Sesuatu yang menjadi kebanggaan keluarga adalah apabila anak menjadi insan yang berguna serta berbakti kepada ibu bapa dan juga tanah air. Kejayaan menamatkan latihan dan seterusnya menjadi pegawai polis merupakan salah satu kebanggaan ibu bapa.
Kebanyakan ibu bapa sudah pasti bangga mempunyai anak yang menjadi pegawai polis sekaligus menjadi pelindung kepada masyarakat. Baru-baru ini, satu video telah dimuatnaik oleh seorang pengguna di aplikasi Tik Tok yang menggunakan nama @syarmizanyusof.
Video tersebut menunjukkan adik lelakinya yang baru sahaja menamatkan latihan polis di pulapol dan kembali ke pangkuan keluarga setelah sekian lama tidak bertemu ibu dan ayahnya.
Saat menyedihkan apabila seorang anak yang pulang ke rumah dan menunjukkan kejayaan menamatkan latihan dan menjadi pegawai polis hasil sokongan ibu bapanya yang tidak berbelah bahagi. Adiknya itu juga sebenarnya telah dijangkiti Virus COVID19 semasa masih berada dalam tempoh latihan di pulapol dan ini adalah merupakan salah satu sebab mengapa ibu dan ayahnya berasa amat terharu dan menangis kerana tidak berkesempatan melawat dan menjaganya akibat kuarantin dan bahaya musim pandemik..
Di bawah adalah beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen.
“Alhamdulillah Syukur, menitik air mata kita”
“Semoga dipermudahkan urusan”
“Tahniah. Murah Rezeki”