Alhamdullilah, Banyak Dividen ASB Tahun Ini | Lihat Cara Semak & Kaedah Pengiraan

Lihat Jumlah, Cara Semak & Kaedah Pengiraan Dividen ASB

Dividen ASB Tahun 2021 diumumkan pada kadar 5.00 sen seunit

  • Dividen – 4.25%
  • Bonus – 0.75%
  • Kadar Agihan – 5.00%

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara pengiraan dan semakan dividen ASB online.

Sejarah Pengagihan Pendapatan ASB

Sepanjang 30 tahun ASB ditubuhkan, unit amanah itu belum gagal menawarkan pulangan dividen yang kompetitif kepada pelaburnya, malahan pernah mencecah 2 angka pada tahun 1990-an.

Walau bagaimanapun, ASB kini tak lagi memberikan pulangan setinggi pada awal penubuhannya diakibatkan berbagai faktor, termasuklah prestasi pasaran saham dan ekonomi negara yang banyak berubah berbanding ketika ASB mula dilancarkan.

Dibawah anda lihat sejarah pengagihan pendapatan ABS yang semakin menurun saban tahun.

Cara Pengiraan Dividen ASB 2020

Cara kira dividen ASB 2020 adalah mengikut langkah-langkah yang berikut:

    • Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.
    • Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
    • Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
    • Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.

Contoh 

Katakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1 haribulan selama setahun.

Dan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000.

Jadi cara kiraannya adalah seperti berikut :

= RM1K (Baki min Jan) + RM2K (Baki min Feb) + RM3K (Baki min Mar) + RM4K (Baki min Apr) + RM5K (Baki min May) + RM6K (Baki min Jun) + RM7K (Baki min Jul) + RM8K (Baki min Aug) + RM9K (Baki min Sep) + RM10K (Baki min Oct) + RM11K (Baki min Nov) + RM12K (Baki min Dec)

= (RM78,000 / 12) X 5.00% = RM325

Dividen menjadi lebih banyak jika kita menyimpan secara lump sum berbanding menyimpan sedikit setiap bulan.

Inisiatif ini ialah saranan PNB agar mengalakkan kita supaya mengurangkan pengeluaran agar tidak mengurangkan kadar keuntungan. Maka itu lah sebabnya mengapa dividen ASB dikira mengikut baki minimum bulanan.

Contoh Kiraan Jika Jumlah Simpanan Tetap / Tidak Berubah

Contoh Kiraan 1:

    • Jumlah simpanan RM50,000 x 5 / 100 = RM2,500 dividen setahun.
    • Jumlah keseluruhan RM50,000 + RM2,500 = RM52,500 (Jumlah simpanan tetap dari Januari hingga Disember)

Contoh kiraan  2:

    • Jumlah simpanan RM50,000 x 0.05 sen = RM2,500
    • Jumlah keseluruhan RM50,000 + RM2,500 = RM52,500 (Jumlah simpanan tetap dari Januari hingga Disember)

Contoh Kiraan ASBF

Alhamdulillah, pulangan ASB tahun ini adalah 5%.

Dividen = 4.25%
Bonus = 0.75%

Bagaimana Cara Mengira Dividen Tahunan ASB Financing Anda

Jumlah Nilai ASBF x 5% = Dividen tahunan

Contoh :

ASBF RM200,000 = RM10,000
ASBF RM100,000 = RM5,000
ASBF RM50,000 = RM2,500

*Sesiapa yang mengambil moratorium untuk ASBF juga akan menerima dividen penuh.

Cara kira Dividen ASBF (Tak sampai 12 bulan)
*Contoh baru buat 10 bulan dan buat ASBF RM100K
.
ASBF RM100K = Dividen Tahunan RM5,000
(Bahagikan dengan 12 untuk dapatkan anggaran dividen sebulan)
RM5,000 / 12 = RM417
.
(Darabkan dengan 10 untuk dapakan anggaran dividen 10 bulan)
RM417 x 10 bulan = RM4,170

Cara Menyemak Dividen ASB 2021 Secara Online

Sekarang tak perlu lagi beratur untuk mendapatkan penyata atau semak baki ASB.

Semakan dividen dan bonus boleh dilakukan secara online melalui Portal myASNB.

myASNB adalah sebuah portal dimiliki oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Ia mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat simpanan dan melaksanakan urusan di mana sahaja pada bila-bila masa.

Ini langkah membuat semakan  ASB online :

  1. Daftar / Login myASNB (Pastikan nombor telefon telah dikemaskini untuk mendaftar pertama kali)
  2. Senarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkan
  3. Semak Penyata Kewangan dan pilih Tahun Kewangan
  4. Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan

Maklumat Lanjut Tentang Dividen ASB 2021

Sebarang maklumat lanjut tentang dividen ASB 2020, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke asnbcare@pnb.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *