kicap manis
6- 500ml stok ayam
7- 1 biji cili merah (dipotong separuh)
8- Daun bawang (dihiris)

Cara memasak;

1- Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
2- Tumis bahan kisar dan masukkan pes taucu dan kicap manis.
3- Masukkan ayam dan gaul. Kemudian masukkan stok ayam.
4- Masukkan gula melaka dan kentang.
5- Masukkan cili merah dan biar masak selama 10 minit atau hingga ayam sudah masak dan kentang sudah empuk.
6- Tabur daun bawang sebagai topping.
7- Ayam Pongteh sudah siap!

 

Ayam Asam Pedas

Bahan-bahan diperlukan;

1- Ayam setengah ekor
2- Lada kering 8biji (Rebus jangan lama sangat)
3- Bawang merah besar 1biji
4- 2 cubit belacan
5- 3 ulas bawang putih
6- Halia seinci
7- Kunyit seinci
8- Pes asam jawa 1sudu
9- Tumix atau cukup rasa 1sudu
10- Asam keping (sekeping)
11- Tomato, kesum, bunga kantan

Cara memasak;

1- Kisar lada kering, bawang merah, bawang putih , halia, belacan, kunyit smpai betul2 halus
2- Masuk minyak dalam periuk dalam 2 senduk kecik.
3- Tumis bahan kisar sampai naik minyak. Untuk asam pedas yang sedap, elok jika dtumis lama. Kalau kering tambah air dan biar lagi
4- Masuk ayam. Tambah air & asam jawa
5- Bila ayam dah lembut masukkan garam, gula sikit, tumix & asam keping
6- Masuk kantan,tomato dan kesum. Jangan terlalu lama nanti tomato terlalu lembik
7- Siap untuk dihidangkan

 

Ayam Kurma

resepi ayam

Bahan-bahan diperlukan;

1- 1 ekor ayam
2- 5 ulas bawang merah – hiris
3- 4 ulas bawang putih – hiris
4- 1 biji bawang besar – belah 4 tapi jangan putus
5- 2 biji ubi kentang
6- 1 biji buah tomato – belah 2
7- Rempah penumis – bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
8- 3 sudu besar rempah kurma
9- 1 kotak santan kotak – campur air secukupnya
10- Garam
11- Gula
12- Serbuk perasa
13- Asam keping
14- 1 sudu kecil kerisik

Bahan kisar;

1- 4 ulas bawang merah
2- 1 inci halia

Cara memasak;

1- Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan.
2- Masukkan bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga wangi. Masukkan rempah kurma. Kacau rata. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak.
3- Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut dan naik minyak.
4- Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah pecah minyak. Masukkan garam, gula, kerisik dan asam keping.
5- Akhir sekali, masukkan buah tomato. Setelah kuah naik minyak cantik, bolehlah ditutup api.

 

Resepi Ayam Buttermilk

resepi ayam

Bahan-bahan diperlukan;

1- 2 ketul besar ayam, bahagian dada
2- 1/2 tin susu cair
3- 3 ulas bawang putih, hiris halus
4- 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
5- 4 sudu besar mentega
6- 2 tangkai daun kari
7- 4 biji cili padi

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam;

1- 2-3 sudu besar tepung gandum
2- 1 sudu besar serbuk kari
3- 1 biji telur
4- Sedikit garam
5- Air secukupnya

Cara memasak;

1- Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
2- Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
3- Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
4- Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Cara memasak kuah buttermilk;

1- Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
2- Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
3- Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

 

Tomyam Ayam

resepi ayam

Bahan Pes Tom Yam;

1- 7 ulas bawang merah
2- 1/2 biji bawang besar
3- 3 biji cili merah
4- 10 biji cili kering
5- 1 inci lengkuas
6- 3 batang serai
7- 1 sudu besar udang kering
8- 4 helai daun limau purut
9- 1 inci belacan – bakar
10- Air asam jawa
11- Gula dan garam

Cara-cara;
Semua bahan di atas di kisar. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masaklah sehingga menjadi pes tom yam. Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.

1- Bahan-bahan diperlukan untuk Tom Yam:
2- Ayam – potong kecil
3- Makanan laut (udang, sotong, lala)
4- 1 labu bawang besar-di potong 6
5- 5 ulas bawang putih-di ketuk
6- 1 inci lengkuas – di ketuk
7- 2 batang serai – di ketuk
8- 6 helai daun limau purut
9- 2 biji buah tomato – belah 6
10- 2 ketul kiub tomyam
11- 1 sudu besar sos ikan
12- 2 biji limau nipis
13- 3 sb susu cair (tak bubuh)
14- 6 biji cili padi-di ketuk
15- Garam
16- Daun ketumbar
17- Bunga kubis
18-Karot
19- Cendawan
20- Putik jagung

Cara memasak;

1- Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.
2- Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.
3- Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.

 

Kari Ayam

resepi ayam

Bahan-bahan diperlukan;

Bahan A;
1- 1 ekor ayam (Dipotong kecil)
2- 3 sudu makan serbuk kari
3- 1 sudu teh serbuk jintan manis
4- 1 sudu makan serbuk cili (Dibancuh dengan ½ cawan jus asam jawa)
5- 4 biji ubi kentang (Dibelah 4)
6- 2 cawan santan
7- 2 sudu makan kerisik
8- 3 biji tomato (Dibelah 4)
9- ½ cawan minyak masak
10- Garam secukup rasa

Bahan B (Ditumis) ;
1- 6 biji bawang merah
2- 4 ulas bawang putih (Dihiris)
3- 2 inci halia (Dihiris)
4- 3 tangkai daun kari
5- 2 inci kulit kayu manis
6- 5 kuntum bunga cengkih
7- 2 kuntum bunga lawang
8- 3 biji buah pelaga

Cara memasak;

1- Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
2- Masukkan serbuk kari, jintan manis dan serbuk cili yang dibancuh dengan jus asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
3- Masukkan ayam, kentang, santan, kerisik, dan garam. Biarkan mendidih hingga ayam dan kentang empuk ataupun lembut.
4- Perlahankan api dan masukkan tomato. Biarkan sehingga pecah minyak.
5- Hidangkan bersama nasi, roti, pulut, ataupun ketupat.

 

Gulai Ayam

Bahan-bahan diperlukan;

1- 1 ekor ayam
2- 1 biji kelapa parut- santan
3- 2 sudu besar membukit serbuk kari kampung
4- 1-2 biji ubi kentang – opsyenal
5- 1 sudu besar cili kering kisar
6- 1 sudu besar kerisik
7- 1 keping asam keping
8- Kayu manis, bunga lawang
9- Gula Melaka
10- Gula
11- Garam
12- 4 ulas bawang merah (dihiris)
13- 3 ulas bawang putih (dihiris)
14- 1 inci halia (dihiris)

Cara memasak;

1- Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang. Masukkan pula bahan bahan hiris dan tumis sehingga wangi.
2- Masukkan cili kering kisar dan kacau rata sehingga cili masak.
3- Masukkan serbuk kari dan kacau rata dengan cepat. Kemudian masukkan sedikit air. Tumis sehingga bahan tumis masak dan terbit minyak.
4- Masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam agak agak kecut dan air ayam kering.
5- Masukkan santan dan kacau rata. Masukkan asam keping. Masak sehingga mendidih dan hampir terbit minyak.
6- Masukkan pula gula Melaka, gula dan garam serta kerisik. Kacau rata. Perlahankan api dan renihkan sehingga kuah cantik dan tiada lagi buih buih kecil. Bolehlah ditutup api.

 

Singgang Ayam

Bahan-bahan diperlukan;

1- 4 ketul paha ayam
2- 4 cawan air
3- 1 biji bawang merah (dihiris)
4- 1 ulas bawang putih (dihiris)
5- 1 inci kunyit (dihiris)
6- 1 inci halia (dihiris)
7- 1 inci lengkuas (dihris)
8- 1 batang serai
9- 3 keping asam gelugur
10- 2 biji cili merah (dipotong)
11- 5 batang sayur bendi
12- 5 biji cili padi

Cara memasak;

1- Masukkan air, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, lengkuas, serai, asam gelugur, garam dan lada hitam. Didihkan.
2- Masukkan ayam, bendi, cili merah dan cili padi.
3- Didihkan hingga ayam masak.
4- Ayam Singgang sudah siap untuk dihidang!

 

Resepi Ayam Asap Teh

Bahan-bahan perap;

1- ½ ekor ayam
2- ½ sudu kecil lada hitam
3- 1 sudu minyak bijan
4- 2 sudu sos tiram
5- 2 sudu kicap pekat
6- 2 sudu madu
7- 2 ulas bawang putih
8- 2 inci halia
9- Garam secukup rasa

Bahan perasap;

1- 3 uncang teh
2- 3 sudu beras
3- 3 sudu gula perang

Cara memasak;

1- Halia dan bawang putih cincang atau potong halus. Campurkan dengan kicap pekat, sos tiram, madu, lada hitam dan minyak bijan.
2- Bersihkan ayam. Saya suka guna bahagian ini, tapi kena masak lama sedikit kerana paha tu lambat masak. Jika nak cepat masak, gunakan bahagian dada.
3- Ambil separuh campuran sos tadi, dan gaul dengan ayam. Kemudian perap. Lagi lama lagi sedap.
4- Panaskan air untuk kukus ayam guna api besar.
5- Letak ayam, atas pengukus. Letak halia dan bawang putih atas ayam tu. Biar rasa dia padu.
6- Tutup! Kukus ayam bahagian paha 30-40 minit. Jika bahagian dada, 20-30 minit sudah cukup. Jika was-was, masaklah lama-lama, atau rebus.
7- Selepas 40 minit angkat ayam dari pengukus. Air kukusan boleh dijadikan chiken broth! Jangan buang! Letak dalam mangkuk.
8- Sapu rata pada ayam yang dah dikukus campuran sos tadi.
9- Sekarang kita nak perasap ayam. Ambil aluminum foil, dan buat mangkuk.
10- Letak beras, teh, dah gula perang dalam aluminium foil dan campurkan. Bahan-bahan ni yang akan beri aroma yang menyelerakan nanti pada ayam.
11- Letak dalam kuali dan hidupkan api besar, sampai dia berasap. Dah berasap, letak letak ayam dan jaring pengukus kita tadi, atas ni.
12- Tutup! Biarkan 5 minit, kemudian sederhanakan api dan sambung perasap lagi 10-15 minit. Lagi lama lagi sedap aromanya.

 

Resepi Ayam Bakar/ Ayam Golek Madu

Bahan-bahan diperlukan;

1- 1 ekor ayam
2- 4 biji buah keras
3- 6 biji bawang merah
4- 4 ulas bawang putih
5- 1 inci kunyit hidup
6- 1 inci halia
7- ½ inci lengkuas
8- 15 tangkai cili kering
9- 5 biji cili api (Semua buah keras, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas, cili kering & cili api dikisar bersama)
10- 3 batang serai (Diketuk)
11- 5 helai daun limau purut (Dikoyak)
12- 3 cawan santan

Cara memasak;

1- Bersihkan ayam dan tuskan.
2- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan
serai sehingga wangi.
3- Masukkan ayam, daun limau purut, garam, dan santan. Masakkan
sehingga kuah pekat.
4- Keluarkan ayam dari kuah kemudian letakkan ayam di dalam loyang dan panggang di dalam ketuhar pada suhu 200ºC selama
30 minit.
5- Angkat ayam dari ketuhar. Tuang kuahnya di atas ayam tadi ketika
mahu menghidang.

 

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Bahan-bahan diperlukan;

1- 1 ekor ayam (cuci bersih)
2- 2 labu bawang besar
3- 7 ulas bawang putih
4- 2 inci halia
5- 2 sb pati oren Sunquick (yang dalam botol)
6- 1 senduk sos blackpaper aka sos lada hitam
7- 3 sb majerin (cairkan atas api)
8- 1 biji ubi kentang (rebus empuk)
9- 1 ketul kiub pati ayam
10- 1 sk garam
11- 2 sb gula pasir
12- Kentang, brokoli, tomato, cerry (optional)

Cara memasak ;

1- Blend semua bahan-bahan dengan sedikit air kecuali ayam.
2- Sudah blend semua, perapkan dengan ayam selama 2 jam sebelom bakar. (Lagi lama perap lagi sedap).
3- Kemudian bakar suhu 200° selama 45 minit atau sampai masak. (Api atas bawah, ikut pada oven masing-masing. Yang suka crunchy diluar lembut juicy didalam, boleh letak suhu tinggi).

 

Resepi Ayam Penyet

Bahan-bahan diperlukan;

1- Ayam
2- Lengkuas
3- Halia
4- Daun salam (bay leaf)
5- Kunyit
6- Bawang Putih
7- Garam
8- Air
9- Bahan Sambal
10- Cili api
11- Cili besar
12- Bawang putih
13- Tomato 3 biji
14- Cili kering yang sudah direbus

Cara Memasak;

1- Panaskan air.
2- Masukkan lengkuas titik, halia titik, daun salam (bay leaf), kunyit, garam dan bawang putih (tumbuk).
3- Perasakan dengan garam dan limau nipis sebab nak bagi ayam ada rasa.
4- Kemudian masukkan ayam.
5- Tunggu sampai separuh masak. (Nak sampai masak betul pun boleh, sebab nanti ayam kena goreng juga).
6- Jika sudah separuh masak, goreng ayam.
7- Smash ayam sampai penyet.
8- Tauhu, tempe rebus dulu dalam air rebusan ayam kemudian goreng.

Cara Memasak Sambal Penyet;

1- Goreng satu-satu bahan sambal tadi. Cili, tomato dan bawang putih. Cili kering yang sudah direbus tak perlu goreng boleh terus tumbuk saja.
2- Jika sudah siap goreng, semua bahan-bahan tadi ditumbuk hancur dan perasakan dengan garam, gula, asam limau. Nak letak belacan sikit pun boleh.

 

Chicken Mango

Bahan-bahan diperlukan;

1- Isi ayam bahagian peha/dada
2- Tepung goreng bestari
3- Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak;

1- Panaskan minyak
2- Celup isi ayam dalam tepung bestari yang dibancuh dengan air
3- Kemudian golekkan atas tepung bestari sekali lagi dan goreng hingga kekuningan (deep fry)
4- Parut mangga muda, carrot dan sedikit bawang besar

Bahan Sos;

1- Plum sos
2- Sos tomato
3- Sos thai
4- Gula
5- Cili api potong
6- Air sikit

Cara Membuat Sos;

1- Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (bubuh akhir sekali).
2- Tuang sos di atas ayam yang siap potong dan gaul dengan mangga parut tadi. Siap!

 

Ayam Percik

Bahan-bahan diperlukan;

1- Seekor ayam dipotong empat

Bahan-bahan Untuk Perapan;

1- 5 ulas bawang merah
2- 3 ulas bawang putih
3- 1 inci halia
4- Garam

Bahan Untuk Kuah;

1- 1.5 inci halia
2- 5 tangkai cili kering
3- 1 batang serai
4- 2 pek santan pekat
5- 8 ulas bawang merah
6- Cebisan asam keping
7- Garam dan gula

Cara memasak;

1- Rebus atau kukus ayam terlebih dahulu untuk cepat masak. Tetapi jangan terlalu lama.
2- Campurkan bahan-bahan perapan dan kisar kesemuanya.
3- Perap kisaran bersama ayam untuk jangka masa 45 minit
4- Bakar ayam yang telah diperap

Penyediaan kuah;

1- Kisar kesemua bahan untuk kuah dan tumis dengan api perlahan.
2- Kacau sepanjang masa sehingga kuah menjadi pekat
3- Perasakan dengan sedikit garam dan gula
4- Lumurkan sedikit kuah ke atas ayam yang sedang dibakar
5- Ulang lumuran berulang kali agar ayam mampu menyerap kuah yang lebih banyak
6- Dan ayam anda yang siap dibakar sedia dihidangkan

Begedil Ayam

Bahan-bahan diperlukan;

1- 1/2 kg ubi kentang
2- 200 gm daging ayam kisar
3- 2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
4- 1 sudu besar bawang goreng
5- 2 tangkai daun sup dihiris halus
6- 1/2 labu bawang besar-di potong dadu
7- 2 biji telur ayam
8- Garam secukup rasa

Cara memasak;
1- Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu
2- Sementara itu tumiskan bawang besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak
3- Satukan kesemua bahan bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Ambil sedikit adunan dan kepal kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis
4- Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kocak kocakkan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas sehingga berwarna keemasan
5- Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja
6- Jika ada lebih, boleh digoreng separuh masak dan dimasukkan ke dalam bekas bertutup sebelum disimpan di dalam freezer. Bila nak makan, dikeluarkan dan goreng seperti biasa

 

Ayam Masak Tempoyak

Bahan-bahan ayam masak tempoyak;

1- 6-8 ketul ayam (potong kecil)
2- 1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
3- 10 tangkai cili padi (ditumbuk)
4- 3 sudu besar tempoyak
5- 3 cawan air (lebih kurang)
6- Daun kesum
7- Garam secukupnya
8- Serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara membuat ayam masak tempoyak;

1- Masukkan kunyit, cili padi dan tempoyak ke dalam kuali.
2- Tambahkan air secukupnya. Kacau rata.
3- Masukkan ayam dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
4- Bila kuah sudah menggelegak, masukkan daun kesum. Tunggu sehingga ayam masak sepenuhnya dan boleh hidangkan.

 

Resepi Ayam Tepung Ranggup KFC

Bahan;

1- Beberapa ekor ayam yang diperlukan
2- Tepung seberguna jenama Bestari( Pedas atau Original )
3- Tepung jagung

Cara-cara;

1- Ayam dicuci sehingga bersih
2- Dipotong dadu supaya dapat menikmati salutan tepung itu
3- Ayam harus di sejat atau tos kan dahulu
4- Perapkan ayam bersama dengan tepung jagung lebih kurang 15minit
5- Gaulkan ayam bersama tepung bestari tanpa air sehingga rata
6- Minyak harus banyak dan dipanaskan terdahulu sebelum mengoreng
7- Goreng sehingga kelihatan kekuningan dan boleh dihidangkan

 

Ayam Masam Manis

Bahan untuk menggoreng ayam;

1- 250 gm Ayam (dipotong dadu)
2- 3 sb Tepung Jagung
3- Garam
4- Lada Sulah
5- 1 biji Bawang Merah
6- 2 ulas Bawang Putih
7- 1/2 inci Halia
8- 1 sb Cili Kering Kisar
9- 2 sb Sos tomato
10- 3 sb Sos Cili
11- Air
12- Gula
13- Garam
14- 1/2 biji Buah Tomato
15- 1/4 cawan Kacang Pis
16- 1 biji Cili Merah

Cara-cara membuat ayam masam manis;

1- Gaul ayam bersama tepung jagung, garam dan lada sulah sehingga rata
2- Kemudian, goreng ayam di dalam minyak yang panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan
3- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau
4- Tambahkan cili kering kisar dan kacau sebentar
5- Selepas itu, masukkan sos tomato, sos cili dan air. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya
6- Akhir sekali, masukkan ayam, buah tomato, kacang pis, cili merah yang telah dipotong dan kacau sehingga rata. Siap! Angkat dan sedia untuk dihidang

 

Ayam Sambal Hijau

BAHAN-BAHAN;

Bahan A
1- 6 ketul ayam
2- 2 batang serai|diketuk
3- 1 labu bawang besar |hiris kasar
4- 2 biji limau kasturi
5- Minyak masak
6- Serbuk kunyit
7- Garam secukupnya

Bahan B (bahan kisar)
1- 7 biji cili hijau
2- 7 biji cili api hijau
3- 5 ulas bawang merah
4- 1 biji bawang besar
5- 3 ulas bawang putih
6- 1 inci halia

CARA PENYEDIAAN;

1- Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak atau separuh masak.
2- Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga wangi dan pecah minyak. Pastikan bahan kisar ditumis hingga betul- betul masak untuk elakkan rasa maung cili dan sakit perut!
3- Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam. Kacau rata dan tunggu sampai kuah sedikit kering.
4- Masukkan bawang besar dan kacau rata. Kalau pedas sangat bolehlah tambah sedikit gula ya! Bila bawang dah layu, perahkan limau kasturi dan bolehlah padamkan api.

 

Ayam Geprek

Bahan-bahan untuk ayam geprek;

1- 10-15 tangkai cili padi merah
2- 3 biji cili merah besar
3- 2-3 biji bawang merah
4- 4 ulas bawang putih
5- 1 biji tomato
6- sedikit gula
7- garam secukup rasa
8- serbuk penambah rasa (optional)
9- 4 ketul /500g ayam
10- 1 biji limau nipis
11- 1-2 cawan tepung goreng ayam segera
12- sedikti air sejuk dari peti ais
13-b minyak masak
14- timun
15- salad

Cara Penyediaan;
Cara-cara untuk sambal;

1- Potong kasar cili padi merah, cili merah besar, bawang besar dan bawang putih serta tomato.
2- Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang telah dipotong. Tomato dimasukkan lambat sedikit agar ia tidak terlalu hancur.
3- Angkat bahan yang digoreng dan toskan minyak.
4- Tumbuk atau gesek kasar bahan-bahan goreng.
5- Masukkan gula, garam dan serbuk perasa (pilihan) agar secukup rasa. Lalu, tumbuk sebati.
6- Tuangkan minyak gorengan yang masih panas kedalam bahan yang ditumbuk.

Cara-cara untuk ayam geprek;

1- Bersihkan ayam dan perah jus limau nipis kedalam ayam lalu perapkan selama 10-15 minit.
2- Celup dan salut ayam yang diperap kedalam tepung ayam segera. Kemudian, celup pula kedalam air sejuk dan celup kembali kedalam tepung. Biarkan ayam seketika agar ia sebati dengan salutan.
3- Selepas itu, goreng ayam sehingga masak keperangan.
4- Kesemua ayam yang siap digoreng setelah itu ditumbuk atau digrepek bersama sedikit sambal.
5- Kemudian, ayam geprek siap dan boleh dihidang bersama nasi, ulam-ulaman dan limau nipis.

 

Resepi Ayam 3 Budak Gemok

Bahan-bahan untuk sambal gesek;

1- 1 biji bawang besar
2- 3-4 biji bawang merah kecil
3- 4 ulas bawang putih
4- 25-30 biji cili padi
5- limau nipis
6- 1 cawan minyak masak
7- garam dan gula secukup rasa
8- serbuk perasa,jika suka

Bahan-bahan untuk ayam kicap;

1- ½ ekor /600g ayam
2- sedikit garam
3- serbuk kunyit
4- 1 tangkai daun kari
5- 3 biji bawang merah kecil
6- 2 ulas bawang putih
7- ½ inci halia
8- 3 biji cili padi
9- ½ biji bawang besar
10- anggaran ¼ cawan kicap pekat manis
11- 2 sudu besar air asam jawa
12- 2 sudu besar sos tiram
13- ½ sudu besar gula melaka

Cara Penyediaan;
Cara-cara untuk sambal gesek;

1- Potong kasar bawang merah, bawang merah kecil, bawang putih, dan cili padi.
2- Panaskan minyak dan goreng bahan potongan sehingga lembut lalu mengangkatnya.
3- Kisar atau tumbuk kasar bahan yang telah digoreng bersama garam, gula secukup rasa dan sedikit serbuk perasa (pilihan).
4- Perah jus limau nipis kedalam sambal untuk menjadikan ia lebih sedap dan gaul kesemua bahan.

Cara-cara untuk ayam masak kicap;

1- Letakkan sedikit garam dan serbuk kunyit didalam ayam. Gaul sehingga rata dan perap ayam untuk seketika.
2- Tumbuk kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia dan cili padi.
3- Goreng ayam sehingga ayam masak tetapi tidak terlalu garing dan kemudian, angkat ayam.
4- Tumis bahan tumbuk kasar lalu masukkan daun kari. Tumis bahan-bahan tersebut sehingga kekuningan dan naik bau.
5- Masukkan kicap pekat manis, air asam jawa, sos tiram, dan gula melaka.
6- Masukkan ayam goreng kedalam kuah kicap dan tambah sedikit air jika kuah terlalu kering.
7- Masukkan hirisan bawang besar dan renehkan ayam sehingga masak sebati bersama kuah masak kicap,
8- Kemudian, ayam masak kicap ala 3 budak gemok siap untuk dihidang bersama sambal gesek..

Resepi Ayam Che Nom ; klik sini

Resepi Ayam Popcorn Sambal Manis

Bahan-bahan untuk kisar halus;

1- 3 biji bawang merah kecil
2- 3 ulas bawang putih
3- 1/2 inci halia
4- 1 1/2 sudu besar cili kisar

Bahan-bahan untuk ayam popcorn;

1- 3-4 ketul dada ayam
2- Sedikit garam
3- 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
5- 4- 1 biji telur
6- 1-2 cawan tepung jagung (boleh ganti tepung gandum)

Bahan-bahan untuk lain;

1- 1 cawan minyak masak
2- 1/2 biji bawang besar
3- 3 sudu besar sos cili
4- 3-4 sudu besar kicap manis
5- 1 sudu besar gula
6- 1/2 sudu besar sos tiram
7- 1 biji tomato
8- 10-15 biji cili padi
9- Air secukupnya untuk kuah
10- Garam secukup rasa

Cara Penyediaan;

1- Potong dadu isi ayam.
2- Gaul ayam dengan garam, serbuk kunyi dan telur.
3- Salut ayam dalam tepung jagung sedikit demi sedikit.
4- Potong kasar bawang merah, bawang putih, halia, bawang besar dan tomato.
5- Buang tangkai cili padi, tak perlu potong.
6- Blander bawang merah, bawang putih, halia, cili kering (direbus) dan air sedikit.
7- Panaskan minyak dan goreng ayam sampai rangup, angkat dan ketepikan.
8- Tumis bawang besar sampai layu .
9- Masukkan bahan kisar halus dan sedikit air, masak sehingga pecah minyak.
10- Masukkan sos cili, kicap manis, air, gula (lebihkan), sos tiram (optional), garam, cili padi dan tomato.
11- Masak sampai pekat dan akhir sekali perlahankan api dan masukkan ayam goreng pop corn.

 

Ayam Masak Ungkep

Bahan-Bahan;

1- 1kg ayam – potong 10-12 (agak-agak je)
2- 1 batang serai – diketuk
3- 1-2 cawan air
4- 1-2 keping asam keping
5- Sedikit minyak
6- Bahan-bahan untuk dikisar/ditumbuk :
7- Lebih kurang 2-3cm halia
8- Lebih kurang 3cm kunyit hidup
9- 12-17 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
10- 10-12 biji bawang merah
11- 5-6 ulas bawang putih
12- 1 sudu kecil biji ketumbar
13- 1 sudu kecil jintan manis
14- 1 sudu kecil jintan putih

Cara Penyediaan;

1- Panaskan sedikit minyak. Tumis serai yg diketuk tadi. Dah naik bau, masukan bahan-bahan yg dikisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
2- Masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam kecut dan masak.
3- Tambah air sedikit-sedikit. Kacau sekali sekala untuk memastikan ayam tak hangus atau hancur. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan sedikit perasa pilihan.
4- Masak hingga kuah agak kering dan ayam empuk. Jika suka kuahnya lebih ,tak perlu masak sampai kering.
5- Aangkat dan hidangkan bersama nasi panas.

 

Resepi Kerabu Ayam

resepi ayam

Bahan-bahan;

1- 2 keping dada ayam [bakar]
2- 1 batang timun
3- 3 biji tomato buah [hiriskan]
4- 5 tangkai cili merah
5- 1 labu bawang besar
6- 1 pokok daun ketumbar [racik kasar]
7- 10 biji tomato ceri
8- 5 biji limau kasturi [ambilkan jusnya]
9- 1 sudu kecil gula
10- 1 sudu kecil garam

Cara-cara membuat Kerabu Ayam;

1- Ayam dicarik-carikan dan masukkan dalam mangkuk besar.
2- Masukkan bahan hiris dan semua bahan lain.
3- Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
4- Hidangkan.

 

Resepi Ayam Goreng Nestum

resepi ayam

Bahan-bahan;

Bahan A (perap ayam)
1- 1 ekor – ayam (potong 10)
2- 1 cwn – tepung bestari (spicy/ori)
3- 1/2 cwn – air masak
4- 1 sdk – garam
5- 1 sdk – ajinamoto / perasa

Bahan b (salut ayam)
1- 2 cwn – tepung gandum
2- 3 cwn – tepung bestari (spicy / ori)
3- 1 cawan nestum

Langkah
1- Basuh ayam sehingga bersih, toskan airnya. Ketepikan sebentar.
2- Bahan A : Bancuh tepung bestari dengan air. Perasakan dengan garam, aji/perasa. Masukkan ayam, gaul sebati. Perap selama 1 jam @ lebih.
3- Satukan bahan B biar sekata. Ambil ayam, golekkan bagi rata diseluruh bahagian. Sambil2 tu boleh lah panaskan minyak.
4- Goreng ayam secara deep fry sampai masak sempurna. Angkat dan toskan minyaknya.
5- Hidangkan bersama sos cili kegemaran.

 

Resepi Ayam Goreng Butter Telur Masin

resepi ayam

Bahan-bahan;

1- 5 ketul ayam – potong kecil
2- 5 sudu besar tepung jagung
3- Sedikit garam
4- 5 biji telur masin – rebus dan hancurkan yg kuning sahaja
5- Setengah senduk butter
6- 4 ulas bawang putih- cincang
7- 2 tangkai daun kari
8- 6 @ 7 biji cili padi – hiris
9- Sedikit susu sejat kalau tak ada boleh aje bubuh air

Cara-cara;

1- Perap ayam kejap dgn tepung jagung dan garam. Goreng dan ketepikan
2- Panaskan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau.
3- Lepas tu masukkan kuning telur masin yang dah dihancurkan. Gaul rata
4- Bila dah start berbuih tu masukkan sikit air, perasa, sedikit gula. Dah boleh masukkan ayam dan gaul rata. Siapppp!

 

Resepi Ayam Dendeng

resepi ayam

Bahan-bahan;

1- Seekor Ayam (potong kecik2)
2- Segenggam Cabai Kering (blender halus)
3- 10 ulas Bawang merah – nak banyak pun takpa (blender)
4- 1 ulas bawang besar (blender)
5- 1/2 inci halia-nak letak banyak pun takpa, disebabkan adik MJ masih berpantang,
6- MJ kurangkan sebab masih menyusu, nanti baby tak sihat.
7- Asam Jawa (lebih kurang segenggam)- nak letak asam keping pun boleh
8- Kicap manis dan Kicap pekat
9- Gula (Agak2 samada nak manis atau tak)
10- Air secukupnya (terpulang kalau nak berkuah letak air banyak)

Cara Memasak;

1- Perap ayam selama 15minit dengan kicap dan gula (tumbuk2 sikit) dan kemudian goreng.
2- Tumis bahan yang diblender tadi sehingga naik minyak.
3- Masukkan asam jawa, kicap manis serta kicap pekat serta air dan biarkan mendidih.
4- Kemudian akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng ke dalam adunan cabai tadi dan biarkan sehingga masak.

 

Ayam Rendang Hijau

resepi ayam

Bahan-bahannya;

1- 1 ekor ayam – potong ikut suka dan dibersihkan
2- 1 paket (320ml) santan sawit KHALIS
3- 4 cawan air
4- 4 helai daun kunyit – dihiris kasar
5- 3 – 4 helai daun limau purut – disiat
6- 2 – 3 keping asam gelugor
7- 2 batang serai – dititik
8- 3 senduk nasi kerisik
9- 2 sudu besar gula perang
10- Garam secukup rasa
11- Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus;

1- 15 biji cili padi hijau
2- 15 biji cili padi merah
3- 3 labu bawang besar
4- 5 ulas bawang putih
5- 2 inci halia
6- 1 inci lengkuas
7- 2 inci kunyit hidup
8- 6 batang serai – dihiris
9- 5 biji buah keras
10- Air secukupnya untuk memudahkan bahan-bahan dikisar halus.

Cara-cara membuatnya;

1- Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.
2- Masukkan ayam dan gaul rata dengan tumisan bahan kisar tadi. Biarkan di atas dapur selama lebih kurang 10 minit atau sehingga ayam kecut
3- Kemudian masukkan santan, air, daun kunyit, daun limau purut, serai yang dititik, asam gelugor, gula perang, dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
4- Tambah kerisik dan kacau lagi. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak (teknik mereneh).
5- Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masukkan juga beberapa biji cili padi yang dititik. Teruskan masak sehingga rendang kering ataupun sedikit berkuah. Matikan api. Bolehlah dihidangkan.

 

Resepi Ayam Pad Kra Poa

Bahan-bahan untuk ayam Pad Kra Pao;

1- 2-3 sudu besar minyak masak
2- 3 ulas bawang putih
3- 3-5 tangkai cili padi merah
4- 1 tangkai cili merah
5- 1 isi ayam bahagian dada
6- ½ sudu kecil lada sulah
7- 1 sudu besar sos tiram
8- 1 sudu besar kicap cair
9- 1 sudu besar sos ikan
10- 2-3 sudu besar kicap pekat manis
11- ¼ sudu kecil gula
12- 1 genggam daun selasih
13- 2 biji telur
14- minyak untuk menggoreng telur

Cara-cara untuk Ayam Pad Kra Pao;

1- Tumbuk halus bawang putih, cili padi merah dan cili merah.
2- Cincang isi ayam kepada ketulan kecil.
3- Panaskan minyak dan goreng telur. Tak perlu alihkan telur dan angkat setelah sedikit garing.
4- Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk dan kacau hingga garing dan naik bau.
5- Masukkan ayam yang dicincang, sedikit lada sulah, sos tiram dan kacau sebati.
6- Masukkan kicap cair, sos ikan, kicap manis dan gula.
7- Masukkan daun selasih dan tutup api. Lalu, kacau sehingga daun selasih agak-agak layu.
8- Kemudian, hidangkan ayam pad kra pao bersama nasi panas dan telur goreng.

 

Resepi Ayam Pandan

resepi ayam

Bahan-bahan;

1- 1/2 ekor ayam, potong kecil kepada kiub 1.5 inci setiap satu
2- 1 sudu besar serbuk ketumbar
3- 1 sudu besar serbuk jintan manis
4- 1/2-1 sudu besar serbuk cili (boleh ganti dengan 1 sudu besar cilikisar)
5- 2 sudu besar sos tiram
6- 2 sudu besar kicap cair (boleh ganti dengan 1 sudu besar kicap pekat)
7- sedikit garam
8- daun pandan saiz besar secukupnya
9- bilah pencucuk gigi secukupnya

Bahan-bahan tumbuk halus;

1- 4-5 biji bawang merah
2- 3 ulas bawang putih
3- 2 inci halia
4- 1 ketul kunyit hidup

Cara Penyediaan;

1- Bersihkan ayam toskan seketika.
2- Gaulkan ayam bersama bahan-bahan tumbuk halus dan juga bahan-bahan lain (kecuali daun pandan dan bilah pencucuk gigi). Perap ayam selama minimum 1/2 jam.
3- Balut ketulan ayam dengan sehelai daun pandan seperti cara membalut ketupat. Tidak perlu terlalu rapat dan ada ruang sedikit. Cucuk dengan bilah pencungkil gigi atau lidi untuk mengelakan dari daun terbuka.
4- Goreng di dalam minyak panas sehingga masak. Angkat dan hidangkan bersama sos cili Thai dan nasi panas.

 

Satay Ayam

resepi ayam

Bahan-bahan;

1- 2 kg isi ayam – dipotong
2- 1/2 kg gula
3- 4 biji bawang besar
4- 1 labu bawang putih
5- 4 batang serai
6- 5 inci halia / lengkuas
7- 2 sudu makan serbuk jintan manis
8- Serbuk kunyit secukupnya
9- Garam secukup rasa

Cara Memasak;

1- Basuh isi ayam hingga bersih. Toskan.
2- Kisar bawang besar, bawang putih, serai, halia dan lengkuas hingga halus.
3- Masukkan isi ayam ke dalam bekas. Tambahkan gula, bahan kisar, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
4- Perap seketika isi ayam dan kemudian cucuk menggunakan lidi. Saiznya ikut selera.
5- Bakar sate hingga masak dan nikmati bersama kuah kacang dan nasi impit.

 

Resepi Bebola Ayam

resepi ayam

Bahan-bahan;

1- 1kg isi ayam (dikisar / cincang)
2- 300 gram tepung ubi
3- 5 ulas bawang putih.
4- 1 sudu teh serbuk perasa
5- 1 sudu teh garam
6- 1 sudu baking powder
7- 1/4 sudu teh serbuk lada hitam / putih.
8- 1/4 cawan air

Cara masak;

1- Masukkan semua bahan (kecuali tepung ubi & baking powder) di dalam bekas besar. Gaul rata.
2- Kemudian masukkan tepung ubi dan gaul lagi. Adunan tak boleh terlalu lembik. Jika lembik, tambahkan tepung ubi.
3- Masukkan baking powder dan gaul sehingga sebati.
4- Sementara tu didihkan air dalam periuk. Bila air dah mendidih, boleh memulakan proses membulat-bulatkan adunan tadi.
5- Bentukkan bebola menggunakan tangan kiri. Tangan kanan digunakan untuk memegang sudu bagi tujuan memasukkan bebola ke dalam periuk berisi air mendidih.
6- Bila bebola dah timbul ke permukaan air bermakna iadah masak dan boleh diangkat.
7- Toskan terlebih dahulu kemudian boleh disimpan dalam bekas untuk
8- Boleh dinikmati pada bila-bila masa ikut citarasa.

 

Resepi Ayam Serai Thai

Bahan-bahan;

1- 6 kepak ayam | buang hujung sayap dan potong dua.
2- 1 sudu the serbuk kunyit
3- Sedikit garam
4- 2 batang serai | ketuk
5- 5 helai daun limau purut | buang tengahnya gunting halus
6- 1 sudu makan sos seafood
7- 1 sudu makan sos ikan
8- 1 kiub pati ayam
9- Gula secukupnya
10- 1 biji limau kasturi | ambil.jusnya

Bahan Kisar;

1- 5 biji cili besar
2- 6 biji cili padi
3- 3 ulas bawang putih
4- 4 ulas bawang merah

Cara Memasak;

1- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
2- Masukkan serai dan daun limau purut.
3- Kacau rata masukkan kiub ayam.
4- Masukkan sos ikan sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi.
5- Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi.
6- Tambahkan 1/2 cawan air, masak lagi hingga pecah minyak.
7- Tutup api dan hidangkan

 

Resepi Ayam Padang

Bahan-bahan;

1- 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka)
2- 300 ml santan (boleh tambah atau kurang)
3- 100 ml susu cair
4- garam dan sedikit gula
5- 1 batang serai (diketuk)
6- 2 keping asam gelugur

Bahan-bahan kisar;

1- 6 tangkai cili merah (dibuang biji)
2- 1 labu bawang besar
3- 3 ulas bawang putih
4- 1/2 inci halia
5- 1 inci lengkuas
6- 2 batang serai
7- sedikit kunyit hidup
8- 10 biji cili api

Cara-cara;

1- Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
2- Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar.
3- Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak.
4- Hidangkan.

Resepi Nasi Lemak Paling Sedap; klik sini

Resepi Ayam Grill

resepi ayam

Bahan-bahan;

1- Ayam sekilo (Saya guna bahagian drumstick tapi boleh guna seekor ayam tak kisah apa-apa bahagian)
2- 120g sos cili
3- 120g sos tomato
4- 120g sos tiram (yg ni saje2 makcik tambah)
5- 2sb madu (yg ni pon makcik tambah)
6- 2 sudu besar gula
7- 1 sudu besar garam
8- 1 sudu besar serbuk cili
9- 2 sudu besar lada hitam
10- 2 ulas bawang putih di tumbuk lumat
11- 60g butter

Cara-cara;
1- MASAK SEMUA BAHAN
Mula-mula, satukan semua bahan dalam periuk (kecuali ayam) dan masak atas api hingga butter cair.
2- SEJUKKAN BAHAN
Kemudian bila dah siap masak, sejukkan sekejap.
Sambil tunggu sos perapan tu sejuk sikit, bolehlah kita bersihkan ayam, cuci dan toskan.
3- PERAP
Ambil sos perapan yang dah sejuk tadi dan bolehlah lumur pada ayam dan letak sedikit minyak.
Biarkan ia diperapkan sebentar (kalau lagi lama lagi sedap).
4- BAKAR
Akhir sekali bakar suhu 180°-200° ikut oven masing. Guna api atas bawah.
5- Saya bakar dalam lebih kurang 30-40 min atau ikutlah nak garing mana ya.
Kalau suka garing boleh lebihkan masa bakar tu. Dah oleh makan..

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress