Bantuan Bagi Individu Kehilangan Pekerjaan Dan Penganggur RM 800 Sebulan

BMT adalah bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada pekebun kecil dan penoreh getah bagi bertujuan untuk meringankan beban mereka yang akan berhadapan dengan musim tengkujuh.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2021 telah meluluskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2021 (BMT RISDA 2021) sebanyak RM600 seorang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM191 juta kepada para pekebun kecil di seluruh negara.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kadar bantuan sebanyak RM600 seorang akan disalurkan kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah dalam 2 peringkat iaitu RM300 pada bulan November 2021 dan RM300 pada bulan Disember 2021.

Jumlah Bantuan

Jumlah BMT yang akan diterima bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar adalah sebanyak RM600.

Bantuan ini akan dibayar melalui 2 kali bayaran iaitu pada bulan Disember 2021 dan Januari 2021.

Syarat Kelayakan

i) Pekebun Kecil RISDA

  1. Pekebun merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) berdaftar dengan RISDA.
  3. Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar.
  4. Pemilik tanah yang sah.
  5. 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja.

ii) Penoreh Bukan Pemilik

  1. Penoreh merupakan warganegara Malaysia.
  2. Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar.
  4. Pengesahan pemilik tanah yang sah.
  5. 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja.
  6. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.

Cara Permohonan

Pekebun kecil dan penoreh getah boleh membuat permohonan di pejabat RISDA yang berhampiran.

Untuk hadri ke pejabat RISDA, perlu membuat temu janji terlebih dahulu seperti langkah-langkah berikut:

  1. Hubungi pejabat RISDA yang berhampiran. Senarai no telefon boleh dirujuk melalui laman tersebut RISDA 
  2. Tempahan mestilah 3 hari sebelum tarikh temu janji.
  3. Datang ke pejabat RISDA untuk membuat permohonan adabila tarikhnya tiba.

Kemaskini Maklumat BMT 2021

Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang telah berdaftar, sila layari laman ini untuk kemaskini permohonan bermula 15 September 2021.

Rujuk langkah di bawah untuk kemaskini:

Semakan Kelulusan BMT RISDA 2021

Semakan kelulusan bantuan juga boleh dilakukan di capaian yang sama atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.

Anda boleh membuat semakan di pautan berikut : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

Tarikh Bayaran BMT 2021

Bayaran bantuan RM600 akan dibuat dalam 2 fasa, iaitu sebanyak RM300 pada November 2021 dan baki RM300 lagi pada Disember 2021.

Difahamkan setakat 2 Disember 2021, sudah ada yang telah menerima jumlah bayaran bantuan ini yang dikreditkan melalui bank masing-masing.

Kaedah Pembayaran

Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah ;

Hotline BMT RISDA 03-4256 4022

Pejabat RISDA
Bangunan RISDA,
KM 7, Jalan Ampang,
Karung Berkunci 11067
50990 Kuala Lumpur

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress