ANM. Penyata gaji diperlukan untuk pelbagai tujuan. Salah satunya adalah untuk membuat pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, dan juga lain-lain lagi. Oleh hal yang demikian, penyata gaji sangat penting untuk seseorang pekerja.
Bagi pekerja sektor kerajaan, mereka boleh memuat turun terus penyata gaji mereka melalui laman web yang disediakan iaitu ANM, Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Disitu mereka yang bekerja kerajaan boleh terus log masuk akaun mereka dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Seterusnya boleh terus memuat turun penyatan gaji untuk bulan terkini.
Pengguna Kali Pertama Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan ANM
Untuk pengguna kali pertama sisitem ini, anda WAJIB mendaftar sebagai pengguna baru terlebih dahulu.
Sebelum membuat pendaftaran, pastikan anda menyediakan beberapa maklumat penting seperti berikut:
- Nombor Kad Pengenalan (seperti tertera dalam kad pengenalan)
- Nombor Gaji (boleh dipohon di Unit Gaji tempat anda bertugas)
- Email yang betul dan sah (Sila gunakan emel jabatan untuk tujuan urusan di unit ePayslip. Ianya bertujuan supaya maklum balas daripada pihak ePayslip tidak disalahguna oleh pihak ketiga).
Cara-cara Mengakses ke Sistem E-Penyata Gaji :
Jika anda daftar untuk kali pertama ke E-Penyata Gaji anda perlu klik pada “Pertama Kali Mendaftar” dan mengisi maklumat yang diperlukan. Proses pendaftaran akan berjaya jika maklumat No. Kad Pengenalan dan Nombor Gaji dapat disahkan didalam sistem e-Penyata Gaji yang sudah ada.
Untuk akses ke sistem E-Penyata di masa hadapan anda hanya perlu masukkan Nombor Gaji & Kata laluan yang betul setelah melayari laman web di bahagian e-penyata gaji www.anm.gov.my & klik pada bahagian “Daftar Masuk” untuk akses terus ke sistem E-Penyata Gaji.
Langkah yang berikutnya adalah klik pada “Sendiri” di Tab Penyata Gaji di sebelah kiri untuk maklumat @ muat turun Penyata Gaji terkini dalam format PDF. Selain itu sistem itu juga dapat mengakses Penyata Pendapatan Tahunan melalui atas talian @ dalam bentuk e-Penyata dan akses kepada maklumat Pendapatan Tahunan. Maklumat lain yang berkaitan dengan gaji juga boleh diakses menggunakan sistem ini.
Jadual Gaji Kerajaan Tahun 2020
Di bawah ini merupakan jadual gaji / tarikh pembayaran gaji sepanjang tahun 2020 (mengikut bulan) bagi kakitangan kerajaan Malaysia.
Pekeliling ini dikeluarkan oleh kerajaan untuk memaklumkan pembayaran gaji bulanan mengikut kalendar pada tahun 2020.
- 16 Januari – Khamis (Tahun Baru Cina 25 & 26 Januari)
- 24 Februari – Isnin
- 25 Mac – Rabu
- 23 April – Khamis
- 14 Mei – Khamis (Hari Raya Puasa 24 & 25 Mei)
- 22 Jun – Isnin
- 23 Julai – Khamis
- 25 Ogos – Selasa
- 24 September – Khamis
- 26 Oktober – Isnin
- 25 November – Rabu (Hari Deepavali 14 November)
- 17 Disember – Khamis (Hari Krismas 25 Disember)
Semoga artikel yang kami kongsikan ini dapat membantu anda untuk mengetahui info mengenai ANM Penyata Gaji Kakitangan Kerajaan. Jika merasakan artikel ini bermanfaat sila kongsikan kepada rakan-rakan anda.