Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Dinaikkan Kepada RM150 Seorang

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Dinaikkan Kepada RM150 Seorang

Pada 29 Oktober 2021 yang lalu, Menteri Kewangan baru sahaja selesai membuat pembentangan Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera.

Belanjawan kali ini merupakan yang tertinggi dalam sejarah negara iaitu berjumlah RM332.1 billion untuk usaha semula pemulihan selepas pandemik yang melanda.

Semasa pandemik melanda, rakyat sangatlah diutamakan oleh kerajaan. Oleh itu, Menteri Kewangan telah mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebagai salah satu bantuan kepada murid-murid yang bakal kembali ke sekolah.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Untuk pengetahuan anda, bermula pada 2012 setiap awal tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan bantuan one-off kepada murid yang bersekolah rendah dan menengah.

Bantuan ini diperkenalkan bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan untuk BAP 2022 adalah berbeza dengan sebelum ini. Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dinaikkan kepada

    • RM150 setiap murid
    • Pembayaran adalah secara one-off

Berbanding BAP sebelum ini, jumlah bantuan berjumlah RM100. Kini telah dinaikkan pada pengumuman oleh Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2022.

Oleh itu, jika anda memiliki 2 orang anak dan menetapi syarat kelayakan, anak anda atau anda bakal menerima bantuan berjumlah RM300.

Syarat Kelayakan

Tiada syarat kelayakan dikeluarkan untuk BAP 2022 buat setakat ini. Tetapi jika syarat kelayakan mengikut BAP pada tahun sebelumnya, berikut ialah kelayakan untuk murid menerima bantuan RM150:

    • Pendapatan kasar bulanan isi rumah haruslah berjumlah RM3,000 dan ke bawah sahaja mengikut tahun semasa.
    • Murid haruslah berwarganegara Malaysia.
    • Bantuan ini akan diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Swasta.

Cara Membuat Permohonan

Tiada cara permohonan dikeluarkan buat setakat ini. Kemungkinan besar, sekiranya anak anda menerima BAP pada 2021 maka turut dapat pada BAP 2022.

Sebarang info terbaru berkaitan Bantuan Awal Persekolahan bakal dikemaskini dari masa ke masa.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress