Anda Lupa Kata Laluan BKM? Ikuti Langkah Reset ID & Tukar Password

Mesti ramai di kalangan anda yang sering terlupa kata laluan semasa ingin log masuk ke dalam sesuatu platform. Apatah lagi semasa anda perlu membuat semakan tentang status BKM anda

Jangan panik, anda boleh reset semula kata laluan anda dengan mengikuti langkah-langkah di bawah.

Log Masuk MyBKM

Bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022, menu log masuk MyBKM merupakan kemudahan dalam talian untuk mengemaskini permohonan dan semakan BKM 2022.

ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan diperlukan untuk Log Masuk MyBKM. Sila lihat Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran ID MyBKM anda.

Bagi pemohon yang terlupa kata laluan atau salah menjawab soalan keselamatan (3 percubaan telah diberikan). ID MyBKM pemohon akan disekat, dan dia akan mempunyai 24 jam untuk memohon semula.

OnViral ingin kongsikan kepada langkah untuk reset ID pemohon dan tukar kata laluan BKM yang baharu.

Lupa Kata Laluan BKM? Ini Cara Reset ID & Tukar Password

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM tersebut:

    • Layari laman web BKM di pautan:  https://bkm.hasil.gov.my/. Klik “Log Masuk BKM”
    • Klik “Terlupa Kata Laluan”.
    • Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
    • Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
    • Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
    • Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
    • Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
    • Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.

Tempoh Permohonan & Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)

Tempoh permohonan dan pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 bermula 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

Perkhidmatan kaunter BKM LHDNM dibuka untuk permohonan dan kemaskini BKM 2022.

Sila rujuk Jadual Kaunter Perkhidmatan BKM LHDNM dalam jadual di atas.

Pemohon Yang Perlu Membuat Kemaskini

    • Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.

Pemohon Yang Perlu Membuat Permohonan Baharu

    • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
    • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
    • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat

Pemohon disarankan untuk membuat semakan BKM 2022 secara dalam talian. Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan, permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat.

Dokumen Yang Diperlukan

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

Pemohon

a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau

b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau

c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau

d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh mahkamah.

e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pasangan

a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau

b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

Anak

a. Anak Kandung

    • Salinan MyKad / MyKid; dan
    • Salinan Sijil Lahir

b. Anak Angkat

    • Salinan MyKad / MyKid; dan
    • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Borang Serahan, Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.

Pertanyaan Tentang Password Login / Lupa Kata Laluan BKM

Borang

FAQ

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress