Aku Masuk Dalam Menjerit Jugak Ni Kang! Matahari Dah Naik Belum Bangun-Bangun.

Siap ada pembesar suara bagai! Teknik canggih aplikasi masa kini sangat mengkagumkan bilamana seekor ayam yang hanya mempunyai sepasang kepak boleh ditambah sepasang tangan pula.

Satu video perkongsian seorang pengguna tik tok @LeopARTnik ini amat lucu dan menghiburkan. Telatah seekor ayam jantan yang masuk ke rumah tuannya dengan berkokok menarik perhatian netizen seluruh dunia.

Dengan kapsyen yang berbunyi SHhh, pemilik akaun mungkin mahu menggambarkan yang si ayam jantan sedang  cuba menegjutkan tuannya yang masih belum bangunw alaupun matahari sudah naik. Mungkin makanannya sudah habis jadi ia memerlukan tuannya untuk memberinya makan.

“Bangun! Bangun! Matahari sudah naik! Makanan aku sudah habis, aku belum sarapan!” mungkin itulah dialog yang sesuai dikaitkan dengan pergerakan si ayam jantan tersebut membangunkan tuannya apabila ditambah lagi dengan sepasang tangan virtual yang nampak lucu itu.

@leopartnik

🤫 Shhh…. 🤫(Sound On 🔈🔉🔊)Animation: @LeopARTnikMedia used for animation: @mari.tang VO: IG – imarealpitch #LeopARTnik

♬ original sound – LeopARTnik

Video yang berdurasi selama 11 saat itu amat menghuburkan sehingga mendapat lebih 2.5juta tanda suka daripada netizen. Rata-rata netizen meninggalkan komen yang agak kelakar dan lucu. Di bawah adalah antara komen-komen lucu daripada netizen.

“Ayam Hang pernah buat macam ni tak?” Komen seorang netizen.

“Saya hampir tercekik sebab terlampau Ketawa”

“Ayam ni minta digoreng kot!!” 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress