Apa yang ada dekat sirip ikan kerisi ni ehh? Patut lah sedap bila dimakan…

Ikan adalah salah satu suumber protein utama yang penting pada badan kita. Malah ramai orang yang makan berlaukkan ikan tapi tak semua ikan itu ada rasa yang sama dan setiap orang mempunyai minat yang berbeza.

Walaupun masak ikan itu tak lah susah, tapi ia tetap memerlukan kemahiran ada yang perlu kita peroleh agar dapat merasai bahawa ikan tersebut berkualiti, bersih dan sedap dijamah.

Baru-baru ini seorang wanita telah kongsi cara untuk siang bagi buang cacing parasit yang terdapat pada ikan sebelum memasaknya.

Cara bersih dan siang ikan kerisi

Bagi yang tidak tahu lagi atau tidak perasan selama ni. pada bahagian atas belakang ikan kerisi di sirip tersebut mempunyai perasit seakan cacing.

Gunting sirip ikan

Jadi ini adalah cara buang cacing-cacing tu dengan menggunakan gunting. Guntingkan pada sirip atas belakang, kemudian ambil lidi yang kita buat cungkil gigi “cokeh buang cacing² hok ada tu,boleh katakan atas sekor ikan tu ada 2 3 ekor cacing halus tu,pastu baru beloh belakang dia”

Bahagian tepi sirip ikan kelihatan cacing ‘bersembunyi’.

Gunting dan buang bahagian sirip ikan

Boleh nampak jelas ada cacing berwarna merah di bahagian tersebut. Boleh gunakan pencungkil gigi untuk menarik dan membuang cacing di situ yang kebiasaannya ada 2/3  cacing halus.

Di bawah ini adalah cacing-cacing yang sudah dikeluarkan daripada ikan

Menurut komen seorang wanita dikenali sebagai Amirah Emran, cacing itu dikenali sebagai pasarite Anisakis.

Ikan kerisi memang sedap untuk dimakan, dan anda tidak perlu bimbang dengan cacing-cacing  halus tersebut, biasanya jika tidak dibuang pun ia akan mati apabila dimasak.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress