Bank Negara Malaysia- Cara Semak Ccris Online

Bank Negara Malaysia- Ccris merupakan satu mimpi ngeri buat kita semua. Ini kerana, apabila nama kita berada di dalam rekod Ccris ia akan memberi pelbagai kesan buruk buat kita semua.

bank negara malaysia

Mana tidaknya, ia akan memberi kesukaran kepada kita terutama sekali apabila hendak membuat pinjaman di bank ataupun institusi kewangan. Jika nama kita berada di dalam rekod pihak bank dan institusi kewangan sukar untuk memberikan kita pinjaman. Apa yang lagi parah ialah, jika rekod Ccris ini di biarkan begitu sahaja ia akan menyebabkan kita disenarai hitam dan seterusnya nama kita boleh di senarai hitam.

Cara Semak Ccris Bank Negara Malaysia Secara Online

Justeru itu, kita perlulah sentiasa menyemak rekod Ccris kita, Ia supaya rekod Ccris kita berada dalam keadaan yang baik supaya ia tidak memberi kesan buruk apabila hendak membuat pinjaman bagi emmbeli kenderaan mahupun rumah.

Untuk menyemak rekos Ccris Bank Negara Malaysia bukanlah satu perkara yang sukar kerana anda boleh melakukan semakan secara online yang di panggil sebagai eCcris. Namun begitu, untuk membuat semakan rekod Ccris Bank Negara Malaysia anda perlu mendaftar akaun eCcris. Cara mendaftarnya adalaha seperti berikut:

1-Mendaftar di BNMLINK

Sebelum mendaftar akaun, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan dengan mendaftar BNMLINK di Pejabat BNM/Cawangan AKPK. Ia adalah  adalah supaya dapat membolehkan anda log masuk ke sistem eCCRIS.

2- Log Masuk Ke Portal Rasmi

Selepas itu, anda perlu log masuk Ke Website Rasmi eCcris Bank Negara Malaysia dan kemudian, anda perlu tekan butang “Log Masuk Kali Pertama”

3- Isikan Maklumat Yang Diperlukan

Kemudian, di laman seterusnya anda perlu masukkan yang di minta seperti:

  • Pilih “Kewarganegaraan” daripada senarai yang disediakan
  • Isi maklumat Nombor ID (12 digit MyKad/nombor Kad Pengenalan atau nombor Pasport)
  • Isi Nombor PIN (6 digit kod yang dihantar ke nombor telefon mudah alih pengguna yang didaftarkan untuk pengaktifan akaun eCCRIS)

Selepas anda selesai mengisi segala maklumat yang di minta, anda perlu tekan butang “Hantar”

Baca Juga: i-Rakyat- Cara Mendaftar Akaun Bank Rakyat Online

4- Masukkan ID Pengguna/Kata Laluan

Seterusnya, masukkan ID Pengguna anda, alamat e-mel yang digunakan dan tukar Kata Laluan. Pastikan anda meletakkan kaata ID dan kata laluan yang mudah untuk anda ingat dan letakkan kata laluan yang orang lain tidak tahu.

5- Pada skrin “Tetapan Keselamatan”

  • Pilih satu imej keselamatan dan masukkan frasa keselamatan. Pilih soalan keselamatan dan berikan jawapan bagi setiap soalan keselamatan yang dipilih
  • Setelah selesai anda perlu Klik butang “Hantar”

Selepas selesai ke semua langkah di atas, anda sudah boleh log masuk semula menggunakan ID dan kata laluan yang telah di daftarkan tadi.

Sistem eCcris Bank Negara Malaysia Sangat Membantu Dalam Menyemak Rekod Ccris

Kesimpulanya, dengan adanya Sistem eCcris dari Bank Negara Malaysia, ia sangat membantu kita untuk kita menyemak dan memantau rekod Ccris kita supaya rekod kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan dapat mengelakkan kita dari di senaraik hitam serta di ishtihar muflis kerana mempunyai rekod cCris yang tidak baik dan tidak mampu membayar pinjaman yang telah kita lakukan.

Related Posts

Comments are closed.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress