Cara Mohon Bantuan Am Persekutuan JKM RM350 Untuk Keluarga 2021

Bantuan Am Persekutuan JKM RM350 Untuk Keluarga 2021

Untuk makluman anda, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mewujudkan pelbagai jenis bantuan untuk keluarga yang memerlukan antaranya Bantuan Am Persekutuan.

Bantuan Am Persekutuan ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan bantuan menampung perbelanjaan harian rakyat atau keluarga dengan pemberian bantuan kewangan berjumlah RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan untuk sekeluarga.

Sila baca artikel sehingga selesai untuk mengetahui maklumat yang diperlukan semasa membuat permohonan bantuan am persekutuan ini.

Anda juga boleh layari Laman Web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui bantuan-bantuan lain yang disediakan oleh pihak kerajaan serta maklumat tentang isu-isu penting terkini.

Bantuan Am Persekutuan JKM

Kriteria Kelayakan Permohonan Bantuan Am Persekutuan JKM

Untuk melakukan permohonan Bantuan Am Persekutuan, sila rujuk syarat kelayakan yang perlu dipenuhi seperti di bawah:

    • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
    • Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

Cara Membuat Permohonan

Sila rujuk langkah di bawah untuk melakukan permohonan Banruan Am Persekutuan:

    1. Sila buka laman web eBantuanJKM – KLIK DISINI
    2. Sila tekan “Daftar Permohonan Atas Talian
    3. Sila daftar permohonan anda Mengikut negeri
    4. Sila isikan nombor kad pengenalan
    5. Sila isikan borang yang berkaitan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERHATIAN : Sila hadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan melakukan seperti yang diminta akan mengakibatkan permohonan tersebut terbatal  secara automatik.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Sila rujuk senarai dokumen yang diperlukan seperti di bawah:-

    • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
    • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
    • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
    • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
    • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
    • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

NOTA* Bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.

Borang Berkaitan (Muat Turun)

Sila Tekan dipautan di bawah untuk muat turun borang untuk diisi:

Melakukan Semakan Status Permohonan Bantuan Am Persekutuan JKM

Sila rujuk langkah di bawah tentang cara untuk membuat semakan status permohonan bantuan JKM:

    1. Sila buka Laman Web eBantuanJKM – KLIK DISINI
    2. Sila tekan butang “Semakan Status Permohonan Talian
    3. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan dan tekan butang “Semak
    4. Senarai akan memaparkan status bantuan yang telah anda pohon atau sedang diterima

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam melakukan permohonan ini, sila rujuk saluran di bawah:

    • Sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan di tempat anda melakukan permohonan ATAU
    • Sila hubungi ibu pejabat JKM di talian 03-8000 8000
    • Sila tekan pada pautan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan ini KLIK SINI

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress