Langkah Tukar Akaun Simpanan KWSP Konvensional Kepada Syariah Secara Online
Pernahkah anda dengar mengenai Akaun Simpanan Syariah KWSP? Dan apakah pula hukumnya jika anda masih kekal menggunakan akaun konvensional KWSP? Ini adalah dua persoalan yang mungkin bermain-main difikiran anda.
Sila baca artikel sehingga selesai untuk mengetahui maklumat tentang Simpanan Syariah KWSP serta langkah menukar dari Simpanan Konvensional kepada Syariah. Anda juga boleh layari laman web ONVIRAL untuk berita-berita dan permohonan terkini.
Akaun Simpanan Shariah KWSP
Simpanan Syariah adalah satu simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah dimana ia diuruskan mengikut struktur syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, iaitu suatu rangka kerja tadbir urus syariah yang diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Syariah.
Sebab Perlu Menukar kepada Akaun Syariah
Sebab ini adalah khas kepada mereka yang beragama Islam, namun ada juga mereka yang bukan beragama islam lebih suka memilih Akaun Syariah ini. Sebab-sebab perlu menukar adalah seperti di bawah:
-
- Bagi membantu ahli untuk persediaan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
- Bagi memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan juga insuran.
- Bagi membantu ahli menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka sekiranya ahli meninggal dunia.
Ahli yang bukan beragama Islam juga boleh bertukar kepada akaun simpanan syariah ini dimana ia boleh digunakan sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional seperti alasan di bawah:
-
- Objektif pelaburan dan profil risiko yang sama.
- Lokasi aset strategik yang sama.
- Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
- Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.
Kadar Dividen Akaun Simpanan Syariah vs Akaun Konvensional
Untuk pengetahuan anda, kadar dividen untuk akaun simpanan syariah dan akaun simpanan konvensional adalah secara kompetitif. Ianya malah, lebih mudah kerana akaun simpanan syariah tidak perlu dilakukan penyucian dividen KWSP.
Sila tekan pautan untuk informasi Sejarah Kadar Dividen KLIK DISINI
Langlah Menukar Akaun Simpanan Konvensional Kepada Akaun Simpanan Syariah
Untuk menukar kategori simpanan Setiap ahli yang memohon mesti melakukan pendaftaran i-Akaun ahli terlebih dahulu bagi membolehkan mereka membuat permohonan pendaftaran Simpanan Syariah dilakukan secara dalam talian.
Baca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dilakukan
Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk pertukaran akaun simpanan KWSP :
-
- Sila Log masuk ke i-Akaun (Ahli)
- Sila pilih tab Simpanan Shariah
- Ikut panduan dan arahan untuk pertukaran ke Simpanan Shariah.
Nota Penting:
-
- Perlu diingatkan yang anda perlu membuat pengesahan maklumat ahli, akad Simpanan dan pengesahan persetujuan akad dengan menggunakan TAC.
- Ahli TIDAK BOLEH membuat keputusan untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa muktamad.
- Dividen Simpanan Syariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah dan tiada jaminan dividen minima 2.5%.
Baca juga: i-Suri KWSP | Insentif RM480 Setahun Untuk Suri Rumah
Perbezaan Akaun Simpanan Konvensional VS Akaun Simpanan Syariah KWSP
Sila rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui perbezaan diantara Akaun Simpanan Syariah dan Akaun Simpanan Konvensional KWSP:
Soalam Lazim
- Siapa yang boleh memohon dan membuat pertukaran kepada Akaun Simpanan Syariah KWSP
Jawapan :
-
- Warganegara dan bukan warganegara
- Semua agama
- Semua bangsa
- Bagaimanakah Kedua-dua Akaun Simpanan KWSP ini berfungsi?
Jawapan : Sila rujuk jadual di bawah.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan mempunyai sebarang maklumat lanjut berkenaan Akaun Simpanan Syariah KWSP, sila rujuk info di bawah:
- Sila layari laman web KWSP khas Simpanan Syariah di pautan ini KLIK DISINI
- Telefon: 03 – 8922 6000
- Faks: 03 – 8922 6222
Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)
Baca Juga: Permohonan & Semakan Online 2022 | Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)