Kemenangan Nor Hidayah balu kepada Arwah Abam selepas diumumkan oleh Hakim Zulqarnain Hasan semalam hangat diperkatakan dan menjadi berita hiburan utama bagi yang mengikuti perkembangan kes berkenaan yang telah berjalan hampir dua tahun lamanya.
Dalam temubual oleh wartawan mstar, Ali Puteh mahu membuat rayuan di mahkamah tinggi berikutan terdapat beberapa dakwaan yang dirasakan tidak betul namun perkara itu tidak dapat diberitahu ketika itu kerana ia akan menganggu proses bicara di mahkamah tinggi nanti.
Dalam temubual berkenaan, Ali ada menyebut beberapa nama yang terkait antaranya ialah Dato Aliff Syukri, usahawan selebriti .
View this post on Instagram
Namun sebaliknya ,Ds Aliff Syukri mengungkap rasa syukur sejurus kes tersebut selesai dibicarakan oleh pihak mahkamah .
Alhamduillah..semuanya dah selesai setelah bertahun kes ni berlangsung…mahkamah akhirnya memberi keputusan hari ni…tiada yg mampu saya ucapkan melainkan memanjatkan rasa syukur.ujarnya
Sebelum ini , Dato Aliff pernah menemubual Nor Hidayah tentang kehidupan selepas kehilangan arwah suaminya, Abam Bocey dan menanyakan tentang wang peninggalan juga harta yang ada namun disalah erti oleh Ali Puteh . Benggang dengan apa yang terjadi, Ali Puteh mencabar untuk bertemu secara depan untuk menyatakan hal yang benar dari pihaknya pula. Mereka berdamai selepas kedua bertemu dan berharap pertemuan itu menjernihkan suasana tegang dan mereka boleh berkawan .
Meneruti hantaran di laman Instagram Ds Aliff Syukri, rata-rata komen yang ditinggalkan oleh para pengikut Aliff Syukri ramai yang menyatakan rasa berpuas hati dengan tindakan beliau pada ketika itu yang bertanya dan membongkar apa yang berlaku tidak diketahui oleh umum dan bentuk penganiayaan buat balu Arwah Abam pada ketika itu.
Ali Puteh diarahkan untuk bayar ganti rugi saman fitnah RM60,000 kepada Nor Hidayah selepas kalah dalam prosiding kes berkenaan.-onviral
artikel berkaitan ; Reaksi Ali Puteh Selepas Kalah Kes Saman Terhadap Kakak Iparnya
artikel berkaitan ; Menang Saman, Nor Hidayah Tak Tangguh Tunaikan Hajat
artikel berkaitan ; Ali Puteh Rayu Mahu Batalkan Kemenangan Hidayah,Dakwa Wujud Fakta Tidak Benar.
artikel berkaitan ; Bukan Isteri Arwah Abam Yang Gilakan Harta, Tak Sangka Darah Daging Sendiri Yang Nak Tuntut Hak