Bang Brahim, satu-satunya pelakon dapat berlakon dengan bintang Hollywood tetapi apa yang diterima jadi tanda tanya.

Pendeknya itu bukan beerti kurang, katiknya itu bukan bermakna pincang. Perbezaan yang ada pada dirinya adalah satu kelebihan yang istimewa.

“Banyak-banyak si buah betik,
Manakan sama yang baru dipetik;
Banyak-banyak si orang katek,
Manakan sama Che’ Ibrahim Pendek”

Ibrahim Pendek (Ibrahim bin Hassan) ialah seniman filem Melayu terkenal bukan sahaja terhadap lakonan tetapi juga istimewa kerana beliau dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil iaitu berketinggian 130cm.

Ibrahim Pendek dilahirkan di Taiping pada tahun 1932 dengan nama Ibrahim bin Hassan. Ketika berusia 17 tahun, dia keluar dari kampung halamannya untuk bekerja sebagai buruh di kebun sayur di Cameron Highland.

Tak terlintas langsung dalam fikirannya untuk jadi bintang filem. Pada tahun 1953 sewaktu Ibrahim pergi bercuti di Singapura, dia telah diperhatikan oleh Run Run Shaw (tauke studio Jalan Ampas). Ibrahim yang sedang berkelah itu langsung tidak perasan yang dia sedang diperhatikan.

Run Run Shaw tertarik dengan wajah dan fizikal Ibrahim. Katanya Ibrahim ni unik. Run Run Shaw pergi berjumpa dengan Ibrahim dan memintanya datang ke studio Jalan Ampas keesokan harinya.

Esoknya, Ibrahim datang ke studio dan diaturkan untuk jalani satu ‘screen test’. Setelah disuruh bercakap di depan kamera dan buat beberapa aksi, pihak studio berpuas hati dengan ‘screen test’ itu.

Ibrahim ditawarkan bekerja di studio Jalan Ampas sebagai pelakon dengan gaji sebanyak $150 sebulan. Umurnya masa tu baru 22 tahun. Tapi, beliau kena tukar nama sebab di studio Jalan Ampas waktu itu sudah ada pelakon yang bernama Ibrahim Hassan.

Oleh sebab fizikalnya pendek, maka dia telah digelarkan Ibrahim Pendek. Ibrahim Pendek diberi peranan kecil dalam filem M4ngsa (1953) dan Iman (1954). Selepas itu, dia diperkenalkan dalam filem Panggilan Pulau (1954). Kiranya nama yang dah start ada di credit title. Sebelum tu takde.

Ibrahim Pendek bukanlah dikenali sebagai hero filem. Sepanjang kariernya, dia lebih banyak diberi watak ‘comic relief’ dalam sesebuah filem. Mungkin sebab fizikalnya tu sesuai dengan watak-watak yang sedemikian rupa.

Untuk menghldupkan aksi komedi dan lucu bukanlah perkara yang susah bagi Ibrahim Pendek. Gaya, telatah, bentuk badan dan ketinggiannya itu menjadi satu kelebihan untuk dirinya bawakan watak-watak yang mencuit hati.

Dengan ketinggian 130cm, kemunculannya di layar perak sentiasa mendapat perhatian penonton. Kata Ibrahim Pendek mengenai ketinggiannya: “Saya tidak berasa kesal sedikit pun kerana saya telah dijadikan Tuhan begini. Saya sedar tiap-tiap yang dijadikan Tuhan itu mempunyai rahsia”.

Pada tahun 1958, Ibrahim Pendek pernah berlakon dalam sebuah filem berbahasa Cina yang berjudul The Circus. Filem arahan Phani Majumdar ini adalah usahasama Shaw Brothers Singapore-Hong Kong. Mesti ramai yang tak tahu pasal ini kan?

Selepas berlakon dalam filem Ali Baba Bujang Lapok pada tahun 1961, Ibrahim Pendek telah mendapat tawaran untuk berlakon di Hollywood.


Seorang 3jen dari Universal Studio yang tertarik dengan lakonannya dalam filem tu menghubungi Shaw Brothers untuk menawarkan watak pembantu kepada pelakon Rock Hudson dan Burl Ives dalam filem The Spiral Road.

Pada 18 Ogos 1961, Ibrahim Pendek telah bertolak ke Hollywood selama 54 hari bagi menjalani penggambaran di sana. Suasana di airport bagaikan pesta dengan kehadiran para pelakon dan petugas studio. Member dapat offer berlakon dengan Rock Hudson, siapa tak bangga!

Selama berada di sana, Ibrahim Pendek tinggal di sebuah banglo milik Rock Hudson di Beverly Hills.

Cuma yang tak bestnya, Ibrahim Pendek hanya dib4yar dol4r 10 sehari ketika berada di sana. Jumlah b4yaran yang sepatutnya diterima oleh Ibrahim Pendek tidak diketahui sampai sekarang.

Mengikut perj4njian, pihak Universal Studio kena buat b4yaran kepada syarikat Shaw Brothers, bukan direct kepada Ibrahim Pendek kerana dia ada k0ntrak dengan Shaw Brothers di Singapura. Senang cakap, b4yaran gaji Ibrahim Pendek ni dah kena kelepet awal-awal.

Selain berlakon filem, Ibrahim Pendek sering berpasangan dengan Aziz Sattar semasa membuat pertunjukan pentas. Dua pelawak ni selalulah dijemput untuk berjenaka di pentas untuk kutipan am4l pers4tuan budaya dan sek0lah-sek0lah di seluruh tanah Tanah Melayu dan Singapura.

Ibrahim Pendek bekerja di studio Jalan Ampas sehinggalah penutupannya pada tahun 1967. Kemudian dia buka sebuah kedai pakaian dan kasut di Geylang Serai untuk meneruskan kehldupannya di Singapura.

Ibrahim Pendek juga dapat tawaran berlakon secara sambilan di studio Cathay Keris. Filem lakonannya di sana ialah Mat Lanon dan Mat Toyol. Selepas beberapa tahun, Ibrahim Pendek menutup kedainya di Geylang dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjaya lakonnya.

Antara filem-filem lakonan Ibrahim Pendek:

Ibrahim Pendek berumahtangga sebanyak dua kali iaitu dengan Che Hasnah dan Asiah Osman. Daripada dua perkahwinan ini, dia dikurniakan 7 orang anak. Tapi Mus May itu bukan anak Ibrahim Pendek ya. Itu ‘Mandela Effect’ juga sebab ramai yang cakap Mus May anak Ibrahim Pendek.

Ibrahim Pendek meningg4l dunia pada 25 November 2003 ketika berusia 71 tahun. Waktu ni umat Islam sedang sambut hari raya pertama. Saya masih ingat lap0ran b3rita tentang pem3rgian arw4h di Buletin Utama. Jen4zahnya dik3bumikan di Tanah Perku buran Islam Taman Midah, Cheras.

Ibrahim Pendek meningg4lkan satu legasi yang sangat bermakna dalam sejarah perfileman tanah air. Al Fatihah buat r0hnya.

Terima kasih kerana sudi membaca sampai ke penghujung cerita.

Kredit : Repair gambar lama

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress