Ada Sebab Kenapa Ada Yang Tidak Setuju Pengeluaran (KWSP) RM10K “One Off”

Terdapat sebilangan rakyat yang menyokong Menteri Kewangan yang tak bersetuju pencarum mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one-off sebanyak RM10,000. Seperti yang kita tahu, terdapat banyak pihak yang mendesak kerajaan agar membenarkan pengeluaran tersebut yang disifatkan sesuatu yang amat diperlukan oleh mereka yang mengalami masalah kewangan untuk meneruskan kelangsungan hidup ataupun mahu menyelamatkan perniagaan masing-masing sejak berlakunya musim pandemik. Apa yang pasti kebanyakan rakyat Malaysia pada masa ini memang amat memerlukannya.

Sebab utama ada yang tidak setuju dengan desakan rakyat untuk meluluskan cadangan pengeluaran KWSP i-Citra  bernilai RM10,000 itu mungkin akan memudaratkan pencarum. Ini kerana besar kemungkinan pencarum akan hidup di bawah Purata Garis Kemiskinan (PGK) pada hari tua kelak.

Jika difikirkan dengan lebih mendalam serta melihat kepada kesan jangka panjang, memang ada logiknya rakyat melakukan permohonan untuk buat pengeluaran KWSP. Banyak rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19, juga angkara banjir bagi sesetengah tempat. Mereka dalam keadaan yang amat sukar dan amat memerlukan. Akan tetapi setiap daripada rakyat mesti ingat yang tujuan KWSP diwujudkan adalah untuk membantu rakyat membuat simpanan dari segi kewangan untuk hari tua.

KWSP bukan seperti tabung itik yang mana simpanan boleh dikeluarkan bila-bila masa sahaja kita suka. Dalam pada itu, KWSP juga sudah tentulah bukan bank komersial untuk keluar masuk duit begitu sahaja.

Mungkin kita kena terima hakikat yang orang Melayu kurang menabung, mungkin. Tapi ada yang membuat persediaaan menabung selain KWSP dimana ini adalah sesuatu yang sangat bagus. Terdapat kajian yang menunjukkan simpanan kewangan orang Melayu begitu kecil berbanding kaum Cina. Jadi sila fikirkan sedalam-dalamnya apa akan terjadi apabila berlaku sesuatu musibah, memang situasi akan bertambah susah dan sengsara.

Baru-baru ini KWSP ada mendedahkan bahawa sebanyak 46 peratus pencarum KWSP di bawah 55 tahun hanya mempunyai simpanan kurang RM10,000. Hal ini tentulah membimbangkan bukan sahaja bagi pencarum tetapi bagi kerajaan.

Jadi ini adalah sebab utama kenapa ada yang tidak bersetuju dengan pengeluaran RM10K secara one off tersebut diluluskan. Adakah wajar desakan politik untuk pengeluaran bagi pencarum harus dihentikan? Atau perlukah dikeluarkan dengan mengambil kira situasi kesusahan yang dialami oleh rakyat sekarang ini? Mungkin kita perlu berfikir bersama-sama tentang kebaikan dan keburukan (Pro dan cons) mengeluarkan simpanan yang kita ada dalam KWSP

Baca Juga : Bantuan i-Fitri B40 & M40 Tahun 2022 | Cepat Mohon Sebelum Aidilfitri

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress