Bantuan Awal Persekolahan Sebanyak RM150 Tahun 2022

Bantuan Awal Persekolahan Sebanyak RM150 Tahun 2022

Belanjawan 2022, Bantuan Awal Persekolahan atau BAP diteruskan bagi meringankan beban pihak yang terkesan dengan wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Peruntukan khas sebanyak RM450 juta akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memanfaatkan hampir 3 juta jumlah m,urid yang layak.

Syarat Kelayakan

Antara kriteria yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir / MyKid / MyKad yang disahkan atau mana-mana dokumen yang dikeluarkan oleh JPN.

2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.

3. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Kadar Bantuan

Bantuan sebanyak RM150 diberikan kepada penerima BAP secara terus (one-off).

Kaedah Bantuan

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke akaun:

    • Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
    • Kumpulan Wang Kerajaan (KWK)

Cara Mohon

    • Tiada borang diperlukan untuk memohon.
    • Ibu bapa hanya perluĀ memaklumkan kepada pihak sekolah.
    • Pihak sekolah bagi mengemaskini kadar pendapatan terkini pada sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Info Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan BAP bagi tahun 2022, boleh merujuk kepada pihak sekolah masing-masing atau boleh melayari pautan KPM diĀ SINI.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress