Apa Yang Akan Berlaku Kepada Mayat Di Angkasa Lepas? Bukan Boleh Dibuang Begitu Sahaja.

Pernahkah anda tertanya bagaimanakah jadinya jika terdapat astronot meninggal dunia di angkasa lepas? Rupa-rupanya pihak NASA telah memikirkan persoalan ini selama bertahun-tahun.

Persoalan ini mungkin berkait dengan logistik dan juga prosedur serta cara-cara mengendalikannya. Mungkin agak sukar untuk memikirkan langkah yang mudah dan praktikal tetapi tidak dapat dipastikan sekiranya cara yang dijumpai adalah betul-betul boleh digunakan.

Lembaga antariks negara lain serta pihak NASA seharusnya juga memikirkan caranya menghormati orang yang meninggal dan bagaimana mengeluarkan jenazah dari pesawat angkasa lepas secepat yang mungkin.

Persoalan adakah mayat-mayat ini boleh dibuang begitu saja? Mungkin tidak semudah yang difikirkan. Ini kerana undang-undang PBB yang diambil dari IFL Science, terangh-terang telah menyatakan larangan melakukan pembuangan mayat di angkasa lepas.

Pihak NASA perlu lebih kreatif pada masa yang sama logik dalam mengatasi hal ini. Jadi mereka membentuk sejumlah penelitian untuk menemukan beberapa idea yang dapat diterapkan sekiranya perkara ini berlaku di angkasa lepas.

Menurut pihak yang terlibat, hanya ada sedikit idea kukuh yang dikemukakan untuk dijadikan penyelesaian, walaupun terdapat satu idea pemakaman yang agak boleh diterima tetapi mungkin agak aneh.

Salah satu kumpulan peneliti telah memberikan satu idea yang dinamakan “Body Back”  dengan kerjasama perusahaan pemakaman ekologi Promessa dimana mayat pertama harus disingkirkan jauh dari pandangan dengan tujuan mencegahnya daripada mencemari udara di dalam pesawat angkasa lepas daripada pembusukan.

Mayat kemudiannya akan dimasukkan dalam bungkusan atau Beg Gore-Tex iaitu beg jenazah angkasa lepas yang telah dimeterai / dilambangkan.Ini adalah merupakan etika penghormatan kepada anggota Astronot yang telah gugur dalam melakukan tugas di angkasa lepas.

Body Back bakal dihantar ke Mars, kerana untuk membawanya balik ke Bumi merupakan hal yang tidak mungkin.Ini kerana mayat tidak dapat dibakar oleh api, tekanan oksigen, dan ruang udara yang tidak sama dengan keadaan di Bumi.

Keadaan ini menyebabkan pasukan peneliti telah mengambil cara promession iaitu teknik pengkebumian ekologis dengan cara pembekuan serta menggetarkan jenazah hingga hancur jadi debu.

Jadim inilah satu-satunya cara ini akan berpotensi untuk mengembalikan mayat kembali kepada ekosistem apabila ingin dimanfaatkan. Susanne Wiigh-Masak, ahli Promessa sendiri yang berjaya menemukan penyelesaian ini.

Akan tetapi, idea Susanne ini dibantah oleh kritikan yang menilai dimana cara tersebut tidak mungkin akan digunakan.

Pihak NASA menjadi keliru terhadap penyelesaian tersebut sehingga mereka memikirkan cara lain untuk mewujudkan penyelesaian hal tersebut di angkasa lepas. Idea lain adalah dengan menyimpan mayat dalam beg yang kemudiannya disimpan pada suhu ruang yang sangat beku.

Setelah cukup membeku, beg berisi mayat ini kemudian digetarkan dengan mesin robot sehingga menjadi debu-debu halus.

Debu tersebut mungkin boleh disimpan, siap boleh dikembalikan ke pihak keluarga melalui kru pesawat angkasa lepas yang kembali ke Bumi.

Idea penyelesaian ini sebenarnya telah digunakan sejak tahun 2005, namun lantaran perusahaan Promessa yang sekarang tengah dalam proses pembubaran, jadi tiada apa-apa cerita serta perkembangan lebih lanjut dari pihak NASA menyebabkan idea penyelesaian ini menjadi seakan tidak jelas samada boleh terus digunakan.

Pada tahun 2013 tunggak Promessa telah mengumumkan yang pihak NASA dan terdapat organisasi swasta lain yang tidak disebutkan namanya telah menggunakan idea penyelesaian ini.

Penyelesaian ini mungkin akan digunakan dalam keadaan darurat kepada astronot angkasa lepas yang berada dalam perjalanan mereka ke planet Mars. Namun sehingga kini masih belum ada pengesahan dari maklumat tersebut.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress