Cara Mohon Bantuan Bakul Makanan Bagi Setiap Negeri

Berita baik buat anda yang ingin bantuan bakul makanan, kerajaan sedar bahawa barangan keperluan asas amat penting bagi golongan yang memerlukan. Oleh itu, sebanyak RM300,000 telah diperuntukkan kerajaan kepada setiap ahli parlimen sebagai tambahan khusus bagi tujuan melaksanakan Bantuan Bakul Makanan selain Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas COVID-19 (BKC).

Individu yang memerlukan bantuan bakul makanan tidak perlu bersusah payah lagi, ahli parlimen bagi kawasan anda sedia berkhidmat hanya dengan satu panggilan telefon sahaja.

Kami dari OnViral ingin berkongsi kepada panduan membuat permohonan bantuan bakul makanan.

Mohon Juga: Bantuan NADMA RM100 Sehari

bantuan bakul makanan

Objektif Bantuan

Antara objektif bantuan bakul makanan adalah seperti berikut:

    • Keperluan asas diberikan kepada anda yang memerlukan dengan harapan dapat meringankan beban penerima bantuan yang berkelayakan.
    • Sebagai salah satu acara sokongan sosial oleh kerajaan Malaysia terhadap rakyat.
    • Sebagai bantuan sementara untuk kadar kelangsungan hidup dan kesejahteraan rakyat dapat dibantu.

Cara Mohon Bantuan Bakul Makanan

Cara mohon bantuan bakul makanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh dibuat dengan langkah berikut:

Secara Atas Talian / Online

    1. Pergi laman web https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php
    2. Pergi ke bahagian Bantuan Bakul Makanan dan isi borang tersebut.
    3. Isi borang dengan lengkap dan hantar melalui emel.
    4. Permohonan anda selesai dan akan diproses dalam tempoh 30 hari masa bekerja.

Mohon Juga: Cara Mohon Pengeluaran RM5,000 i-Citra

Melalui Panggilan Telefon

Sila hubungi nombor telefon Pusat Khidmat Ahli Parlimen di kawasan masing-masing. Semak senarai nombor telefon semua Pusat Khidmat Ahli Parlimen setiap kawasan di bawah:

Semak senarai nombor telefon semua Pusat Khidmat Ahli Parlimen setiap kawasan: klik DISINI

Semoga perkongsian bermanfaat untuk anda.

Jom tonton video dari Youtube OnviralĀ 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress