Anda terlupa kata laluan BKM anda ketika mahu buat semakan BKM? Sila baca artikel ini sampai habis untuk dapatkan semula password anda dan reset semula kata laluan. Anda boleh layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk membaca berita-berita semasa dan juga permohonan bantuan-bantuan terkini kerajaan malaysia.
Terlupa Kata Laluan BKM
Berikut adalah langkah untuk reset semula ID pemohon:
-
- Sila tekan “Log Masuk BKM”.
- Sila Klik “Terlupa kata laluan”.
- Sila masukkan nombor Kad Pengenalan anda & tekan “Semak”.
- Kemudian, sila masukkan e-mel anda yang telah didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Sila Check kata kunci keselamatan anda adalah betul & klik “Ya”.
- Sila jawab soalan keselamatan yang anda dah tetapkan.
- Seterusnya, sila masukkan kata laluan baru & pengesahan kata laluan, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Siap! Penukaran kata laluan ID anda yang baru telah berjaya.
NOTA: Dapatkan info mengenai jadual pembayaran BKM 2022 di sini.
Terlupa Soalan Keselamatan
Saya terlupa jawapan kepada soalan keselamatan yang telah saya tetapkan, apa perlu saya buat?
Sekiranya anda terlupa dan gagal menjawab soalan keselamatan anda, anda diminta untuk hubungi BKM di talian
-
- 1-800-88-2747
atau sila hadir ke mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan untuk reset semula ID pengguna anda.
FAQ Soalan Lazim
1. Saya tersilap jawab soalan keselamatan & ID pemohon saya telah disekat. Apa perlu saya buat?
-
- Jika anda dapat paparan untuk cuba semula selepas 24 jam, sila log masuk selepas 24 jam. Ini kerana ID anda akan disekat sekiranya anda gagal jawab setelah 3 kali percubaan. Jika anda tak ingat jawapan, sila hubungi talian hotline BKM.
2. Saya terlupa kata laluan BKM saya, apa perlu saya lakukan?
-
- Sila reset semula kata laluan anda. Sila ikuti panduan mudah di dalam artikel ini.
Baca Juga : KWSP | Tiada Lagi Pengeluaran Simpanan Sebelum Persaraan