BAJET 2022 | Bantuan Awal Persekolahan Sebanyak RM150
Untuk makluman semua, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sejumlah Rlnggit 150 iaitu satu jumlah yang meningkat berbanding hanya sejumlah Rlnggit 100 sebelum ini.
Sila baca artikel ini hingga selesai untuk mengetahui tentang Bantuan Awal Persekolahan 2022 ini. Anda juga boleh layari ;aman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui tentang bantuan dan permohonan lain daripada pihak kerajaan serta isu-isu semasa yang berlaku di negara kita.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diwujudkan pada tahun 2012 dengan tujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutama sekali pada awal tahun.
Bantuan ini diberikan khas kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar Rlnggit3,000.00 dan ke bawah.
Jumlah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Murid-murid yang menerima BAP akan diberikan bantuan sejumlah Rlnggit150.00 untuk seorang murid dengan pembayaran secara sekaligus (one-off) mulai 2022 dimana jumlah bantuan tersebut mempunyai kenaikan Rlnggit50.00 berbanding Rlnggit100.00 sahaja pada tahun sebelumnya.
Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Pemberian bantuan BAP kepada murid-murid dibuat mengikut kriteria-kriteria di bawah:
-
- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia)
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak Rlnggit3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2022
Untuk permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2022, tiada borang permohonan yang perlu diisi. Ibu bapa hanya perlu mengemaskini kadar pendapatan terkini melalui sistem APDM untuk makluman pihak sekolah.
APDM KPM: Cara Kemaskini Maklumat Murid & Ibu Bapa Secara Online?http://www.infoawam.com/2021/11/apdm-kpm-cara-kemaskini-maklumat-murid.html
Kaedah Pembayaran
Pembayaran bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat menerusi kaedah di bawah:
• Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah ATAU
• Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
Maklumat Lanjut
Sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk maklumat lanjut tentang Bantuan_Awal Persekolahan (BAP) dengan menekan pada pautan
ATAU
Hubungi pihak sekolah masing-masing untuk mendapatkan info lanjut.