Aduan Buruh | Cara Membuat Aduan Jika Majikan Tak Bayar Gaji Ontime

Tempoh Majikan Wajib Membayar Gaji

Pekerja sepatutnya dibayar gaji dalam masa 7 hari. Menurut Seksyen 19 (1) Akta Kerja 1955, :

“Subject to subsection (2), every employer shall pay to each of his employees not later than the seventh day after the last day of any wage period the wages, less lawful deductions earned by such employee during such wage period,”

Ia bermaksud, setiap majikan hendaklah membayar gaji setiap pekerja tidak lewat dari hari ke-7 selepas hari terakhir mana-mana tempoh upah (kerja), yang biasanya sebulan. Jadi, jika anda bekerja untuk bulan Januari, gaji anda harus dibayar selewatnya pada 7 Februari.

Jika melebihi tempoh ini, majikan anda telah melanggar undang-undang yang dijelaskan dalam seksyen ini.

Tindakan Yang Harus Diambil Jika Majikan Enggan Membayar Gaji?

Individu Bergaji RM5,000 ke bawah

Terdapat beberapa pilihan. Anda boleh dapat pembelaan melalui pemfailan tuntutan di Mahkamah Buruh. Ia bukanlah mahkamah seperti mahkamah yang anda biasa dengar. Ia merujuk kepada “Pertanyaan” kepada Ketua Pengarah Buruh seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 69 Akta Kerja.

Individu Bergaji RM5,000 Ke Atas

Jika gaji lebih dari RM5,000 ia tertakluk kepada Akta Perhubungan Perindustrian 1967, seksyen 2 :

“…sesiapa sahaja, termasuk pelatih, yang diambil bekerja oleh majikan di bawah kontrak pekerjaan untuk bekerja atau ganjaran dan bagi maksud apa-apa prosiding berhubung sesuatu pertikaian perdagangan, termasuklah mana-mana orang yang diberhentikan, dilepaskan atau diberhentikan berkaitan dengan atau akibat daripada pertikaian itu atau pemecatan, pelepasan atau pemberhentian telah menyebabkan pertikaian itu,”

Jadi, selagi anda adalah seorang pekerja, anda berada dalam Akta ini dan dilindungi. Jika anda dan majikan anda tak dapat selesaikan masalah ini, Jabatan Perhubungan Perusahaan akan masuk campur.

Apakah Terjadi jika Situasi Ini Belum Selesai?

  1. Jika situasi ini belum selesai, jabatan ini terus menghubungi bahagian Ketua Pengarah.
  2. Ketua Pengarah sendiri akan menyelesaikan dalam mencapai penyelesaian masalah. Akan tetapi jika masih berlarut, pihaknya akan terus ke melaporkan ke Menteri Sumber Manusia
  3. Menteri Sumber Manusia akan menyelesaikan masalah dibawah seksyen 19A,  jika masih gagal, perkara ini akan dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan untuk diselesaikan.
  4. Selepas kes dibicarakan di mahkamah, perintah yang dipanggil “Anugerah” akan dilaksanakan.
  5. Kemudian, mana-mana pihak boleh buat rayuan ke Mahkamah tinggi, sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

Sebarang pertikaian gaji yang melibatkan jumlah wang sedikit sangat tidak berbaloi untuk guna khidmat peguam. Anda juga boleh mewakilkan diri sendiri dalam bentuk tidak formal seperti prosiding mahkamah biasa. Khidmat peguam adalah lebih sesuai untuk Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekututan.

Semoga penjelasan ini dapat memberi pendedahan tentang apa hak dan tindakan anda ada jika masalah tersebut berlarutan.

Marilah kita berdoa supaya keadilan semua pihak dapat dipelihara.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress