Ali Puteh Rayu Mahu Batalkan Kemenangan Hidayah,Dakwa Wujud Fakta Tidak Benar.

Trending berita hari mengenai kekalahan kes Ali Puteh dalam saman fitnah yang difailkan oleh Nor Hidayah dan diperintah untuk membayar RM60,000 .

Bagaimanapun, Ali Puteh bertindak ingin membuat rayuan keputusan tersebut ke mahkamah tinggi berikutan terdapat beberapa pendakwaan yang dirasakan tidak betul olehnya.

Menurut Ali, dia mahu berbuat demikian apabila mendapati wujud fakta tidak betul sepanjang perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu.

‘Alhamdulillah telah selesai di Mahkamah Sesyen dan saya akur dengan keputusan akan tetapi saya akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi’.

Ada beberapa fakta dan perkara yang tak benar namun saya tak dapat dedahkan kerana ia akan mengganggu proses di Mahkamah Tinggi nanti. Saya mempunyai masa selama 14 hari untuk buat rayuan oelh pihak mahkamah,” katanya.

artikel berkaitan : Saman Kakak Ipar, Keputusan Kes Ali Puteh Bakal Terjawab Hari Ini

artikel berkaitan : Reaksi Ali Puteh Selepas Kalah Kes Saman Terhadap Kakak Iparnya

baca lagi : Menang Saman, Nor Hidayah Tak Tangguh Tunaikan Hajat

Ditanya mengenai keyakinannya untuk mencabar keputusan itu di peringkat lebih tinggi, Ali Puteh berkata dia hanya mahu menggunakan saluran perundangan yang ada, dan dia akur dengan keputusan yang diberikan oleh mahkamah hari ini.

Hidayah ketika keluar dari mahkamah dengan kemenangan kes

“Saya diberi peluang untuk merayu sebab ada beberapa fakta yang tak betul yang saya akan kemukan  di Mahkamah Tinggi nanti.

Dalam pada itu, Ali berkata dia telah menjangkakan dan bersedia dengan kecaman netizen selepas kalah dalam kes saman fitnah itu.

“Keputusan hari ni saya aku dan terima. Saya tak marah atau nak mengamuk… saya menghormati keputusan mahkamah,” katanya.

“Saya memang dah jangka dan bersedia.Kalau menang pun saya kena (kecam), kalah pun saya kena. Jadi saya tak kisah dengan pandangan netizen.Sebab saya tahu apa yang berlaku. Kalau saya kongsi di media sosial nanti, ia akan jadi masalah pula di Mahkmah Tinggi nanti,” katanya.-onviral

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress