50% Proses Berjaya, Mustahil Tapi Makmal Di China Mahu Hidupkan Mayat

Perancangan Makmal di China Hidupkan Mayat

Idea menhidupkan orang mαti menjadi satu rancangan impian sebuah makmal di negara China yang menggunakan kaedah pembekuan bαdan manusia sehingga tiba masanya keluar satu teknologi yang dapat membαngkitkan dan menghidupkan mayat itu kembali.

Kaedah yang dijalankan dipanggil cryogenic. Pusat kajian Shandong Yinfeng Life Science Research Institute yang terletak di Jinan, China adalah salah satu tempat kajian, di mana jenαzah beberapa orang sudah disimpan di dalam temperatur yang sangat rendah.

Jasad yang sudah meninggαl (mayat) disimpan dalam bekas kontainer yang diperbuat daripada stainless steel, mengαndung nitrogen cair yang sangat  dingin. Du Hong, seorang penulis dari Chongqing, adalah manusia pertama di China yang menjαlani prosedur tersebut setelah meninggαl dunia karena kαnker pαnkreas di 2015.

Dikutip detikINET dari South China Morning Post, Kamis (1/10/2020) ada empat institusi yang sama menjalankan kajian seperti ini di dunia. Selain di China, ada Cryonics Institute dan Alcor Life Extension Foundation di Amerika Serikat serta KrioRus di Rusia.

Yinfeng Life China bekerjasama dengan hospital dan universiti di China di mana pengarahnya adalah Aaron Drake yang pernah bekerja di Alcor. Aaron menunjukkan perbezaan institusi di China dan di negara lain.

 Di AS, institusi yang menggunakan kaedah ini mesti mematuhi undang-undang dengan ketat dan tidak mempunyai lesen perubatan. 

“Kaedah ini sama seperti seseorang yang dibekukan,” kata Aaron. “Tetapi kerajaan China tidak hanya mahu ianya menjadi projek pembekuan badan tetapi mahu projek ini memberikan manfaat dalam bidang perubatan kerana projek ini adalah satu penyelidikan yang besar, jadi saya amat berminat untuk bergabung, “katanya.

Oleh itu institusi ini juga sedang dalam proses mengembangkan teknologi lain sebagai contoh pemindahan organ yang lebih berkesan. Dengan sokongan pemerintah China dan mengembangkan kaedahnya secara aktif, ada kemungkinan Yinfeng Life akan lebih maju daripada pesaingnya di negara lain. Salah satu perkara yang ingin mereka capai adalah persediaan seluruh tubuh manusia dengan baik supaya lebih senang ‘dibangkitkan’ kemudian. Sehingga kini, institusi ini telah menyimpan 10 badan manusia dan permintaan untuknya mungkin akan terus meningkat.

“Terdapat lebih daripada 100 orang yang mengunjungi kami pada tahun lalu, dan 60 orang menjadi anggota di mana mereka berkomitmen untuk melakukan proses cryonics,” tambah Aaron.

Aaron juga memberitahu yang budaya Cina lebih senang menerima kaedah seperti itu kerana mereka kurang beragama berbanding beberapa negara barat. Mereka juga cenderung untuk tidak menghiraukan prosedur yang dijalankan dimana walaupun teknologi membangkitkan orang mati masih dirasakan mustahil untuk dilakukan dan tidak semestinya kenyataan, Aaron tetap optimis. Ini kerana kemajuan dalam bidang perubatan menurutnya sangat pantas.

“Manusia sekarang kebanyakan mati berpunca daripada banyak jenis penyakit seperti  barah, Parkinson dan penyakit lain yang bersangkut paut dengan otak. Sekiranya kita masih hidup beratus tahun lagi, penyakit ini mungkin akan mudah diubati. Pada awal tahun 1900-an, orang mati akibat serangan jantung, strok dan selesema jadi kini perubatan moden dapat mengatasinya dengan mudah, “kata Aaron mengakhiri perbualan.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress