Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Skim Insentif Pelajar UCAM (SIPU), dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.
Melalui bantuan SIPU, anak-anak Pekebun Kecil, anak-anak warga kerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) / pesara RISDA yang melanjutkan pengajian di University College Agroscience Malaysia (UCAM) boleh menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 secara ‘one-off‘. Sila tekan pautan untuk maklumat mengenai “University College of Agroscience Malaysia – UCAM” – KLIK DI SINI
Baca Juga : Kemudahan Pengeluaran KWSP I-Sayang Dilancarkan Tahun Ini (2022)
Kriteria & Syarat Kelayakan
Sila rujuk syarat kelayakan seperti di bawah:
-
- Anak kepada: Pekebun Kecil / staf RISDA / staf SMR / pesara RISDA
- Keutamaan diberikan kepada anak Pekebun Kecil
- Pendapatan isi rumah RM4,849 dan ke bawah sebulan
- Telah melapor diri di UCAM
- Permohonan dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran di UCAM
- Pelajar Tahun Pertama (semester 1) di UCAM sahaja
- Peringkat Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama sahaja (sepenuh masa)
Langkah Permohonan
Mereka yang ingin memohon bantuan ini serta menepati syarat-syarat seperti di atas boleh melakukan permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA (pindaan 2022) yang boleh dimuat turun di portal rasmi RISDA dengan menekan pautan – KLIK DI SINI
Borang yang lengkap diisi kemudiannya perlu dilampirkan bersama dengan dokumen-dokumen di bawah:
-
- Salinan Kad pengenalan pelajar;
- Salinan Kad pengenalan ibu dan bapa /penjaga yang sah;
- Sebarang dokumen pengesahan kelulusan tanam semula (Pekebun Kecil) atau Kad Pekerja/Pesara (warga RISDA/SMR/ Pesara);
- Pengesahan pendapatan / penyata gaji yang telah disahkan;
- Surat tawaran;
- Resit Bayaran pengajian UCAM (Kemasukan UCAM).
Sila hantar permohonan yang sudah lengkah ke pejabat RISDA berdekatan untuk tujuan pengesahan.
PERINGATAN: Permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat pula tidak akan dipertimbangkan dan keputusan Jawatankuasa Penilai adalah muktamad serta tidak tertakluk memberi alasan kepada sebarang penolakan permohonan.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda memounyai pertanyaan atau memerlukan maklumat terperinci dan lengkap, sila tekan pada pautan – KLIK DI SINI
Baca Juga : Langkah Beli RFID Online Guna Apps Touch n Go