Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS (Pusat Pemindahan Sementara) makin berkurangan kerana keadaan banjir di setengah negeri masih belum berakhir
Malah bukan sahaja orang atau harta benda yang penting perlu diselamatkan tetapi haiwan juga telah menjadi mangsa bencana juga dan perlu diambil berat.
Melalui video yang viral di media sosial minggu lalu, seorang pemuda lelaki mendayung perahu untuk menyelamatkan kucing-kucing yang terkandas akibat banjir.
Pemuda berkenaan atau namanya Mohd Amiruddin Mohamad Yusof berkata, tragedi yang berlaku pada minggu lalu ketika hari ke-2 banjir di kawasannya Kampung Paloh Hinai, Pekan, Pahang.
Beliau berusia 37 tahun itu memberitahu bahawa kucing-kucing yang diselamatkan adalah kucing terbiar di kawasan rumah ibunya.
“Hari pertama banjir iaitu pada Isnin saya mengemas rumah dan meletak barang di tempat tinggi. Masa tu kucing-kucing ni semua dah naik atas bumbung sebab air dah keliling rumah.
“Ketika ini, ibu dan adik saya dah saya pindahkan ke pusat pemindahan. Hari kedua air makin naik. Masa inilah saya ambil keputusan nak selamatkan atau lebih tepat lagi pindahkan kucing ke tempat yang lebih selamat,” katanya .
Tiba hari ke-2, beliau yang lebih mesra di sapa Amie memberitahu limpahan air di halaman rumah hampir paras pinggang manakala dalam rumah di paras peha.
“Kucing-kucing tu dah mencari tempat tinggi macam atas almari, palang-palang dan ada yang atas siling rumah. Masing-masing ketakutan.
“Saya umpan kucing-kucing tu dengan makanan dan ambil seekor-seekor masuk dalam bot. Kali pertama saya dapat bawa 10 ekor sahaja sebab lagi tiga ekor lari naik atas bumbung.
Kali kedua masa saya nak ambil barang, saya dapat ‘pancing’ lagi tiga ekor. Agak mencabar nak mengumpulkan kesemua kucing ni sebab mereka ketakutan.
“Ada yang nak terjun. Dalam rakaman video boleh lihat seekor kucing hitam basah sebab terjun dari bot. Nasib baik saya dapat tangkap,” ujarnya yang berasal dari Pekan.
Sebanyak 13 ekor kucing yang berjaya dipindahkan ke tempat lebih selamat berhampiran dengan PPS supaya senang untuk diberi makan.
Beliau mengakui bukan pencinta kucing namun bapa 2 anak itu mempunyai rasa tanggungjawab untuk pindahkan kucing terbiar ke tempat yang lebih selamat.
“Nak kata pencinta kucing tak juga. Cuma rasa tanggungjawab nak selamatkan kucing-kucing tu dan bawa ke tempat selamat, sebab saya dapat jangka air memang akan naik seperti banjir tahun 2014 iaitu paras dada dalam rumah.
“Kasihan kat kucing-kucing tu takut kat air yang dah memenuhi lantai rumah. Setakat banjir kali ni, saya tak nampak lagi bangkai-bangkai kucing yang tak dapat diselamatkan,” .
Pemuda yang bekerja sebagai kerani bank itu telah memberi nasihat kepada mana-mana individu yang memelihara kucing di kediaman mudah teribat dengan banjir agar sentiasa berwaspada.
“Jangan dilupakan nasib binatang tu. Kalau nampak binatang-binatang peliharaan yang terkandas akibat banjir, harap ia dapat diselamatkan,” katanya.