Adakah i Sinar 2.0 Bakal Dilaksanakan?
Ramai pihak telah mendesak kerajaan untuk wujudkan i-Sinar 2.0 atau i-Sinar Plus bagi membantu rakyat yang kini mengeluh dengan kesempitan hidup gara-gara ‘Total lockdown’ PKP ini.
Pada sebelum ini, pelaksanaan Program i-Sinar & i-Lestari telah mendapat sambutan yang luar biasa dari pelbagai pihak, ianya kerana telah membuka harapan baru kepada rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Namun begitu, program-program tersebut telah ditamatkan pada bulan Mac & Jun 2021 yang lalu. PKP masih lagi bersambung, tiada menerima bantuan, iLestari serta iSinar sudah tamat. Jadi, bagaimanakah nasib rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 & M40? Ramai rakyat telah tertekan dengan hidup sehingga menyebabkan banyak kejadian bunuh diri.
i Sinar 2.0 (iSinar Plus)
Pelbagai pihak menggesa kerajaan untuk membenarkan pencarum untuk meneruskan atau membuat program iSinar 2.0 & iLestari 2.0 semasa pelaksanaan total lockdown ini.
Menurut Menteri Kewangan melalui posting di laman Facebook miliknya, beliau memberi ‘hint’ mengenai isu ini dan berkemungkinan kerajaan akan meneruskan i-Sinar & moratorium menyeluruh buat semua rakyat Malaysia.
Ayuh sama sama kita nantikan berita baik ini.
OnViral akan mengemaskini info-info terkini dari semas ke semasa.
Jika tidak mahu terlepas, jemput join ke channel telegram Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya: https://t.me/portalsemakan
Pihak KWSP Masih Mampu Melaksanakan i Sinar 2.0
Menurut pakar ekonomi Malaysia, Profesor Emeritus Dr Barjoyai, KWSP masih mampu & mempunyai dana yang mencukupi.
Beliau telah mengemukakan pendapat bahawa: “Saya rasa KWSP masih mampu untuk membuat i-Sinar 2.0 & i-Lestari 2.0 walaupun harga saham pasaran agak rendah ketika ini”.
Beliau menambah, aset KWSP masih kukuh & pelaksanaan ini dapat membantu rakyat dalam jangka masa pendek.
Info Bantuan Kerajaan
Baru-baru ini juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan PKP 3.0 khas untuk golongan B40 & peniaga-peniaga mikro yang terkesan akibat PKP. Dalam bantuan ini, turut disertakan kepada anda Bantuan BPR Tambahan, Moratorium dan GKP Tambahan.
Selain daripada pelan untuk meneruskan i Sinar ini, rakyat juga berpandangan bahawa kerajaan patut memberi bantuan kepada rakyat yang tidak mencarum KWSP.